14 August 2013

20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 1

Assalamualaikum....

Bila tengok keywords search kat akaun Nuffnang tu ramai je yang dok mencari maklumat tentang perkahwinan....so meh sini nak share apa yang korang perlu buat sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.....ini bukan idea aku tau....ni yang aku baca kat Majalah Nur yang tahun lepas punya...rajin tak aku hehehe...gigih membelek majalah yang lama, cari info dan taip balik kat sini....

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga, pelbagai persediaan harus dibuat agar apa yang dirancang berjalan lancar. Paling penting tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami, banyak perkara lain yang perlu anda fikir dan atur agar matlamat anda untuk berkahwin terlaksana sebagaimana dianjurkan syariat.

Setelah yakin bahawa anda sudah bersedia untuk memegang status isteri atau suami, persediaan kewangan pula harus diberi keutamaan. Mengumpul wang yang cukup untuk tempoh yang tertentu bukan perkara mudah. Namun ada caranya dan anda perlu yakin dan kuat semangat untuk mencapainya. Ikuti tips yang diberikan di bawah ini:

1   Membeli belah ketika ada jualan murah atau potongan harga sahaja. Sekiranya anda kaki membeli belah, berbelanjalah ketika Jualan Mega kerana semuanya ada diskaun dan anda boleh berjimat.

2   Elakkan hutang kad kredit. Jangan ingat ada kad kredit boleh membantu. Ia hanya membantu ketika anda ingin membeli barang kerana tak perlu guna tunai. Tetapi macam mana masa nak membayar balik. Pening kepala dibuatnya. Jadi elakkan membeli belah cara ini kerana ia lebih banyak membebankan. Paling praktikal, sekiranya tak cukup tunai, jangan beli guna kad kredit.

3   Selain itu, potong langganan yang tidak penting. Contohnyaseperti langganan majalah atau televisyen berbayar. Sebaliknya bacalah e-majalah yang berlambak dalam internet dan layanlah stesen tv tak berbayar yang lain. Ini membantu anda berjimat.

4   Jangan terikat dengan jenama tertentu. Ada orang yang suka dengan sesuatu jenama kerana kualiti katanya. Memang tidak dinafikan tetapi harganya sudah tentu mahal. Sekiranya ingin berjimat anda kenalah kurang membeli barang berjenama untuk berkahwin. Lepas kahwin bolehlah kembali kepada jenama tersebut tetapi buat masa ini bersabarlah ye.

5   Kurangkan temu janji hujung minggu. Sudah tentu bagi yang bekerja, hujung minggu adalah waktu yang dinanti untuk keluar bertemu, makan, dan sebagainya. Sudah tentu wang dibelanjakan banyak. Sekiranya anda kurangkan temu janji tentu anda boleh berjimat. 

6   Belajar jimatkan bil bulanan anda. Contohnya bil elektrik dan air. Elakkan menggunakan penghawa dingin sebaliknya gunakan kipas. Tutup kipas bila tidak digunakan. Jangan biarkan air paip mengalir kalau tidak digunakan. Cuci pakaian dalam kuantiti yang banyak dan bukan sehelai dua.

7   Kurangkan membeli akhbar, majalah atau buku. Tidak dinafikan membaca memang baik untuk menambah ilmu tetapi untuk berjimat apa kata buat sementara gunakan internet untuk tujuan itu.

8   Jangan terpengaruh dengan gajet-gajet terbaru terutama telefon pintar, tablet, android, dan sebagainya. Gajet-gajet ini semuanya mahal. Lupakan sementara waktu sekiranya anda ingin jimat wang. Gunakan telefon yang sedia ada. 

9   Buat persiapan perkahwinan lebih awal dan berperingkat agar tidak membebankan. Yang mana barang boleh dibeli dahulu, beli lebih awal dan simpan. Cara ini akan membuatkan anda tidak terasa keluar wang yang banyak dalam satu-satu masa.

10   Bincang dengan bakal suami apa barang yang diigini agar apa yang dibeli benar-benar diperlukan dan digunakan selain mengelakkan pembaziran.


Ok 10 tips lagi akan bersambung dalam next update ye...bye :)


2 comments:

  1. slamat ari raya!!
    betul tu.. plan lek lok utk mjls tu pntg.. kite mmg amalkan tips no 1 tu.. hihi

    ReplyDelete
  2. @aizu: selamat hari raya....yup yang penting dapat berjimat n semuanya berjalan lancar...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails