30 July 2013

Murid Mula Terjebak Jenayah

KULIM - Permasalahan gejala sosial dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan kerana ada yang sudah mula melakukan jenayah kecilan seperti memecah kereta tolak yang menjual makanan ringan.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih lima suspek bawah umur ditahan kerana terlibat jenayah.

Menurutnya, pihaknya akan memberikan bantuan kepada orang ramai terutama polis untuk memerangi masalah jenayah di daerah ini.


“Dalam kejadian malam kelmarin, PPKM menerima maklumat terdapat beberapa remaja bawah umur berkeliaran di sekitar pekan Kulim dengan menaiki motosikal.


“Kami kemudiannya membuat pemantauan dan menemui mereka di sekitar kilang sagu bagaimanapun, mereka berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran,” katanya.


Eng Khim berkata, kebanyakan suspek terlibat adalah murid sekolah dan mereka memecah beberapa kereta tolak yang menjual mainan dan keropok kerana makanan dan mainan itu ditemui berselerak di atas jalan.


Beliau turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak mereka dan jangan biarkan mereka menghampiri sebarang aktiviti jenayah.


Katanya, perbuatan memecahkan kereta tolak adalah permulaan kepada perlakuan jenayah yang lebih hebat apabila mereka dewasa kelak.


“Kanak-kanak normal tidak akan berkelakuan seperti ini malah, mereka takut pada undang-undang. Jangan biarkan anak kita berkeliaran tidak menentu dan bergaul dengan mana-mana kumpulan bermasalah.


“Ini akan mempengaruhi anak kita dan tidak mustahil mereka akan menjadi penjenayah suatu hari nanti,” katanya.


Sumber: Sinar Harian _ 30 Julai 2013 

P/S: Salah siapa.....kecik2 dah pandai buat macam ni....harap pihak terlibat mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlaku perkara yang lebih buruk lagi...

 

2 comments:

  1. Ya Allah, harap sangatla benda nie takkan berleluasa dgn lebih teruk lagi

    ReplyDelete
  2. tu la sis....risau tau bila kecik2 dah buat perangai mcm ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails