30 September 2013

Blog Ku Rumah Ku.....Ehhhh hehe

Assalamualaikum....

Aku masih dalam proses menghias blog dan update apa apa yang patut...kalau korang masuk tengok pagi lain petang lain...esok plak lain rupanya harap maklum ye...kalau dah stop bertukar tu maknanya tunggu la tahun depan proses tukar tolak tambah kat blog aku berlaku lagi....

Ye la dah setahun lebih kot blog aku dok rupa macam tu je....tuan blog sendiri pun dah bosan tengok...nak tak nak tukar tapi sikittttt je la...dua tiga hari lepas start dok menggodek memikir nak tukar banner...nak design rasa malas giler giler....nak cari yang dah siap pun malas....plus aku tengah bizi dok menanda exam paper...geledah album gambar maka tinggggggg............


Simple sudah la kan....gambar tu full nampak muka sebenarnya...tapi macam tak menarik so aku crop nampak bijik mata je...actually tu gambar lepas sesi photoshoot tu pasal mekap tebal je...asalnya lagi tebal dengan bulu mata palsunya tapi masa balik tu aku tak selesa nak drive rasa berat je dan terbatas pandangan hehe so buang je la...

Sampai rumah aku snap sendiri gambar saje suka suka...nasib baik tak delete boleh jugak buat banner blog...tu bukan guna teknik tampal menampal pakai Adobe Photoshop...tapi aku ambik gambar berlatarkan dinding putih dan lebihkan dinding sebelah kanan...then letak je link blog kat situ...tak payah nak bercorak bermadah puisi bagai....dah katanya simple kan...

Lepas tu letak fanpage MissNick Collection lagi besar saiznya....sebenarnya dah lama letak tapi kecik cinonet je kat sidebar...ni ambik ko aku letak gedabak kat bawah banner....kalau orang tak nampak lagi aku tak tau la....jemput like ye mana tau untung untung dapat diskaun ke....jadi pelanggan terawal untuk dapatkan item clearance sale ke....nak untung lagi dapat tudung free ke baju free...tataaa :)


Citer Pasal Anak Pun Salah Ke???

Assalamualaikum...

Semalam tak sempat nak blogwalking...hari ni pagi pagi buta lagi dah online...baca blog orang tu blog orang ni...baca paper online....macam macam cerita yang aku dapat....yang best tak best semua ada la...tapi seronok sebab kira knowledge la kan walaupun bukan ilmiah...

So baca la blog hot daddy ni iaitu abang Ben Ashaari hehe hot kerrrr??? hot la kan sebab mampu jadi superman kepada keluarga beliau...nekad berhenti kerja tu pun dah buat aku kagum...usaha kerja sendiri dari rumah...jaga anak buat itu ini...bukan calang calang lelaki mampu pikul semua tu...

Dalam post semalam yang hari ni baru aku baca....ada pembaca blog Ben Ashaari yang dok komen katanya beliau asyik cerita pasal anak je kalah blog orang perempuan...dah nama blog personal kan so suka hati la nak cerita pasal apa pun...aku bukannya nak jadi pembela abang Ben ke apa...cuma nak bagi contoh mudah dan terdekat je...sebab dah banyak aku baca orang dok komen tak suka itu ini sama ada kat blog, facebook atau mana mana laman sosial lain...

Contohnya kat facebook kan bila ada kawan yang suka update pasal makanan...katanya "asyik post pasal makanan je takde keje lain eh...mesti hidup kau hanya untuk makan je" atau "ala post pasal makanan nak menunjuk la tu boleh makan sedap sedap"....

Apabila orang post pasal anak pun sama jugak "ala nak menunjuk la tu....macam la dia sorang je ada anak".....post pasal travel pun sama jugak katanya nak menunjuk duit banyak mampu pergi travel and shopping sana sini...

Tak cukup dengan tu dok kutuk dok sindir dok mengumpat dok mengata mereka yang berkenaan...bagi aku la kan biar la dah itu kehidupan mereka...bukannya mereka update blog atau facebook dengan benda benda negatif....senang je kalau tak suka SILA TEKAN BUTANG X dan KELUAR hehe....ni sama naik je dok kata serabut tengok la serabut baca la...cuba jangan tengok cuba jangan baca...confirm tak serabut hehe...

Ramai lagi orang yang suka baca blog personal ni...antaranya aku la hehe...maksud aku bukannya blog personal yang dok cerita hal hal peribadi yang mengarut ntah apa apa...aku pun tak suka baca yang macam tu tapi takde la sampai nak mengata...tapi yang membawa faedah kepada kita dan boleh dijadikan sebagai pengajaran dan pengalaman....

Sebabnya apa yang mereka kongsikan ialah hasil dari pengalaman peribadi...contohnya tips perkahwinan, tips ibu bapa, tempat makan yang best, lokasi percutian yang menarik, kongsi resepi dan macam macam lagi la....

Aku pun sama suka jugak share apa yang aku makan, tempat yang aku pergi, apa yang aku alami, apa yang aku baca, perasaan, pengalaman hidup, tips yang berguna untuk semua dan lain lain lagi....ada jugak kenangan yang boleh dibaca 10 atau 20 tahun akan datang...kalau umur tak panjang pun at least suami anak anak boleh baca...tapi tak semua perkara la boleh dikongsikan...jangan la uolssss kutuk aku ye...aku cubit mulut tu nanti haha...ok la bye :D


Baru ku Tau...Bekas Penjual Tali Leher Rupanya

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih mampu menghirup udara segar pagi ni...lepas hantar ibu tersayang...lepas tu pegi breakfast...balik rumah then apa lagi online la hehe...tiba-tiba la kan terbaca kisah Ralph Lauren...siapa tak kenal kan kalau masuk shopping complex je nampak nama beliau...selama ni dok pakai wangian dan pakaian jenama beliau je...aku pun baru tahu siapa individu di sebalik jenama Ralph Lauren tu...jom kita skodeng!!!


Ralph Lauren, bekas penjual tali leher - JENAMA Ralph Lauren bukanlah asing bagi penggemar fesyen hari ini. Malah, jenama yang telah bertapak di pasaran sejak lebih 30 tahun lalu berjaya mengukir kejayaannya yang tersendiri.

Siapa sangka daripada hanya seorang kanak-kanak biasa yang begitu meminati fesyen, mampu bersinar sebagai salah seorang penyumbang besar kepada industri fesyen dunia. Hari ini, jenama itu bukan sahaja menawarkan koleksi pakaian tetapi turut mengembangkan portfolionya dengan pelbagai produk seperti hiasan rumah dan wangian.

Ralph Lauren merupakan seorang pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) bagi jenama fesyen ikonik Polo Ralph Lauren.

Sebelum bergelar seorang multi bilion, beliau bekerja di bahagian runcit sebelum menghasilkan koleksi tali leher.

Pada September tahun lalu, Forbes menganggarkan kekayaannya bernilai AS$6.5 bilion (RM21 bilion) sekali gus menjadikannya orang ke 162 terkaya di dunia. Lauren menggunakan kekayaannya untuk mengumpul kereta klasik dan unik.

Kehidupan awal

Anak kepada pasangan Ashkenazi Jewish dan Frank Lifshitz bersama abangnya Jerry menukar nama akhir kepada Lauren pada usianya 16 tahun kerana kerap diejek ketika di sekolah. Namun, seorang lagi abangnya, Lenny masih  mengekalkan nama akhir yang sama. Ketika di sekolah, Lauren terkenal di kalangan rakan-rakannya kerana sering menjual tali leher.

Lauren melanjutkan pelajaran di Baruch College, Manhattan dalam jurusan perniagaan selama dua tahun. Pada 1962 hingga 1964, Lauren berkhidmat untuk Tentera Darat AS sebelum berhenti dan bekerja sebagai jurujual di Brooks Brothers dan kemudiannya sebagai jurujual di sebuah syarikat tali leher.

Awal kerjaya

Pada 1967, Lauren mula mereka tali leher lelaki dan menjualnya di beberapa kedai besar termasuk Bloomingdale di bawah jenama Polo. Beliau kemudiannya menerima hak untuk menggunakan cap dagangan Polo dari Brooks Brothers.

Lauren kemudiannya mengembangkan hasil rekaan kepada pakaian lelaki, dan dianugerahkan COTY Award pada tahun 1970, dan membuka butik Polo pertama di Rodeo Drive. Beverly Hills pada 1971.

Selepas menerima pengiktirafan itu, Lauren mula memperkenalkan pakaian wanita dengan reka bentuk gaya klasik lelaki, dan menghasilkan koleksi kemeja lengan pendek wanita pertama yang menampilkan 24 pilihan warna beserta logo Polo pada 1972.

Beliau semakin mengembangkan jenamanya menerusi koleksi pakaian mewah Ralph Lauren Purple, hiasan rumah Ralph Lauren Home dan koleksi wangian. Kini, Polo bukan sahaja menghasilkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak tetapi juga uniform untuk pasukan Olimpik negaranya.

Jenama Polo terus diterima baik dan memiliki 35 butik di AS sehingga 2007 lalu. Pada 11 Jun 1997, Ralph Lauren Corporation tersenarai di The New York Stock Exchange di bawah simbol RL.

Kehidupan peribadi

Lauren bertemu dengan Ricky Anne Loew-Beer yang ketika itu bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah pejabat doktor mata dan mereka berkahwin pada pada 20 Disember 1964, serta dikurniakan tiga cahaya mata.

Ketika usianya 48 tahun (1987), Lauren menjalani pembedahan untuk membuang tumor dan kini telah pulih sepenuhnya.

Selain terkenal sebagai pereka fesyen, Lauren juga terkenal sebagai pengumpul kereta mewah antaranya Ferrari 250 GTO, Bugatti 57SC Atlantic dan Lamborghini Reventon, yang sebahagian besarnya disimpan di Katonah, New York.

Pada 2005, koleksi kereta mewah Lauren dipamerkan di Museum of Fine Arts di Boston dan pada 2011, 17 koleksi terbaiknya dipamerkan di Musee des Arts Decoratifs, Paris.

Sumber: Sinar Harian

28 September 2013

Isteri Mat Yo Tampil Mohon Maaf

Isteri Mat Yo mohon maaf - Ekoran tersebarnya video kontroversi membabitkan dirinya, suami dan seorang pengawal keselamatan yang menimbulkan kemarahan awam, isteri Mat Yo akhirnya tampil memohon maaf.

"Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak.

“Saya percaya, kebenaran kes ini akan terbongkar. Tolong jangan hukum saya tanpa mengetahui apa yang berlaku,” kata Siti Aisya Adam, 24, isteri kepada pemain bola sepak negara, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Yo, ketika mengulas mengenai video dia bergaduh dengan pengawal keselamatan kini tersebar luas.

Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata, dia tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu.

“Saya tidak mengetahui mengenai penyebaran video ini sehingga dimaklumkan keluarga yang turut terkejut melihat insiden berkenaan. Apa motif individu itu menyiarkan video berkenaan. Adakah disebabkan suami saya pemain bola sepak negara?

Dua individu miliki video

“Ramai menyangka saya yang menyebarkan video berkenaan, namun di sini saya tegaskan, penyebaran video itu tiada kaitan langsung dengan saya. Apa yang saya boleh cakap, hanya dua orang yang memiliki video berkenaan, namun saya enggan dedahkan sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis,” katanya dipetik Berita Harian, hari ini.

Siti Aisya yang tertekan susulan kejadian itu berkata, selepas tersebarnya video berkenaan, ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku.

“Malah, masyarakat menuduh tindakan saya memalukan suami. Saya bukan seorang biadap, kejadian ini berlaku apabila individu lain mencabar saya sehingga menimbulkan kemarahan.

“Jujur saya katakan, saya hormat orang tua kerana kehilangan bapa sejak berusia 12 tahun. Tatkala masyarakat mencemuh saya selepas melihat video berkenaan, saya tidak mampu mempertahankan diri sebaliknya hanya mampu berdoa supaya kebenaran sebenar akan timbul,” katanya sambil menangis.

Insiden kekecohan membabitkan isteri kepada pemain bola sepak negara dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas sejak Selasa lalu.

Rakaman selama 54 saat itu turut menampakkan wajah Nor Shahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo, yang menyaksikan perang mulut antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.

Tak terlintas saman

Siti Aisya turut meminta masyarakat tidak mencemuh suaminya disebabkan insiden membabitkan dirinya, sebaliknya Nor Shahrul tiada kena mengena dalam kes terbabit.

Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar. 

Sumber: Sinar Harian

P/S: Walau apa pun alasan kamu hormatilah orang yang lebih tua, melainkan orang tersebut cuba buat benda tak elok. Apabila dah jadi macam ni semua orang akan menyalahkan kamu sebab sangat biadap dan kurang ajar. Bukan sekali ni je kamu buat hal kan.


25 September 2013

Kenali Empat Sifat Manusia

Assalamualaikum...

Jom baca ni saje suka suka....so boleh tau uolssss atau sape sape yang uolsss kenal dalam kategori mana...


1. SI POPULAR

Memiliki keperibadian yang menarik, gemar berjenaka, suka menghidupkan suasana, sedikit emosional namun bersikap periang dan penuh bersemangat. Dia juga mempunyai sifat rasa ingin tahu yang kuat. Dalam aspek pekerjaan dia adalah seorang yang sangat kreatif, inovatif, sedia membantu, dan menjadi rujukan dan contoh semangat orang lain untuk bekerja. Sebagai rakan dia mudah bergaul, mengasihi orang lain tetapi dalam masa yang sama dia suka dipuji dan sikapnya sangat menyenangkan orang lain. Suka kepada kegiatan spontan dia bagaikan seorang pelawak yang sikapnya boleh meredakan stress rakan-rakannya.

2. SI SEMPURNA

Gemar berfalsafah dan puitis, serius dan tekun, mendalam berperwatakan seorang pemikir. Dia menghargai keindahan dan peka terhadap perasaan orang lain serta bersikap sangat idealis dan juga suka berkorban. Dalam pekerjaan dia berorientasikan pada jadual, mementingkan kesempurnaan serta memiliki taraf piawaian yang tinggi dan rapi. Setiap pekerjaannya tertib dan tersusun dan akan menyelesaikan apa yang dimulakannya. Sebagai seorang rakan si sempurna ini adalah orang yang setia dan sedia mendengar keluhan tetapi dia sangat berhati-hati bila berkawan. Dia juga sangat perasa dan mudah bersimpati dengan rakannya.

3. SI KUAT

Berbakat pemimpin, dinamik dan aktif serta mempunyai kemahuan yang kuat dan tegas. Tidak emosional dalam setiap tindakan dan yang pasti tidak mudah putus asa. Satu sifat yang sangat positif adalah tingkah lakunya memancarkan keyakinan, bebas, dan berdikari. Dalam aspek pekerjaan pula dia sangat berorientasikan matlamat dan gemar melihat gambaran yang menyeluruh dalam setiap tugasan. Pekerjaannya tersusun serta cepat dalam setiap tindakan. Dia juga bijak mendelegasikan pekerjaan dan sangat menekankan kepada hasil pekerjaan. Si Kuat biasanya tidak terlalu bergantung atau memerlukan teman, dia lebih suka memimpin, dan biasanya kepimpinannya unggul walaupun dalam keadaan darurat. 

4. PENCINTA KEDAMAIAN

Individu ini bersikap rendah hati, mudah bergaul, dan sangat santai dalam rutin kehidupannya. Dia tetap tenang, sabar, konsisten walaupun menghadapi kerumitan. Dia juga bijak menyembunyikan emosi serta tetap bahagia menerima kehidupan. Dalam aspek pekerjaan pula, dia memiliki kemampuan menjadi pentadbir yang baik. Seboleh yang mungkin dia mahu mencegah masalah serta berusaha menghindari konflik biar pun berada di bawah tekanan. Dia juga sering menemui kaedah yang mudah dalam pekerjaan. Satu lagi sikapnya yang disenangi adalah mudah diajak bergaul, menyenangkan, pendengar yang baik menyebabkan dirinya mempunyai ramai kawan termasuklah diri anda.

Sumber: Majalah Nur


22 September 2013

Keburukan Gajet Terhadap Anak Anak

Assalamualaikum....

Ok ni ada satu perkongsian yang sangat menarik aku dapat dari page Klinik Keluarga.com

Bermanfaat untuk sesiapa sahaja...sebagai panduan kepada kita dalam zaman yang serba canggih ni. Perkara macam ni dah terbukti depan mata kita dan dikukuhkan lagi dengan hasil kajian dari pakar.

----------------------------------------------------------------------------

:: Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak ::

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah.

Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak.

Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) – Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.

2. Perkembangan bahasa mereka lemah

3. Mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.

4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.

5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.


16 September 2013

Tinggalkan Mentaliti Zaman Tok Kaduk Oiiii

Assalamualaikum....salam 1 Malaysia...

Wahhh gitu siap tambah salam 1 Malaysia tu...ye la kasi meriah sikit sempena sambutan hari Malaysia ni...

Nasib baik la 16 September tahun ni jatuh pada hari Isnin....so dapat la aku rehat dan buat kerja kerja yang sepatutnya kat rumah ni plus keluar jalan jalan ambik angin luar hehe....ye la sejak aku mengajar part time student hari Sabtu maknanya sekali seminggu je la aku cuti....tapi tak kisah pun sebab aku enjoy teaching....

Weekdays aku mengajar full time students yang muda muda kebanyakannya lepasan SPM...weekend mengajar orang tua hehehe tersedak students aku sebut orang tua....muda lagi cuma umur tu je dah banyak kan...diaorang semua bekerja tetap...jadi aku dapat dua pengalaman yang berbeza dalam mengajar ni...

Sempena sambutan hari Malaysia ni aku harap negara kita berada dalam keadaan aman damai, bebas dari anasir anasir yang tak baik ni, merdeka jiwa, dan sebagainya....

Selain tu harapan kepada semua la termasuk aku sekali sudah sudah la dok bawak perangai dan sikap zaman tok kaduk....kita dah merdeka lama dah....nama pun dah tukar jadi Malaysia bukannya Malaya ke Tanah Melayu ke....setiap tahun kan dok sambut 31 Ogos....lepas tu 16 September dapat lagi sambut hari berkaitan negara ni...

Ubah sikap ketika berada di jalanraya, tempat tempat awam, kawasan kejiranan, dan sebagainya...ubah mentaliti tu dan jadi la rakyat Malaysia yang prihatin dan bertanggungjawab...tak susah kan bukannya kena bayar pun...sekian!


15 September 2013

Minyak Naik....Naik Minyak

Assalamualaikum...

Kalau dulu RM60 dah penuh....

Sekarang RM60 masih tak penuh....

Dan aku masih tetap isi jugak RM60 walaupun tak penuh....

Nak buat macam mana nak tak nak kena isi jugak....pergi balik kerja naik kereta...kira bergantung sepenuhnya pada kereta kalau nak ke mana-mana....

Ada orang kata ala setakat 20 sen je....memang la 20 sen jerrrrrrr!!! Tapi orang isi minyak bukannya 1 liter sekali isi tapi berpuluh-puluh liter....

Hanya mereka yang isi minyak pakai duit gaji sendiri je tau dan terasa kesan kenaikan ni....bukannya mereka yang isi minyak pakai duit orang lain...bukannya mereka yang isi minyak pakai duit rakyat...bukannya mereka yang sekadar menumpang kereta orang lain....dan bukan mereka yang menggunakan pengangkutan awam....

Kalau tak suka jangan guna kereta! Naik lembu pun boleh...


12 September 2013

Tak Sah Kalau Tak Kena Saman

Assalamualaikum.....

Selama menjadi pemandu tegar ni Alhamdulillah aku masih selamat dari disaman polis atau JPJ....selalu jugak drive melebihi had laju tapi takde la lebih sangat kan...sedang sedang je la aku pun sayang nyawa beb haha.....mintak mintak la jangan ada saman berkenaan pandu memandu ni...

Tapi yang tak tahan tu selalu kena saman parking tau....memang tak sah la kalau tak kena saman....ye la aku setiap hari pergi kerja guna kereta...parking plak jenis berbayar yang mesin pakai syiling tu....bukan satu bukan dua...tapi dah lebih 30 surat saman parking aku dapat hehehe....nanti pihak majlis bandaraya bagi diskaun 70 persen macam hari tu baru aku nak gi bayar huahuahua...

Bukan senang weh nak dapatkan syiling...penat mengumpul lepas tu habis...kumpul kumpul habis...sampai aku kena tukar duit syiling dengan students dalam jumlah yang banyak...diaorang pun dah tau mesti aku nak bayar parking ni...

Contohnya kan aku nak balik jam 4 petang so bayar sampai jam tu je la....tengah berjalan nak ke arah kereta pun boleh kena saman...sempat lagi uolssss....setakat terlebih dua tiga minit tu tak payah la nak saman kan...bukannya orang tak bayar langsung tau...ada jugak time aku tak bayar bukan apa sebab dah habis syiling atau pun aku rushing giler sebab time tu sampai lambat haha...lepas tu turun balik nak gi bayar tengok tengok dah dapat surat cinta maut terselit kat wiper....hmmmm redha je la...

Aku tak guna pas parking bulanan sebab macam rugi je...ye la kadang-kadang parking kat bahagian luar penuh so terpaksa la parking kat kompleks parking berbumbung...itu dah kena bayar lain lagi la mencekik darah...satu hari parking sampai berbelas-belas ringgit....

Haihhhhh inilah nasib ku dan kawan-kawan seangkatan....kiranya aku tak keseorangan sebab kawan-kawan yang lain ada lagi yang lebih dari aku....sampai ada yang dapat gelaran juara pengumpul surat saman kihkihkih :D

Dan ini la nasib bila ofis dekat dengan menara majlis bandaraya berkenaan....diaorang jalan kaki je gi cek kereta kat parking berdekatan....tu yang cepat kena saman huhu....bye!


11 September 2013

11 September 2013

Assalamualaikum....

11 September datang lagi....maknanya cukup dua tahun aku bergelar pendidik....syukur Alhamdulillah satu pengalaman yang cukup manis....banyak sangat benda yang aku belajar dan makin mematangkan diri...

Aku tak pernah impikan kerjaya sebagai pensyarah.....tapi apa yang aku impikan ialah kerjaya yang membolehkan aku berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan orang lain...macam jadi penceramah ke atau yang sewaktu dengannya....janji Allah itu pasti akhirnya tanpa disangka-sangka aku ditawarkan jawatan sebagai pensyarah di IPTS....

Tampar tampar pipi ketuk ketuk kepala biar betul beb!!!!! Aku ni mimpi ke apa???? Akhirnya aku terima tawaran sebagai pensyarah psikologi sebagai satu cabaran...nak pergi interview pun fikir sepuluh kali tau haha...bila fikir fikir balik mungkin ini rezeki aku....aku dapat apa yang aku nak cuma tambah satu je di samping berkongsi ilmu pengetahuan, aku juga kena mengajar.....itu satu pengalaman yang cukup berharga...seriously aku enjoy sangat mengajar...tak boleh nak cerita macam mana perasaan tu....sebab tu bila masuk je study week dan exam week rasa macam boring je walaupun banyak kerja nak kena siapkan...

Di sini aku belajar jika kita bersabar insya Allah cepat atau lambat kita akan dapat apa yang diimpikan.....kalau tak dapat tu mungkin ada hikmah di sebaliknya...kita hanya merancang tapi Allah s.w.t yang menentukan segalanya...mungkin Dia ada perancangan yang lebih baik untuk kita..

P/S: Tak sangka rupanya ada jugak bakat mengajar dalam diri ni....kalau tak jadi pendidik memang tak sedar pun hehe...


09 September 2013

Rezeki

Assalamualaikum....jom baca perkongsian ni....sangat bermanfaat untuk semua....jangan kecewa kerana setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya....Allah s.w.t lebih mengetahui apa yang tersirat....

Ni bukan dari aku....copy dari facebook je...terima kasih untuk pemilik tulisan yang sangat bermakna ini :)

----------------------------------------------------------------------------

"kau x keje lg? kau grad setahun awal dari aku kan.."
"belajar tinggi-tinggi, pakai kete sama je macam aku yang belaja setakat sijil ni.."

"gaji besar tapi aku lagi mewah..ape la kau ni.."

"kau ni bila nak kawin? tengok aku dah masuk anak kedua. kite sebaya kan.."

"aku kawin kemudian dari kau, tapi aku beranak dulu. kau x nak anak ke.."


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 


Biasa tak dengar ayat-ayat di atas?

Mengapa perlu kita bertanya soalan-soalan sebegitu?

Adakah si penjawab tahu apa yang akan terjadi dalam hidup dia?

Siapa tahu masalah di sebalik setiap yang berlaku pada si penjawab?

Mungkin dia sedang menjaga kedua ibu bapanya yang sakit, maka sebab itu dia masih tidak bekerja.

Mungkin dia sedang membantu adik-adiknya meneruskan pelajaran, maka sebab itu dia berkereta dan berbelanja setaraf orang yang sederhana hidupnya walau gajinya jauh lebih tinggi.

Mungkin dia sedang melawan penyakit yang memungkinkan dia tidak mampu beroleh anak, maka sebab itu dia tangguhkan niat untuk memiliki anak.


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Buat si penjawab yang menghadapi soalan sebegini, tenanglah. Jangan bersedih. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia telah mengatur setiap sesuatu dengan bijaksana.


Mungkin kita memiliki rezeki yang sedikit berbanding orang yang memiliki rezeki yang lebih banyak dari kita. Jangan bersedih kerana rezeki itu luas pandangannya.


Mungkin agak kasar pandangan ini, tapi sebagai manusia, perbandingan juga kadang-kala boleh memberi kekuatan dalam melawan nafsu dan bisikan syaitan terutama bagi orang yang lemah imannya.


Ingatlah,

mungkin kamu tidak bergaji besar, tapi kamu mungkin memperoleh kebahagiaan yang lebih.

mungkin kamu berkereta sama seperti mereka yang bergaji lebih kecil dari kamu, tapi mungkin kereta kamu tidak banyak mempunyai masalah berbanding kereta mereka.

mungkin kamu lewat mendapat jodoh, tapi mungkin juga hubunganmu dengan jodohmu itu lebih panjang.
mungkin juga kamu lewat mendapat anak, tapi mungkin juga anakmu itu lebih membawa kegembiraan satu hari nanti.


Allah lebihkan seseorang itu di satu bahagian, dan mengurangkan kamu di satu bahagian. Tapi Allah juga melebihkan kamu di satu bahagian lain, dan mengurangi seseorang itu dengan satu bahagian lain. Itulah keadilan Allah yang sering kita lupakan lantaran sering melihat kelebihan orang lain dan melupakan kelebihan yang Allah berikan pada diri sendiri.


Tanamkan dalam minda, Allah itu Maha Adil, dia memberikan kamu apa yang kamu perlukan, bukan apa yang kamu inginkan. Setiap hamba-Nya punyai bahagian masing-masing.


Di saat kamu di lontarkan soalan sebegini, atau di saat jiwa kamu sendiri yang bertanyakannya, pejamlah matamu..tarik dan hembus nafas perlahan-lahan sehingga kamu beroleh kusyuk lalu sebutlah Allah..Allah.. Insyaallah kamu akan tenang. Jika orang yang bertanya berada di hadapanmu, jawablah Allah lebih mengetahui segala perancangan untuk hambanya. 


-AbdulRaouf Jesperi-


Happy September

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik pejam celik dah masuk bulan September rupanya...kejap je masa berlalu kan...umur pun makin meningkat.....ehhhhh!!!! hehe....

Minggu ni kelas dah habis....maknanya Jumaat lepas cukup 14 minggu kuliah....fuhhhh lega rasa dapat la merehatkan minda untuk sementara waktu....tapi takde la betul betul rehat pun banyak lagi kerja lain menanti untuk disiapkan ni hehe....cuma ok sikit sebab kelas dah habis...nak marking test...lepas tu marking paper final exam yang akan bermula minggu depan....update nota...baca buku...itu ini blablablablaaaa....

Sampai hari ni macam mimpi je tak sangka weh akhirnya aku bergelar pendidik.....11 September cukup dua tahun....satu pengalaman yang sangat bernilai bagi aku...mendidik mereka yang dahagakan ilmu...berkongsi pelbagai pengetahuan yang berguna....enjoy sangat dengan kerjaya aku sekarang ni....

Semoga terus maju melangkah ke hadapan....bye :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails