23 March 2013

50 Perkara Penting.........

Copy and paste sebagai motivasi untuk diri sendiri dan orang lain.....selamat membaca :)

50 Perkara Penting Drp Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
(Hadiah istimewa saya untuk orang melayu muslim)

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarkatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo , New York dan London . Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !

16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak .

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki) . Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan .

30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab kenapa orang Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju . Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar . Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.

50. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Terima kasih kerana baca hingga habis.
Jika anda rasa artikel ini baik utk dikongsikan.
Sila klik LIKE & SHARE...



10 March 2013

Wedding Checklist #2

Assalamualaikum....huhu dah 10 March 2013 kejap je masa berlalu kan....hari tu rasa macam lambat lagi nak kahwin.....kira punya kira tinggal lagi lebih kurang dua bulan je lagi.....nervous kot hehe yela selagi tak settle selagi tu la dok nervous.....orang lain lagi dua bulan nak kahwin dah macam-macam siap....tapi aku punya rasa macam slow je progress...entah la ke perasaan aku je hehe....

Ok jom kita update wedding checklist ni.....malu sebenarnya nak share (puiiii malu konon!!!) tapi aku tengok keywords kat akaun Nuffnang aku tu selalu je ada yang dok mencari pasal kahwin....maka aku serta merta membuang perasaan malu....dan bersedia untuk share dengan bride to be di luar sana....

Biru = sudah settle ......Merah = belum siap ........Hijau = dalam proses .....kalau yang kosong tanpa warna tu maksudnya tak confirm nak buat ke tak hanya cadangan sahaja hehe...

1. DATE
Nikah - akan dimaklumkan
Resepsi - akan dimaklumkan
Bertandang -akan dimaklumkan

2. LEGAL DOCUMENTS
Kursus kahwin - Pending
HIV Test - Pending
Borang kebenaran nikah - Pending
Jurunikah - Pending

3. VENUE
Nikah - Home Sweet Home / Masjid (To be confirmed)
Resepsi - Rumah @ Kelantan
Bertandang - Rumah @ Johor

4. CANOPY
Resepsi - Family task (To be confirmed)

5. MENU
Nikah - Family task (To be confirmed)
Resepsi - Family task (To be confirmed)

6. MEJA MAKAN BERADAP
Resepsi 
- Design - by Lini Bridal (Done)
- Theme & Decoration - by Lini Bridal (Done)

7. PELAMIN
Resepsi
- Design - by Lini Bridal (Done)
- Theme & Decoration - by Lini Bridal (Done)

8. PHOTOGRAPHER
Nikah - Pending
Resepsi -Aniki Studio (Done)
Bertandang - Pending

9. VIDEOGRAPHER
Nikah - 
Resepsi -

10. WEDDING OUTFITS
Nikah
- Dress - dah siap, belum jahit perincian
- Tudung - Pending
- Veil - Pending
- Shoe - Pending
- Accessories - Pending
Resepsi
- Dress - dalam proses jahit
- Tudung - Pending
- Veil - Pending
- Shoe - Pending
- Accessories - Pending
Bertandang
- Dress - dah siap, belum jahit perincian
- Tudung - Pending
- Veil - Pending
- Shoe - Pending
- Accessories - Pending

11. MEKAP
Nikah - Aanz Jemari (Done)
Resepsi - Aanz Jemari (Done)
Bertandang - Pending

12. DOOR GIFT
Resepsi - Pending
Bertandang - Pending

13. SENARAI HANTARAN
For Her
- Pending
For Him
- Pending

14. CINCIN KAHWIN
For Her - Pending
For Him - Pending

15. INVITATION
Guest List - Pending
Invitation card - Pending

16. HAND BOUQUET
Nikah - Pending
Sanding - Pending
Bertandang - Pending

17. BILIK PENGANTIN
Furniture - Pending
Design - Pending
Theme & Decoration - Pending

18. ACCOMMODATION
For Groom's family (Resepsi) - Pending
For Bride's family (Bertandang) - Pending

19. LAIN-LAIN
Bunga pahar - Pending
Bunga manggar - Pending
Centerpiece - Pending
Wedding cake - Pending
Signage - Pending
Inai - Pending



Gulpppp tiba-tiba takut tengok wedding checklist sendiri!!! banyaknya merah.....meh ler kita gerak ye jangan tangguh-tangguh lagi....kalau tak confirm terbang tudung menggerbang rambut aku lepas ni kalau masuk bulan 4 pun still banyak merah dari biru.....dan aku rasa la checklist ni akan bertambah lepas ni hehehe....kita tengok je la ye kikikiki....ok jumpa lagi dalam next update ye...bye :)


Bebel Pasal Wedding

Assalamualaikum uolssss....dah lama kot aku tak stalk blog-blog bride to be atau website pasal perkahwinan.....sampai dah blur tak tau nak buat apa seterusnya hehe....tadi pergi kenduri kawan my partner kat Sungai Buloh....tiba-tiba teringat wedding sendiri lebih kurang dua bulan lagi....ehhhh itu tak buat lagi ini tak settle lagi....aku target sebulan sebelum majlis aku dah settlekan semua benda yang besar....kalau tak mati terbungkang aku dibuatnya haha...

Hari tu aku ada cakap nak update pasal persiapan kahwin ni kan tapi last last aku senyap membisu....hahaha ampunkan daku...nak kata busy tak jugak time tu tapi ada la busy sikit dengan hal-hal bisnes....dok tangguh-tangguh lepas tu terus terlupa.....nampak tak perkataan TER kat situ??? maknanya tak sengaja hehe....maklum la faktor usia :D

So hari ni aku dah start fikir balik apa lagi yang perlu dibuat.....hari tu dah macam orang giler dok cari idea pasal wedding....google sana google sini....habis blog orang aku baca sikit lagi nak khatam....orang giler pun tabik kat aku kot sebab gigih siang malam membanting tulang empat kerat....semata-mata mencari idea untuk hari bahagia....

Sebelum ni aku cakap nak DIY pelamin sendiri kan.....hiasan dalam bilik pun sama nak DIY.....dan aku dah dalam proses menyiapkan bunga-bunga cinta ehhh bunga-bunga dari crepe paper tu untuk letak banyak banyak dan banyak kat pelamin.....sebab tema pelamin aku mesti banyak bunga....padahal aku bukan jenis giler bunga....tak pernah membeli bunga apatah lagi menanam bunga....tapi bila tengok pelamin yang banyak bunga gebu-gebu tu rasa sweet sangat.....banyak bunga di sini bukannya sebarang bunga ye....tapi bunga yang boleh menaikkan seri pelamin, bukannya menyerabutkan....bunga yang ala ala konsep garden gitu tu....kira kalau kau tengok terus feeling macam dok kat taman bunga....buat kau rasa macam nak guling-guling tidur kat situ.....walaupun my partner cakap bunga macam konsep garden tu nampak macam serabut dan semak....dah aku suka kan nak buat macam mana hahahahaha (gelak jahat)!!!!





Gambar di atas tiada kaitan ye....hiasan semata-mata sekadar nak menggambarkan bunga-bunga.....nampak sejuk mata memandang so masuk je la...kalau nak pelamin macam tu kena mandi bunga dulu la kan....

Dah berangan macam-macam ni tuptup masa balik kampung cuti raya cina hari tu.....dan tuptup lagi plan aku bertukar.....dari nak DIY pelamin sendiri dan nak beli barang-barang pelamin sendiri...dengan ayah aku dah siap cari kayu mayu papan segalanya nak buat stage pelamin untuk anak kesayangan dia ni....akhirnya aku ambik pelamin dari bridal.....aku tak ambik pakej pun just ambik yang mana perlu je sebab kerusi aku dah beli sendiri lepas tunang hari tu....pelamin pun bukan ambik sebijik sejibon macam dalam gambar....design tu hasil perbincangan aku dengan pihak bridal la....so dah settle hal pelamin di mana aku tak perlu lagi survey barang-barang dan macam mana nak realisasikan seperti yang aku nak....aku cakap je apa yang aku nak dan diaorang faham...mereka lebih expert so tau la apa nak buat kan hehe....serahkan pada yang pakar katanya la....

So sekarang aku just fikir pasal decoration dalam bilik je la....panjang lagi sebenarnya hal pelamin tu dan macam mana plan boleh bertukar.....nanti la dalam entri akan datang ye....entri yang ni pun dah panjang berjela nanti korang bosan plak....kena buat entri khas pasal pelamin je sebab yang tu pun memang dah panjang berjela so tak boleh nak share dengan entri lain.....aku kalau dah membebel tak pandai nak stop okeyyyy harap maklum haha :D

Ok la bye....jumpa lagi :)

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 
****************************************
 

09 March 2013

Eyeliner SILKYGIRL Terbaik

Okey malam ni tiba-tiba gedik nak review pasal produk kosmetik plak....first time kot buat post pasal benda ni sebab aku bukannya hantu mekap pun....mekap time memerlukan je, contohnya time ada event ke nak pegi kenduri ke atau time datang angin giler mekap ke haha.....kalau tak bedak secuit pun tak pakai....sebab tu barang mekap aku selalu expired sebab jarang-jarang guna....barang mekap aku pun sikit je just yang basic....panjangnya mukadimah padahal nak buat review produk tapi sampai ke kutub selatan aku dok membebel haha....

Sekarang ni aku dah ada the most favorite eyeliner tau iaitu brand SILKYGIRL: Long Wearing Eyeliner....setelah sekian lama aku dok cuba macam-macam jenis brand eyeliner, dari yang murah sampai yang mahal (mahal bagi aku la), jenis liquid dan pensel semuanya tak berapa memuaskan hati aku.....sebabnya pakai tak sampai setengah hari dah sememeh....bahagian atas tu dalam masa sejam tengok-tengok dah melekat satu garis lagi kat kelopak mata....sebab mata aku ni jenis tak berapa nak besar....bahagian bawah mata plak tengahari mula la buat hal jadi sememeh habis hitam bawah mata aku.....kena selalu tengok la tapi tang tu la yang malas sebab aku bukan jenis suka belek muka depan cermin....

One day aku punya eyeliner jenis pensel hilang entah ke mana....hehehe nasib baik murah tak kisah la....so time datang angin aku nak pakai eyeliner terpaksa la pakai yang jenis gel....tapi jenis gel tu tak praktikal sangat time nak cepat sebab kena tunggu kering dulu...kalau tak habis la comot macam momok hehe....dipendekkan cerita terus aku sambar SILKYGIRL: Long Wearing Eyeliner ni.....wahhhh aku terus jatuh hati....sebabnya aku pakai sepanjang hari dari pagi sampai ke petang eyeliner tu tetap kekal pose sopan kat mata seperti mana mula-mula ia dipakai....dah takde kesan garisan melekat kat kelopak mata dan tak sememeh lagi....untuk lebih memuaskan hati so aku test lagi letak dan tekan jari kat atas garisan tu tengok takde pun kesan eyeliner melekat kat jari.....ini sudah bagus! jangan gosok mata sudah la ye memang sememeh la kecuali kalau kau pakai permanent marker haha :D...tapi jangan risau eyeliner ni senang dicuci tak meninggalkan kesan hitam pun....

Tak sangka kesan SILKYGIRL: Long Wearing Eyeliner ni buat aku kagum hehe....ye la harganya sangat la berpatutan iaitu RM14.90 sahaja okey.....diulangi RM14.90 sahaja....sangat praktikal ye tak payah nak asah sebab tak akan tumpul sampai habis, cuma pusing je tadaaaa terus keluar....mungkin lepas ni aku akan setia dengan eyeliner ni je la....malas dah nak cuba yang lain kecuali ada yang lagi best....cuma untuk kesan hitam pekat je la aku guna yang jenis gel punya tapi jarang-jarang la...just pakai time ada majlis-majlis tertentu je nak bagi mata vogue dan segar sikit hehe....


ini la bendanya.....


 yang sebelah eyeliner tu brow pencil dari SILKYGIRL jugak.....pun aku suka sebab hasilnya kemas dan cantik.....lain kali aku review ye....


Bye jumpa lagi :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails