31 July 2013

Start Cuti Kahwin

Assalamualaikum....

Hari balik kampung....senang citer start bercuti untuk hari penting dalam hidup....makin dekat makin nervous...takut ada yang belum siap tapi terlepas pandang....bakal pengantin drive sorang sorang dari KL - Kelantan hehe...

Cuti awal sebab aku dah start cuti sem time tu....apa tunggu lagi kan...balik je la...

19 May balik kampung.....18hb sehari sebelum tu sempat lagi aku harung KL cari barang haha....selagi tak balik selagi tu la ada je benda tak cukup....ingatkan semua dah settle...dah balik kampung pun still dok keluar cari barang barang lagi aishhhhh....ingat nak rehat rehat kat rumah je sementara tunggu hari bahagia tapi nan hado uolsssss aiolssss tetap busy...

Masa balik kampung tu kakak aku la plak eh ini tak cukup itu tak cukup hehe....kena tambah ni...maklum la aku anak perempuan bongsu...dan tinggal aku je....mesti la akak aku yang excited nak terbaik kan....so keluar pergi mana mana dia teman la...lepas tu dia yang bayar haha....kata sayang adik kan :D :D :D

30 July 2013

Murid Mula Terjebak Jenayah

KULIM - Permasalahan gejala sosial dalam kalangan pelajar sangat membimbangkan kerana ada yang sudah mula melakukan jenayah kecilan seperti memecah kereta tolak yang menjual makanan ringan.
Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim berkata, sehingga kini lebih lima suspek bawah umur ditahan kerana terlibat jenayah.

Menurutnya, pihaknya akan memberikan bantuan kepada orang ramai terutama polis untuk memerangi masalah jenayah di daerah ini.


“Dalam kejadian malam kelmarin, PPKM menerima maklumat terdapat beberapa remaja bawah umur berkeliaran di sekitar pekan Kulim dengan menaiki motosikal.


“Kami kemudiannya membuat pemantauan dan menemui mereka di sekitar kilang sagu bagaimanapun, mereka berjaya melarikan diri ke dalam semak berhampiran,” katanya.


Eng Khim berkata, kebanyakan suspek terlibat adalah murid sekolah dan mereka memecah beberapa kereta tolak yang menjual mainan dan keropok kerana makanan dan mainan itu ditemui berselerak di atas jalan.


Beliau turut meminta ibu bapa supaya memantau kegiatan anak mereka dan jangan biarkan mereka menghampiri sebarang aktiviti jenayah.


Katanya, perbuatan memecahkan kereta tolak adalah permulaan kepada perlakuan jenayah yang lebih hebat apabila mereka dewasa kelak.


“Kanak-kanak normal tidak akan berkelakuan seperti ini malah, mereka takut pada undang-undang. Jangan biarkan anak kita berkeliaran tidak menentu dan bergaul dengan mana-mana kumpulan bermasalah.


“Ini akan mempengaruhi anak kita dan tidak mustahil mereka akan menjadi penjenayah suatu hari nanti,” katanya.


Sumber: Sinar Harian _ 30 Julai 2013 

P/S: Salah siapa.....kecik2 dah pandai buat macam ni....harap pihak terlibat mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengelakkan berlaku perkara yang lebih buruk lagi...

 

29 July 2013

Dua Beradik Mangsa Mercun

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah di mata kanan dan paha, manakala kakaknya yang berusia tujuh tahun cedera dikedua belah tangan dan kaki selepas menjadi mangsa dua remaja yang sengaja membaling mercun bola ke arah mereka.

Kejadian berlaku di hadapan kediaman mereka iaitu di Kampung Gong Manok, Kuala Besut, Besut, pada 24 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.20 malam itu, kedua-dua beradik itu sedang bermain basikal di hadapan rumah bersama dua lagi abang mereka.

“Bagaimanapun, ketika sedang asyik bermain, datang sebuah motosikal ditunggangi dua remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikenali ke arah mereka.

“Tanpa rasa bersalah, tiba-tiba salah seorang daripada mereka yang membonceng telah menyalakan mercun bola dan membalingnya ke arah empat beradik terbabit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya, semalam.

Manoharan berkata, mungkin dengan niat sekadar bergurau, perbuatan kedua-dua suspek itu bagaimanapun telah menyebabkan dua daripada empat beradik itu mengalami kecederaan akibat terkena percikan api mercun berkenaan.

“Akibatnya, mangsa pertama yang cedera parah di bahagian mata dan paha terpaksa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan, untuk mendapatkan rawatan susulan.

“Namun, kedua-dua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya.

Menurutnya, dua suspek terus melarikan diri sejurus insiden itu dan kini masih diburu. Bagaimanapun, identiti mereka berdua sudah dikesan dan yakin akan ditangkap dalam masa terdekat.

“Kedua-dua suspek masih bersekolah dan mereka merupakan jiran sekampung mangsa,” katanya.

Tidak puas hati dengan tragedi itu, ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mengambil keputusan membuat laporan polis berhubung kejadian.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 7 (1) Akta Bahan-bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.


Sumber: Sinar Harian _ 29 Julai 2013

P/S: Aku tak tau la diaorang ni manusia ke apa....bulan2 puasa pun dok buat naya kat orang....kesian kat budak yang tak berdosa tu....kalau nak baling mercun pegi la baling kat tempat lain yang takde orang.....atau nak lagi best baling kat diri sendiri nak tau sedap ke tak....semoga dapat hukuman yang setimpal sebagai pengajaran....


23 July 2013

Boring Tahap Gaban

Assalamualaikum....

Sindrom resah gelisah dah datang hehe....hanya berlaku di bulan puasa, hari isnin dan jumaat, setengah jam sebelum ke kelas.....ye la dari pagi dok kat ofis...dari pukul 7.30 ok 7.30 pagi....bulan puasa ni semuanya diawalkan sebab nak balik awal....

Tak pernah aku update blog kat ofis tiba-tiba boleh update plak.....ni menggambarkan betapa aku dalam keboringan yang amat sangat dah ni huahuahua....macam-macam kerja dah aku buat di antara masa kelas pagi dan petang yang akan mula pukul 4.30....

Otak dah penat, mata dah mengantuk.....dan dah tak sabar nak masuk kelas tu yang dok gelisah sampai timbul perasaan bosan...sebab tiba-tiba je rasa masa lambat berjalan....lepas tu habis kelas boleh balik buka puasa....korang tau la bulan puasa ni jalan jengjengjeng yang amat...sangat tak syok drive lima or sepuluh km/jam dalam keadaan letih dan mengantuk....dan untuk pengetahuan korang aku tak pernah lagi buka puasa kat rumah time weekdays....selalu buka kat ofis atau dalam kereta je huhu...memang bawa bekal siap-siap la....takpe la tak kisah pun bukannya selalu kan hehehe...



Kejap je jadi muka takde perasaan macam ni....masuk kelas lepas ni ok la semangat berkobar-kobar balik....sebab aku lebih suka mengajar dan melayan student dari dok dalam ofis mengadap pc hehehe...bye!


22 July 2013

Mood Lagu Raya Uolssss!!!

Assalamualaikum….

Apa kena dengan aku ni tiba-tiba balik kerja datang angin kuskus nak dengar lagu raya huahuahua…adakah gara-gara pergi Giant semalam dengar lagu raya buat aku hilang arah??? kat mana-mana pasaraya awal puasa lagi dah berkumandang lagu raya….tapi ok je dengar takde perasaan pun…

Atau sebab dah 13 hari kita puasa…so maknanya lebih kurang dua minggu lagi kita nak beraya hehe….dan maknanya aku boleh balik kampung yabedabedu !!!!!! tahun ni turn beraya kat kampung aku okey….sebelum kahwin lagi dah buat perjanjian hahaha ngek betul aku ni…nasib baik husband jenis tak kisah…tapi tahun depan turn kat kampung dia la plak kan baru adil dan saksama…

Hari ni aku balik awal sebab takde kelas petang….so sampai rumah tu lepak kejap tengok tv…dan terus on laptop pasang lagu raya….nasib baik dah ada kalau tak terpaksa la download…aku layan lagu raya yang lama je….yang baru ni tak minat la tak boleh masuk dengan jiwa aku…takde feeling raya orang kata hehe…maybe sebab aku membesar dengan lagu raya yang lama kot….


Macam ni la aku bila dekat nak raya mesti layang lagu raya tapi ni awal sangat….selalunya kurang seminggu nak raya baru aku dengar…..tapi korang nak tau aku masa kat Sabah dulu kan hari pertama puasa dah layan lagu raya ok….itu melampau sampai sekarang aku ingat hahahahaha!!!! ….ok bye!


13 Ramadhan 1434

Assalamualaikum…

Kejap je masa berlalu….dah 13 hari kita semua umat islam berpuasa…

Syukur Alhamdulillah untuk pertama kalinya dapat menikmati keindahan Ramadhan bersama kekasih halal….sahur berdua cuma berbuka je susah sikit nak berdua sebab masa kerja yang berbeza…time dia cuti je la dapat buka puasa sama-sama huhu nak buat macam mana…

Syukur la kita kat Malaysia ni dapat berpuasa dalam keadaan aman berbanding negara islam lain yang sedang bergolak….dan syukur la kita dapat makan makanan yang sedap dan berkhasiat….jangan dilupakan saudara kita yang serba kekurangan….elakkan membazir, berhenti merungut, dan sentiasa muhasabah diri….Insya Allah dengan cara demikian kita akan menghargai apa yang dimiliki dan yang ada di sekeliling kita…


Jom sama-sama kita belajar jadi manusia yang sentiasa bersyukur   :)


21 July 2013

Dulang Hantaran

Assalamualaikum….

Ok tiba-tiba datang mood untuk update pasal preparation kahwin…cepat-cepat on lappy dan taip…kang hilang mood nak datang balik susah oiiiii….ye la nak update benda yang dah berbulan-bulan berlalu ni bukan senang bagi aku la…orang lain aku tak tau…nak cerita pakai mulut senang je…nak cerita dengan tulisan ni nak kena susun ayat betul-betul…ye dok hehe..

Pasal dulang hantaran tu kami guna yang sama masa tunang tu je….ye la buat apa nak beli lain kan membazir je….kalau sewa tu boleh la masa tunang lain masa kawin lain…cuma kami tambah dua buah (betul ke buah ni….fail penjodoh bilangan kihkihkih)

Masa nak tunang dulu kami beli lima buah dulang….masing-masing lima so kira lima berbalas lima la ni…adil kan dapat sama banyak haha….

Then masa kahwin pun sama….tujuh berbalas tujuh…takde nak beza dua dulang…lima berbalas tujuh ke…tujuh berbalas sembilan ke….kami mengamalkan konsep adil dan saksama hahaha…kami buat ikut kepala kami je…dah family pun ok je tak kisah sebab tu semua adat….tak ikut pun takpe hehe…takde dulang hantaran pun takpe kami jenis tak kisah…masing-masing jenis sempoi…tapi sebab kahwin kan sekali seumur hidup je so nak buat elok sikit…ada jugak kenangan menggubah dulang hantaran…ada gambar untuk tengok masa tua-tua nanti hehehe… so tujuh dulang tu memang diisi dengan barang-barang yang memang berfaedah dan dapat digunakan sepenuhnya…

Nak tau beli kat mana???? Kat mana lagi kalau bukan Kedai Bunga Vivian kat Chow Kit tu….masa tunang dulu pun memang dah beli kat situ…so untuk kahwin beli kat situ jugak la…masing-masing beli dua buah dulang hari tu….kami beli ni pada 3 Februari 2013, hari Ahad…fuyoooo ingat lagi tu tarikh hahaha…ingat la sebab aku tulis dalam diari merangkap planner…tanpanya memang tak ingat la huhu…buku hitam tu penting tanpanya nanti aku boleh lupa segala appointment, meeting, event, dan kerja-kerja penting...

Aku suka beli kat situ sebabnya walaupun sempit dan takde aircond tapi murah ok….barangnya sama je dengan kedai barang perkahwinan lain tapi beza beringgit-ringgit…kedai dia kat dalam pasar Chow Kit tu…layanan dia memang terbaik la….dia siap ajar lagi macam mana nak gubah dulang hantaran….siap bagi ambik gambar lagi dulang-dulang yang diaorang buat untuk rujukan kita….siap tunjuk lagi bunga mana yang digunakan dan berapa banyak…nanti takde la terlebih ke terkurang ke kan…kat tempat lain ada??? takde kan…kedai-kedai besar mana bagi ambik gambar dulang hantaran yang diaorang gubah tu…

Ok uolssss mana-mana yang tengah pening dok buat persiapan kahwin tu boleh la buat lawatan sambil shopping ke Kedai Bunga Vivian, Chow Kit ye…pelbagai jenis barang perkahwinan yang semestinya murahhhh dan terkini ada kat sana….walaupun tak sebesar kedai barang perkahwinan perkahwinan kat Jalan TAR atau Nilai….yang penting murahhhh ok….kalau aku memang jenis tak kisah kedai tu sempit ke buruk ke tak selesa ke…yang penting duit aku jimat dan boleh guna untuk benda lain hohoho!!!

Ni contoh gambar dulang yang aku punya….yang side husband lebih kurang tu jugak tapi bulat dan ada rama-rama kat tepi…comel hehe! ni pun gambar lama yang aku ambik lepas siap gubah masa nak tunang dulu…tak boleh nak tunjuk yang kosong sebab dulang tu semua ada kat kampung tak muat kereta nak bawa balik hari tu….penuh dengan barang-barang lain sampai kena perli dengan sedara aku…..katanya lagi elok kalau aku guna lori macam dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok masa kat gua tu hahaha kurang asam betul!!! ye la dah dalam bonet penuh.....kat seat belakang pun penuh...


Owhhhh panjangnya aku membebel…..nanti sambung lagi ye…bye :)


        
****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
****************************************

10 July 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan olehNya untuk menikmati keindahan bulan Ramadhan pada tahun ni....merasa nikmat berpuasa...dan ini adalah tahun pertama berpuasa dengan status baru hehe...berpuasa berdua sebagai suami isteri...

Tak nak cakap banyak...just nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat islam....nikmati keindahan berpuasa dengan sebaik-baiknya ok :)




Ai Bizi Uolssss

Ok belum habis lagi nak bercerita pasal aku....tiba-tiba terasa kepoyoan di situ apabila tak habis2 nak cerita hal diri sendiri hahaha lantak la.....lama sangat peram cerita tu yang jadi macam ni hehe...

Aku tinggalkan blog dan tinggalkan segala hobi aku untuk sementara waktu sebab nak beri laluan kepada diri sendiri....ye la hari tu busy dengan persiapan kahwin.....dengan pindah rumah lagi....memang busy giler uolsssss....nasib baik aku tak giler je...lepas kahwin nak kena sesuaikan hidup sebagai suami isteri....dengan masuk rumah barunya....dengan nak mengemas lagi....barang yaaa ampunnn banyak giler.....sesetengah orang yang baru kahwin masuk melenggang bawa beg pakaian je.....kami ni sebelum kahwin lagi dah start kumpul barang rumah....sebelum kahwin hari tu dah kemas sikit2 masa angkut barang dari rumah lama....lepas kawin memang pulun mengemas sampai pengsan haha....

Encik hasbend cakap barang aku la yang paling banyak....yeeeee aku akui hehe....aku sendiri pun pening tengok dari mana datangnya barang-barang ni semua....bila time packing nak pindah tu rasa ehhhh bila nak habis ni....

Sekarang dah mampu untuk bernafas kembali....habis tu sebelum ni tak bernafas ke????? hahahaha....tu yang aku slowly sambung balik keje2 aku dulu...rasa dah rileks sikit...

Banyak la yang aku belajar dari kehidupan baru ni...Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dengan alam perkahwinan....belajar jadi isteri yang terbaik dan menyejukkan hati suami.....I'm so bahagia :)

Thanks Allah....thanks suami kesayangan...


08 July 2013

Compress Jangan Tak Compress

Huaaaaa bila nak siap ni.....dari petang tadi lagi aku dok mengadap laptop.....dok compress gambar yang dah berkurun bertapa dalam laptop ni....dia punya saiz setiap gambar tu besar gedabak tak hengat....sebesar saiz kameranya hehehe....ok as u know that aku ni giler ambik gambar dan giler bergambar.....nampak je benda menarik sikit mesti aku nak ambik gambar tapi time aku bawak DSLR la....dan lagi satu kat mana orang hala lensa kamera kat situ la aku ada hahahaha.....sebab tu la gambar banyak....

Dah lama nak buat ni tapi asyik tertangguh je....so refer entry lepas ye kenapa aku tangguh, bukan sengaja hehe....bukan setakat blog je suam...dengan keje2 lain pun ikut suam sekali.....ni aku dah tanam keazaman yang teguh di dada untuk kembali menyambung keje2 yang tergendala sebelum ni....

Aku baru sedar yang DSLR tu dah lama tak guna....rindu nak ambik gambarrrrrr!!!! kang merajuk plak dia sebab dah lama tak dibelai hehe...aku jugak yang susah nak pujuk balik....so aku start dengan keje2 yang melibatkan gambar dulu....compress dan susun balik file2 gambar....delete mana2 gambar yang tak perlu atau tak serupa gambar....dan transfer gambar2 dalam DSLR ke laptop ada 700++ lebih kot.....haha masak aku nak pilih yang ok....nak pilih yang perlu diedit...dan nak compress....sabar huhu :)

Malam ni memang aku betul2 spend time untuk sambung balik keje2 berkaitan....ye la kalau dah hobi mana boleh tinggalkan beb....rasa semacam je...masa untuk aku bersenang lenang dah habis....so dah sampai masanya untuk aku fokus balik kepada apa yang aku buat sebelum ni....

Perlahan-lahan kayuh hehe....ye la dah dua bulan lebih kot tinggal...dalam tempoh tu aku stop blogging, stop bisnes, stop aktiviti2 photography, stop menjahit just jahit veil masa kahwin hari tu je, stop explore benda baru dan lain-lain....so now kena siapkan satu2 dan buat perancangan kembali....

Mudah mudahan....insya Allah :)


Haloooo...I'm Back

Ok pertama sekali aku nak ucap Assalamualaikum w.b.t kepada para pembaca sekalian (perghhh ayat macam dalam buku haha...masalahnya ada ke orang baca ni)....

Ini la post pertama aku setelah sekian lamanya aku berhibernasi uolssss....tiba-tiba rasa malu buka blog sendiri sebabnya eeeerrrrrrrrrr berhabuk tu satu hal....sikit giler post untuk tahun ni huahuahua....rasa nak nyorok bawah meja...tiba-tiba rasa nak lempang diri sendiri sebab blog macam apa dah...macam rumah tinggal je...

Korang tau tak perasaan aku masa dok taip post ni??? rasa macam dok jawab soalan statistik....bukan main perah otak ok...saje letak subjek statistik sebab tu bukan subjek feveret aku hahaha ampun wahai lecturer yang mengajar aku dulu...yo la sebab lama sangat berhibernasi sampai otak dah tumbuh lumut hijau dah....

Banyak sangat benda yang aku nak cerita sebenarnya.....tergendala dari zaman bujang lagi....now dah selamat bergelar isteri orang....niat di hati nak berehat kejap je...ingat lepas settle semua majlis dah boleh sambung ngadap blog....tapi boleh plak terlajak sampai masuk bulan 7 dah...

Tengok la nanti macam mana...kalau aku rajin dan ada idea aku taip la ye cerita2 yang tergendala tu....bermula dari cerita persiapan kahwin dan apa2 je la yang berkaitan urusan nikah kahwin ni dan lain-lain.....dannnnn dah takde dan dah.....itu kalau aku diberi kerajinan dan idea la hehehe.....kalau tak maka takde la....bukan takde langsung ye...mungkin ada la sikit2 kot cuma tak sebanyak yang dirancang...hehe ye la bukan senang kot aku nak fikir satu2 benda yang dah lepas ni dan taip jadikan satu cerita....ampun maaf dipinta mensuci hening dosa la ye kikikiki...

Okey uolssss nanti aku sambung lagi ye....kalau ikutkan jari nak menaip ni sepuluh muka surat tak cukup sebab lumut hijau dah makin berkurang...so baik aku stop sampai sini dulu.....ini post untuk ambik mood menulis orang kata....so sikit-sikit dah la ye hehe....bye :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails