30 September 2013

Citer Pasal Anak Pun Salah Ke???

Assalamualaikum...

Semalam tak sempat nak blogwalking...hari ni pagi pagi buta lagi dah online...baca blog orang tu blog orang ni...baca paper online....macam macam cerita yang aku dapat....yang best tak best semua ada la...tapi seronok sebab kira knowledge la kan walaupun bukan ilmiah...

So baca la blog hot daddy ni iaitu abang Ben Ashaari hehe hot kerrrr??? hot la kan sebab mampu jadi superman kepada keluarga beliau...nekad berhenti kerja tu pun dah buat aku kagum...usaha kerja sendiri dari rumah...jaga anak buat itu ini...bukan calang calang lelaki mampu pikul semua tu...

Dalam post semalam yang hari ni baru aku baca....ada pembaca blog Ben Ashaari yang dok komen katanya beliau asyik cerita pasal anak je kalah blog orang perempuan...dah nama blog personal kan so suka hati la nak cerita pasal apa pun...aku bukannya nak jadi pembela abang Ben ke apa...cuma nak bagi contoh mudah dan terdekat je...sebab dah banyak aku baca orang dok komen tak suka itu ini sama ada kat blog, facebook atau mana mana laman sosial lain...

Contohnya kat facebook kan bila ada kawan yang suka update pasal makanan...katanya "asyik post pasal makanan je takde keje lain eh...mesti hidup kau hanya untuk makan je" atau "ala post pasal makanan nak menunjuk la tu boleh makan sedap sedap"....

Apabila orang post pasal anak pun sama jugak "ala nak menunjuk la tu....macam la dia sorang je ada anak".....post pasal travel pun sama jugak katanya nak menunjuk duit banyak mampu pergi travel and shopping sana sini...

Tak cukup dengan tu dok kutuk dok sindir dok mengumpat dok mengata mereka yang berkenaan...bagi aku la kan biar la dah itu kehidupan mereka...bukannya mereka update blog atau facebook dengan benda benda negatif....senang je kalau tak suka SILA TEKAN BUTANG X dan KELUAR hehe....ni sama naik je dok kata serabut tengok la serabut baca la...cuba jangan tengok cuba jangan baca...confirm tak serabut hehe...

Ramai lagi orang yang suka baca blog personal ni...antaranya aku la hehe...maksud aku bukannya blog personal yang dok cerita hal hal peribadi yang mengarut ntah apa apa...aku pun tak suka baca yang macam tu tapi takde la sampai nak mengata...tapi yang membawa faedah kepada kita dan boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman....

Sebabnya apa yang mereka kongsikan ialah hasil dari pengalaman peribadi...contohnya tips perkahwinan, tips ibu bapa, tempat makan yang best, lokasi percutian yang menarik, kongsi resepi dan macam macam lagi la....

Aku pun sama suka jugak share apa yang aku makan, tempat yang aku pergi, apa yang aku alami, apa yang aku baca, perasaan, pengalaman hidup, tips yang berguna untuk semua dan lain lain lagi....ada jugak kenangan yang boleh dibaca 10 atau 20 tahun akan datang...kalau umur tak panjang pun at least suami anak anak boleh baca...tapi tak semua perkara la boleh dikongsikan...jangan la uolssss kutuk aku ye...aku cubit mulut tu nanti haha...ok la bye :D


3 comments:

  1. Bgai E tu freedom of post. mesti kita suka post apa yang menarik bagi kita kan. Hehe.
    jemput follow blog E
    http://snapanyway.blogspot.com/
    :)

    ReplyDelete
  2. abaikan je komen2 org cneggitu.. btw, singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. @ Najwa Erbert - ye la setiap org bebas nak update apa je asalkan benda positif kan :)

    @ Liza Licha - tu la kadang2 lawak pun ada org macam ni takde keje kan caring btul dgn post org lain tau haha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails