13 August 2013

Akhirnya Beli Vitamin C

Assalamualaikum....

Semalam pergi Guardian kat Giant Cheras ni....aku macam biasa la kalau masuk Guardian atau Watson mesti aku pusing sekeliling...tengok tu tengok ni saje nak cuci mata....seronok tau kira macam terapi la....walaupun tak beli kan hehehe....tapi kadang-kadang tu aku sambar jugak la benda yang murah macam losyen comel yang saiz mini tu ke...masker ke...atau apa-apa je la yang aku rasa terberkenan time tu jugak....maksudnya pembelian yang tidak dirancang...

Tujuan masuk Guardian semalam nak beli Multi-Purpose Solution untuk contact lens je...lepas tu tak puas hati pusing lagi ke arah produk-produk kesihatan pulak...aku ambik baca aku letak...aku ambik baca aku letak haha....

Tiba-tiba terfikir yang umur aku ni dah 29 tahun....umur makin meningkat tapi aku tak pernah nak berbelanja untuk tujuan kesihatan....tak pernah nak makan minum telan sebarang supplement kesihatan....aku hanya jaga kesihatan melalui pemakanan harian dan senaman je....maka beli la Vitamin C brand 21st Century.....rasa macam tak percaya eh aku beli supplement kikikiki....tapi satu je harapan semoga aku istiqamah menghabiskan vitamin tu....belajar2 la telan supplement kalau dah terbiasa nanti boleh tambah lain macam Vitamin E ke Evening Primrose Oil (EPO) ke....umur dah banyak baru datang kesedaran aku ni hehe....kagum la aku bila tengok ada sesetengah tu yang makan sampai empat lima jenis vitamin dengan jamunya lagi....


Ni la dia vitamin yang aku beli....sedap perasa oren hehehe macam budak2 pulak...


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

1 comment:

  1. vitamin c bagus untuk kulit.... commentsollagen pun peting tau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails