15 April 2013

Shawl Gojes Lagi Menawan

Assalamualaikum.....nak cakap awal-awal ini sticky post tau....kalau nak baca post lain sila scroll ke bawah yo....bajet ramai pembaca plak aku ni :D

Ni nak bagitau sikit kat uolssss yang selama ni dok cari shawl atau selendang yang labuh menutup dada. Kini pihak MissNick Collection cuba memenuhi keperluan wanita yang ingin bergaya tetapi dalam masa yang sama ingin tampil sopan menawan. Shawl yang labuh dari biasa ni anda boleh dapati di MissNick Collection tau.....ingat MissNick Collection....dan lagi satu jangan lupa like page MissNick Collection kat sebelah tu ye ;P

Kenapa shawl ni dikatakan sangat special? Ok yang pertama sebab kainnya yang sangat best. Setakat ni semua customer yang beli berpuas hati dan nak beli lagi siap request warna kesukaan lagi tau hehe. Ada tu siap mintak buat design lain lagi tapi menggunakan material yang sama. Insya Allah dengan sokongan dan doa uolssss semua tu dapat dilakukan. Actually kami menggunakan material Japanese Chiffon yang berkualiti, sejuk, beralun, dan senang dibentuk.

Keistimewaan yang kedua ialah shawl ni panjang tau lebih kurang 2 meter x 0.55 meter. Haaaa panjang kan sebab kebanyakan shawl yang dijual di pasaran biasa hanya panjang 1.5 meter hingga 1.75 meter sahaja. Jadi bila adanya shawl yang ukuran panjang 2 meter ni uolssss boleh gayakan macam macam fesyen. Senang la nak lakukan proses lilit dan belit sebab panjang kan. Tapi jangan terbelit leher sudah la ye kami tak bertanggungjawab hehehe. Nak pakai labuh ke pendek ke terpulang sebab boleh adjust sesuka hati yang uolsss nak. Cuma nak labuh sampai lutut tu tak boleh la ye.....itu kena pakai telekung solat hehe...

Keistimewaan yang ketiga ialah shawl ni custom made dengan jenama MissNick Exclusive, bukannya diambil dari supplier atau jahitan kilang. So sesiapa yang pernah pakai hijab yang custom made boleh tau macam mana kualiti jahitannya ye memang kemas.

Keistimewaan yang keempat ialah harganya yang sangattttttt la berpatutan okey. Sesuai dengan matlamat kami iaitu menyediakan produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Ada yang tanya kenapa kami boleh jual murah sedangkan orang lain jual lebih lagi tapi produk yang sama. Ada yang takut nak beli sebab takut tak berkualiti, jahitan tak cantik kasar....hmmmm apa lagi ye okey takut material yang digunakan panas, kasar, dan keras macam kain guni. Okey jawapan kepada persoalan itu ialah sebabnya segala proses dari A - Z kami lakukan sendiri tanpa melibatkan pihak lain. Bermula dari proses mencari dan memilih material, memotong kain ikut ukuran, proses jahit menjahit pun kami jugak, jadi model produk untuk iklan di internet, mekap, photographer, DSLR yang digunakan pun sendiri punya, menguruskan order, dan akhirnya proses pembungkusan semuanya dilakukan oleh pihak kami. Proses penghantaran ke pejabat pos pun kami, cuma hantar ke tangan penerima je kerja posmen hehehe. Tetapi bagi customer yang nak ambik by hand atau cash on delivery (COD) atau nak jumpa sebab nak tengok kualiti kain depan depan pun pihak kami yang uruskan, takde masalah tapi kena buat appointment dulu la.Semput dengar kan hehe tapi kalau bijak menguruskan masa dan sentiasa fikir boleh, Insya Allah semua tu takde masalah. Kalau dah minat segala halangan dan penat letak tepi. Walaupun hakikatnya Tuhan je yang tau hehe...

Lepas tu apa lagi ye? Banyak lagi la keistimewaan lain jika anda sendiri memilikinya. Kalau nak beli kena cepat-cepat tau sebab pengeluaran kami adalah terhad sebab kami buat sikit-sikit bagi menjamin mutu dan kualiti jahitan. Bukan sold out terus tau tapi uolssss kena tunggu la kena beratur ikut turn hehe. Itu pun kalau warna atau design yang uolsss nak tu dah habis, tapi kalau masih ada lagi alhamdulillah boleh dapat terus. Kalau kejar kuantiti takut nanti kualiti hancus....itu memang kami elakkan la. Sebab kami pun cerewet bab-bab kualiti dan kekemasan ni. Sebelum jual kami dah cuba pakai dulu tau so senang nak promote kat orang nanti. Confirm uolssss tak akan menyesal dan nak repeat order lagi.

Cakap banyak tak guna....jom kita tengok apa benda la yang dok potpet potpet panjang berjela dari tadi lagi......sorry la uolsssss excited sikit bab-bab bercerita ni....baru menulis kalau berjumpa depan depan esok pun tak habis hahaha....

Haaaa labuh kan....itu pandangan depan dan belakang....nak labuh lagi pun boleh tarik situ sikit sini sikit jadi la ikut yang uolssss nak....

Okey bahagian tepi shawl keluaran kami dijahit macam gambar kat atas ni tau....so sangat kemas dan senang dibentuk....nak pakai style tepek kat dahi pun boleh...atau pun nak pakai style bujur macam gambar kat bawah ni pun boleh....mana-mana je la sesuka hati sesedap rasa uolssss....

 Tiba-tiba rasa berubah bentuk muka jadi bujur sirih....ehhhh macam ni ke bujur sirih....lantak!!!!

 Hahaha rasa nak lempang tengok gambar sendiri.....nape ayu sangat ni weh? sebab pakai tudung ni ke terus bertukar watak ;P

 Shawl yang warna plain pun mempunyai kualiti seam line atau jahitan tepi yang kemas....kita bukan jahit tepi halus biasa tu tau yang sekali tekan zappppp terus siap.....berpeluh basah baju jahit cara ni nak siapkan sehelai shawl bagi uolssss puas hati.....drama sangat aku ni kan ;P .....kalau tak berapa jelas sila klik gambar bagi dia besar berganda-ganda....

 Okey ini warna paling glamour....ramai orang suka....jom rembat untuk diri sendiri....warna ni buat wajah uolssss nampak fresh sebab hijau ni sangat cantik....

 Eeeeee suka la.....aku dah rembat satu warna ni....harus la kena ada untuk diri sendiri kan....

Yang ni pun sama ramai orang suka sebab warnanya yang lembut.....confirm uolssss nampak muda, happy, dan penuh kelembutan seperti gambar di atas....sampai senyum pun tak nampak gigi....


Dah habis tengok? Nak tengok lagi? Ok jom kita buat lawatan sambil belajar ke fanpage MissNick Collection atau boleh juga ke blog kami di http://missnickcollection.blogspot.com/ atau boleh email ke missnickresources@gmail.com

Ok jom shopping......mana la tau ada antara uolssss yang akan menerima diskaun istimewa dari kami...thanks and good bye :)


4 comments:

  1. @nurul nazihah

    yg ni kain chiffon mmg nipis skit la...tp ok je x nampak leher boleh lilit2 sbb shawl ni panjang :)

    ReplyDelete
  2. Salam sis.. apa nama jahitan tepi shawl yg sis guna..seam line ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam...sorry lambat reply :)

      Bahasa mudahnya ialah jahit kelim tepi...

      Delete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails