15 August 2013

20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 2

Ok kita sambung tips perancangan sebelum kahwin bahagian 2.....untuk bahagian 1 uolsss boleh rujuk kat entri sebelum ni ye  20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 1


11   Kurangkan makan di luar sebaliknya rajinlah ke dapur memasak. Selain menjimatkan anda boleh meningkatkan kemahiran memasak sebagai persediaan sebelum bergelar isteri.

12   Untuk mengadakan majlis perkahwinan memang memerlukan kos atau bajet yang tinggi. Jadi anda perlu buat bajet yang sesuai dengan kewangan yang ada. Jangan ikut orang lain, sebaliknya ikut kemampuan anda.

13   Bajet kahwin akan dapat dikurangkan jika anda membuat perancangan yang tepat. Tahu apa yang anda inginkan dan buat yang penting sahaja. Bawa berbincang dengan bakal pasangan dan keluarga agar semua rancangan dan keperluan diuruskan dengan baik.

14   Dengan perancangan yang tepat, masa anda juga dapat dijimatkan. Contohnya anda harus tahu jabatan agama yang perlu anda tuju dan borang apa yang perlu diisi.

15   Tekanan juga dapat dikurangkan jika anda tahu dokumen apa yang harus anda sediakan dan di mana hendak lakukan pemeriksaan kesihatan.

16   Persiapan perkahwinan juga akan lebih mudah jika ada 'checklist' belanjawan dan panduan persiapan perkahwinan seawal enam bulan sebelum majlis. Anda juga tidak kelam kabut di saat akhir.

17   Selalulah bertemu dan berbincang dengan keluarga dan teman rapat untuk membantu dan 'update' mengenai persiapan majlis agar tekanan dapat dikurangkan.

18   Selain itu, perancangan pada hari majlis berlangsung juga perlu difikirkan seperti persiapan untuk majlis resepsi termasuklah khemah, dewan, catering, jurugambar, pelamin, cenderahati, mak andam, baju kahwin, dan sebagainya. Perancangan terperinci untuk acara bersanding dan persalinan yang sesuai. Pilih yang sesuai dengan anda, dan dijamin anda akan puas hati.

19   Setelah majlis berlangsung, sekiranya anda bercadang untuk bulan madu, perancangan itu juga harus difikirkan. Kemas barang-barang untuk tujuan itu sebelum majlis berlangsung agar tiada barang yang tertinggal.

20   Satu lagi perkara yang harus difikirkan adalah tempat tinggal anda dan pasangan selepas majlis. Cari tempat tinggal yang selesa dan sesuai. Lakukan ini sebelum majlis agar anda dan pasangan sudah ada tempat untuk dituju.

Sumber: Majalah Nur


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails