15 August 2013

Isu Kahwin....Hantaran Oh Hantaran!!!

Assalamualaikum....

Hai uolsss masih mood beraya ke??? sesiapa yang dah masuk kerja tu buat kerja elok elok ye hehehe....aku hari ni dah masuk kerja huhu...ada satu je kelas petang ni...aku jamin mesti 50 persen je student yang datang ni...sebab ramai lagi yang masih kat kampung....lecturer je yang sibuk rajin masuk kelas nak mengajar...lepas tu lecturer yang pandai hahaha....

Musim perayaan adalah sama dengan musim kenduri kahwin...sana sini orang sibuk dengan jemputan kenduri...kat facebook pulak setiap hari ada je yang update majlis kahwin sendiri la, majlis kahwin kawan-kawan la, majlis kahwin sedara mara la.....

Aku pulak jemputan kahwin dari kawan-kawan makin lama makin kurang....sebabnya ramai yang dah kawin....senang citer ramai yang dah beranak pinak...

Kalau kita tengok kan majlis perkahwinan sekarang macam dah jadi medan perlumbaan antara bakal pengantin termasuk la ahli keluarganya sekali....BUKAN SEMUA YE....SESETENGAH JE....haaa nampak aku capslock siap bold lagi....takut nanti ada yang tak nampak lepas tu timbul salah faham pulak....ye la kadangkala orang kita ni cepat melatah padahal salah sendiri tak nak buka mata besar besar hahaha....

Ada yang meletakkan hantaran tinggi sehingga menyusahkan pasangan....perkahwinan itu mudah tapi kita yang buat jadi susah....sah jugak kahwin walaupun hantaran atau mas kahwin tak tinggi...sebenarnya benda ni ikut kemampuan la kan...kalau pasangan kita mampu takde masalah nak hantaran setinggi menara KLCC...atau masih tak nak kalah setinggi Gunung Everest....tapi yang menyusahkan apabila pasangan kita tidak mampu tapi kita nak jugak nak jugak nak jugak!!!!! memaksa gitu ok....

Maka berhutang la bakal pasangan kita tu kononnya hadiah untuk si kekasih hati lambang cinta sejati....sejati la sangattttt huhu.....hmmm tak pasal pasal menanggung hutang pulok dohhhhh....

Ada tu pasangan tak kisah pun pasal jumlah hantaran tapi keluarga yang lebih lebih....lagi kesian kan sebab dua dua pening kepala sakit jiwa....ibarat diluah mati laki, ditelan mati bini....semuanya dilakukan sebab nak jaga nama la, jaga status la, takut orang mengata la, nak ikut adat istiadat la, nak ikut trend la....dan banyak lagi la...

At last sape yang pening kepala??? sape yang susah???? Tepuk dada tanya selera....nanti aku sambung lagi pasal isu-isu dalam nikah kahwin ni....sebabnya isu ni tak habis habis diperkatakan....dan idea aku pun tiba-tiba je datang mencurah-curah so boleh la taip sebanyak yang boleh....tapi tak boleh nak gedebuk letak sini semuanya nanti penat korang nak baca hehe....ok bye! 

20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 2

Ok kita sambung tips perancangan sebelum kahwin bahagian 2.....untuk bahagian 1 uolsss boleh rujuk kat entri sebelum ni ye  20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 1


11   Kurangkan makan di luar sebaliknya rajinlah ke dapur memasak. Selain menjimatkan anda boleh meningkatkan kemahiran memasak sebagai persediaan sebelum bergelar isteri.

12   Untuk mengadakan majlis perkahwinan memang memerlukan kos atau bajet yang tinggi. Jadi anda perlu buat bajet yang sesuai dengan kewangan yang ada. Jangan ikut orang lain, sebaliknya ikut kemampuan anda.

13   Bajet kahwin akan dapat dikurangkan jika anda membuat perancangan yang tepat. Tahu apa yang anda inginkan dan buat yang penting sahaja. Bawa berbincang dengan bakal pasangan dan keluarga agar semua rancangan dan keperluan diuruskan dengan baik.

14   Dengan perancangan yang tepat, masa anda juga dapat dijimatkan. Contohnya anda harus tahu jabatan agama yang perlu anda tuju dan borang apa yang perlu diisi.

15   Tekanan juga dapat dikurangkan jika anda tahu dokumen apa yang harus anda sediakan dan di mana hendak lakukan pemeriksaan kesihatan.

16   Persiapan perkahwinan juga akan lebih mudah jika ada 'checklist' belanjawan dan panduan persiapan perkahwinan seawal enam bulan sebelum majlis. Anda juga tidak kelam kabut di saat akhir.

17   Selalulah bertemu dan berbincang dengan keluarga dan teman rapat untuk membantu dan 'update' mengenai persiapan majlis agar tekanan dapat dikurangkan.

18   Selain itu, perancangan pada hari majlis berlangsung juga perlu difikirkan seperti persiapan untuk majlis resepsi termasuklah khemah, dewan, catering, jurugambar, pelamin, cenderahati, mak andam, baju kahwin, dan sebagainya. Perancangan terperinci untuk acara bersanding dan persalinan yang sesuai. Pilih yang sesuai dengan anda, dan dijamin anda akan puas hati.

19   Setelah majlis berlangsung, sekiranya anda bercadang untuk bulan madu, perancangan itu juga harus difikirkan. Kemas barang-barang untuk tujuan itu sebelum majlis berlangsung agar tiada barang yang tertinggal.

20   Satu lagi perkara yang harus difikirkan adalah tempat tinggal anda dan pasangan selepas majlis. Cari tempat tinggal yang selesa dan sesuai. Lakukan ini sebelum majlis agar anda dan pasangan sudah ada tempat untuk dituju.

Sumber: Majalah Nur


14 August 2013

20 Tips Perancangan Sebelum Kahwin _ 1

Assalamualaikum....

Bila tengok keywords search kat akaun Nuffnang tu ramai je yang dok mencari maklumat tentang perkahwinan....so meh sini nak share apa yang korang perlu buat sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan.....ini bukan idea aku tau....ni yang aku baca kat Majalah Nur yang tahun lepas punya...rajin tak aku hehehe...gigih membelek majalah yang lama, cari info dan taip balik kat sini....

--------------------------------------------------------------------------------------------

Sebelum merancang untuk mendirikan rumah tangga, pelbagai persediaan harus dibuat agar apa yang dirancang berjalan lancar. Paling penting tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami, banyak perkara lain yang perlu anda fikir dan atur agar matlamat anda untuk berkahwin terlaksana sebagaimana dianjurkan syariat.

Setelah yakin bahawa anda sudah bersedia untuk memegang status isteri atau suami, persediaan kewangan pula harus diberi keutamaan. Mengumpul wang yang cukup untuk tempoh yang tertentu bukan perkara mudah. Namun ada caranya dan anda perlu yakin dan kuat semangat untuk mencapainya. Ikuti tips yang diberikan di bawah ini:

1   Membeli belah ketika ada jualan murah atau potongan harga sahaja. Sekiranya anda kaki membeli belah, berbelanjalah ketika Jualan Mega kerana semuanya ada diskaun dan anda boleh berjimat.

2   Elakkan hutang kad kredit. Jangan ingat ada kad kredit boleh membantu. Ia hanya membantu ketika anda ingin membeli barang kerana tak perlu guna tunai. Tetapi macam mana masa nak membayar balik. Pening kepala dibuatnya. Jadi elakkan membeli belah cara ini kerana ia lebih banyak membebankan. Paling praktikal, sekiranya tak cukup tunai, jangan beli guna kad kredit.

3   Selain itu, potong langganan yang tidak penting. Contohnyaseperti langganan majalah atau televisyen berbayar. Sebaliknya bacalah e-majalah yang berlambak dalam internet dan layanlah stesen tv tak berbayar yang lain. Ini membantu anda berjimat.

4   Jangan terikat dengan jenama tertentu. Ada orang yang suka dengan sesuatu jenama kerana kualiti katanya. Memang tidak dinafikan tetapi harganya sudah tentu mahal. Sekiranya ingin berjimat anda kenalah kurang membeli barang berjenama untuk berkahwin. Lepas kahwin bolehlah kembali kepada jenama tersebut tetapi buat masa ini bersabarlah ye.

5   Kurangkan temu janji hujung minggu. Sudah tentu bagi yang bekerja, hujung minggu adalah waktu yang dinanti untuk keluar bertemu, makan, dan sebagainya. Sudah tentu wang dibelanjakan banyak. Sekiranya anda kurangkan temu janji tentu anda boleh berjimat. 

6   Belajar jimatkan bil bulanan anda. Contohnya bil elektrik dan air. Elakkan menggunakan penghawa dingin sebaliknya gunakan kipas. Tutup kipas bila tidak digunakan. Jangan biarkan air paip mengalir kalau tidak digunakan. Cuci pakaian dalam kuantiti yang banyak dan bukan sehelai dua.

7   Kurangkan membeli akhbar, majalah atau buku. Tidak dinafikan membaca memang baik untuk menambah ilmu tetapi untuk berjimat apa kata buat sementara gunakan internet untuk tujuan itu.

8   Jangan terpengaruh dengan gajet-gajet terbaru terutama telefon pintar, tablet, android, dan sebagainya. Gajet-gajet ini semuanya mahal. Lupakan sementara waktu sekiranya anda ingin jimat wang. Gunakan telefon yang sedia ada. 

9   Buat persiapan perkahwinan lebih awal dan berperingkat agar tidak membebankan. Yang mana barang boleh dibeli dahulu, beli lebih awal dan simpan. Cara ini akan membuatkan anda tidak terasa keluar wang yang banyak dalam satu-satu masa.

10   Bincang dengan bakal suami apa barang yang diigini agar apa yang dibeli benar-benar diperlukan dan digunakan selain mengelakkan pembaziran.


Ok 10 tips lagi akan bersambung dalam next update ye...bye :)


13 August 2013

Dia Yang Maha Mengetahui

Jom baca ni untuk renungan bersama....bukan dari aku tau hanya copy di facebook je :)


Jangan kita bertanya kepada orang lain persoalan yang menjadi rahsia Allah.

"Bila nak kahwin ni? Umur makin bertambah.."
"Bila nak ada anak ni? Taknak anak ke? Merancang ke?"

Jangan guris perasaan orang yang sedang bersabar dengan ujian Allah, yang redha dengan ketentuan Allah..

Kita kahwin awal, bukan bermakna kita hebat mencari pasangan.. tapi hanya kerana sudah sampai jodoh kita..

Kita dapat anak cepat dan ramai, bukan bermakna kita hebat dalam soal suami isteri, tapi kerana rezeki kita telah ditetapkan Allah.. Allah jua sebaik-baik perancang.. 


Akhirnya Beli Vitamin C

Assalamualaikum....

Semalam pergi Guardian kat Giant Cheras ni....aku macam biasa la kalau masuk Guardian atau Watson mesti aku pusing sekeliling...tengok tu tengok ni saje nak cuci mata....seronok tau kira macam terapi la....walaupun tak beli kan hehehe....tapi kadang-kadang tu aku sambar jugak la benda yang murah macam losyen comel yang saiz mini tu ke...masker ke...atau apa-apa je la yang aku rasa terberkenan time tu jugak....maksudnya pembelian yang tidak dirancang...

Tujuan masuk Guardian semalam nak beli Multi-Purpose Solution untuk contact lens je...lepas tu tak puas hati pusing lagi ke arah produk-produk kesihatan pulak...aku ambik baca aku letak...aku ambik baca aku letak haha....

Tiba-tiba terfikir yang umur aku ni dah 29 tahun....umur makin meningkat tapi aku tak pernah nak berbelanja untuk tujuan kesihatan....tak pernah nak makan minum telan sebarang supplement kesihatan....aku hanya jaga kesihatan melalui pemakanan harian dan senaman je....maka beli la Vitamin C brand 21st Century.....rasa macam tak percaya eh aku beli supplement kikikiki....tapi satu je harapan semoga aku istiqamah menghabiskan vitamin tu....belajar2 la telan supplement kalau dah terbiasa nanti boleh tambah lain macam Vitamin E ke Evening Primrose Oil (EPO) ke....umur dah banyak baru datang kesedaran aku ni hehe....kagum la aku bila tengok ada sesetengah tu yang makan sampai empat lima jenis vitamin dengan jamunya lagi....


Ni la dia vitamin yang aku beli....sedap perasa oren hehehe macam budak2 pulak...


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

12 August 2013

Balik Key Ell

Assalamualaikum....

11 Ogos 2013 (Ahad) bersamaan 4 Syawal 1434H adalah hari yang tak berapa nak best....sebabnya dah kena balik KL huhuhu....

Semalam kami bertolak balik ke Kuala Lumpur....rancangnya nak balik pagi so boleh la sampai petang kan....tapi kalau dah dalam diri tu ada sifat malas maka membawa la ke tengahari....dari tengahari membawa ke petang hahaha....maka bertolak la kami lebih kurang jam 2.45 petang dekat jam 3 jugak la hehe...

Kalau nak bertolak balik kampung cepat je kan bersiap nak cepat je....tapi kalau nak balik KL ni memang payah sikit la....saje buat lengah lengah malas malas supaya boleh lama sikit dok kat rumah haha pandaiiiiiii :D

Atas tuntutan kerja kena la balik jugak kan.....kalau nak cuti lama-lama sila buka company sendiri....aku cuti sampai 15hb ni...tapi husband dah start kerja hari ni....so melepak la aku kat rumah....bukannya melepak saje saje tapi dok basuh baju, kemas rumah, baca buku, buat benda-benda berfaedah la....aku jenis tak boleh dok terbaring terguling tergolek tanpa buat kerja...nanti rasa bengong kepala lemau je badan hahaha...kalau setakat lima minit tu ok la tak rasa apa-apa....aku jenis manusia yang tak reti dok diam....otak atau badan mesti bekerja...

Ok selamat menyambut Syawal yang kelima...masih menunggu jemputan ke rumah terbuka hehe...bye!


07 August 2013

Cerita Lepas Kenduri Kahwin

Assalamualaikum...

Nikah dan kenduri 25 May 2013....

27 May 2013 balik KL daaaa....aku cuti lagi...tapi husband dah kena kerja esoknya huhu...dan 30 May aku plak masuk kerja....seriously memang penat giler....gerak dari Kelantan pun dah petang...sampai KL tengah malam...aku ni susah nak tidur kalau dalam kereta....tapi sebab penat sangat boleh plak terlelap....sian kat husband drive sorang sorang takde teman bercakap.....

Husband keje shift so bab bab nak cuti lama ni susah la sikit.....lepas kenduri belah aku...dia masuk kerja kejap then cuti balik untuk kenduri belah dia.....sebab kitaorang beza seminggu je....minggu ni rumah aku minggu depan tu rumah dia...penat tak payah cakap la kan....

Kitaorang stay kat KL....kenduri aku kat Kelantan dan kenduri dia kat Johor....penat kat atas jalan lagi penat kenduri lagi huhu....tapi takpe la sekali seumur hidup je kan...

Masa kenduri kat belah Johor husband balik awal sehari ke dua hari gitu....lupa plak...sebab kenduri kat Johor 2 Jun 2013....u know what aku tinggal sorang sorang okey....dah la aku baru duduk rumah tu tak sampai seminggu...dan rumah tu rumah baru tak pernah ada orang duduk....bukan apa sebab tak biasa so rasa lain macam sikit haha....now dah tak kisah sebab dah biasa....nasib baik la aku bekerja time tu....just balik untuk tidur je...tapi nak tunggu sampai mata ngantuk tu alahai hehe...

06 August 2013

Servis Kereta Maksudnya????

Assalamualaikum....

Pagi tadi pergi servis kereta kat Pusat Servis Proton, Pandan Indah....tapi bukan aku pun yang pergi hantar kereta tu tapi my husband......sebabnya aku sibuk nak pergi shopping hahaha tak habis habis lagi!!!!

Tak sempat nak berdua duaan tadi....kejar masa sebab suami kerja shift petang...so dia hantar aku ke LRT Cempaka...then dia hantar kereta ke pusat servis....lepas tu siap semua dia ambik kat stesen LRT...ye la aku shopping pun kejap je tadi....dah takde masa nak merendek pusing pusing tawaf SOGO tu....beli apa yang patut dan belah....memang membeli belah la tadi hehe.....

Bukan nak cerita pasal shopping okey....macam biasa la aku memang suka melalut!!!

Orang pergi servis kereta awal awal tapi aku last minute....kenapa???? sebabnya malas nak bersesak....ye la dekat dekat nak raya ni ramai yang hantar kereta untuk servis kan....nak balik kampung nak jalan jauh....so harus la cek itu ini betulkan apa yang patut...itu salah satu langkah keselamatan....

Ok done servis kereta....melayang RM200++....itu termasuk bulb headlamp sekali la....ye la dah sebulan lebih kot aku drive kereta dengan lampu buta sebelah kiri hehehe mentol lampu yang depan tu mati daaa....tapi takpe la bukannya selalu kan...nasib baik tiga empat bulan sekali servis kereta.....kalau setiap bulan maunya pitam aku...

Yang paling bestnya kan....dapat free sampul raya dari Proton....ala sampul raya je pun hehehe tak kisah la kan asalkan free...senang aku nak bagi duit raya kat budak budak dengan sedara mara....memang kutip sampul free je la aku dekat dekat nak raya ni...

Bukan setakat dapat sampul raya tau....yang paling syoknya dapat thermal lunch box...macam tau tau je kan aku ni memang suka bekas makanan lagi lagi yang kedap udara dan kemas macam tu....boleh bawak bekal pergi ofis....ada lambang Petronas lagi uolsss hehe...yang penting free okey freeeeee!!!




Kalau dah beria servis kereta dekat nak raya ni maksudnya apa???? balik kampung la....yeayyyyyyyy!!!!!

Ya Allah selamatkan perjalanan pergi dan pulang kami semua...amin...

 

02 August 2013

Salam Ogos

Assalamualaikum....

Cepat betul masa berlalu.....rasa baru je masuk 2013...orang kata panas panas lagi kan...tuptup tanpa disedari dah masuk bulan Ogos...maknanya lagi 4 bulan kita nak masuk ke tahun baru iaitu 2014.....apa maknanya???? maknanya umur aku bertambah huhu....takpe la umur sekadar angka je kan...yang penting jiwa tetap muda dengan kepala yang agak giler giler ni kikikiki...

Alhamdulillah kehidupan makin bertambah baik....semoga kebahagiaan dan ketenangan ini sentiasa bersama kami...amin :)
Gambar aku google je tak tau sape punya....pinjam ye tuan punya gambar...tq :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails