15 August 2013

Isu Kahwin....Hantaran Oh Hantaran!!!

Assalamualaikum....

Hai uolsss masih mood beraya ke??? sesiapa yang dah masuk kerja tu buat kerja elok elok ye hehehe....aku hari ni dah masuk kerja huhu...ada satu je kelas petang ni...aku jamin mesti 50 persen je student yang datang ni...sebab ramai lagi yang masih kat kampung....lecturer je yang sibuk rajin masuk kelas nak mengajar...lepas tu lecturer yang pandai hahaha....

Musim perayaan adalah sama dengan musim kenduri kahwin...sana sini orang sibuk dengan jemputan kenduri...kat facebook pulak setiap hari ada je yang update majlis kahwin sendiri la, majlis kahwin kawan-kawan la, majlis kahwin sedara mara la.....

Aku pulak jemputan kahwin dari kawan-kawan makin lama makin kurang....sebabnya ramai yang dah kawin....senang citer ramai yang dah beranak pinak...

Kalau kita tengok kan majlis perkahwinan sekarang macam dah jadi medan perlumbaan antara bakal pengantin termasuk la ahli keluarganya sekali....BUKAN SEMUA YE....SESETENGAH JE....haaa nampak aku capslock siap bold lagi....takut nanti ada yang tak nampak lepas tu timbul salah faham pulak....ye la kadangkala orang kita ni cepat melatah padahal salah sendiri tak nak buka mata besar besar hahaha....

Ada yang meletakkan hantaran tinggi sehingga menyusahkan pasangan....perkahwinan itu mudah tapi kita yang buat jadi susah....sah jugak kahwin walaupun hantaran atau mas kahwin tak tinggi...sebenarnya benda ni ikut kemampuan la kan...kalau pasangan kita mampu takde masalah nak hantaran setinggi menara KLCC...atau masih tak nak kalah setinggi Gunung Everest....tapi yang menyusahkan apabila pasangan kita tidak mampu tapi kita nak jugak nak jugak nak jugak!!!!! memaksa gitu ok....

Maka berhutang la bakal pasangan kita tu kononnya hadiah untuk si kekasih hati lambang cinta sejati....sejati la sangattttt huhu.....hmmm tak pasal pasal menanggung hutang pulok dohhhhh....

Ada tu pasangan tak kisah pun pasal jumlah hantaran tapi keluarga yang lebih lebih....lagi kesian kan sebab dua dua pening kepala sakit jiwa....ibarat diluah mati laki, ditelan mati bini....semuanya dilakukan sebab nak jaga nama la, jaga status la, takut orang mengata la, nak ikut adat istiadat la, nak ikut trend la....dan banyak lagi la...

At last sape yang pening kepala??? sape yang susah???? Tepuk dada tanya selera....nanti aku sambung lagi pasal isu-isu dalam nikah kahwin ni....sebabnya isu ni tak habis habis diperkatakan....dan idea aku pun tiba-tiba je datang mencurah-curah so boleh la taip sebanyak yang boleh....tapi tak boleh nak gedebuk letak sini semuanya nanti penat korang nak baca hehe....ok bye! 

4 comments:

  1. setuju sgt dengan post ni..tp sush nk keluar dari trend masyarakat skrg..pening2 =)

    ReplyDelete
  2. @akmal; hehe tau x pe...cuba buat insya Allah ok nye :)

    ReplyDelete
  3. saya kalau nak kawin kalo bole nak rigkas je,takyah tunang2 nie...nikah je terus.hihii

    ReplyDelete
  4. @cincalokgirls; hehehe senang gitu...x payah nak pening2 kepala...sblum kawin senang selepas kawin pun senang...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails