22 February 2013

Bajet Bagus!

Dalam hidup ni kan macam-macam manusia yang kita jumpa.....yang baik sangattttt, baik, baik gitu-gitu, menyakitkan hati, baik + tak baik ehhh maksudnya depan belakang dia ada dua sifat ni bahaya oiiiiii bermuka-muka....

Sesiapa pun selalu hadapi benda benda macam ni kan....kecuali bagi orang yang tinggal dalam gua atau tepi hutan....tak bermasyarakat so takde la masalah dengan manusia hahaha....apa yang tulis ni adalah dari pengalaman sendiri selama 29 tahun hidup (eh 29 dah umur rupanya ingatkan 16 tahun)....pengalaman kawan-kawan....dan juga berdasarkan pemerhatian sekeliling....sesuai la aku ambik psikologi suka sangat bab-bab memerhati ni hehe....

Aku tak nak cakap banyak...cuma nak bagitau je kita sebagai manusia jangan pandang rendah kat orang lain....sebab kemungkinan orang tu lagi tinggi pengetahuan, pengalaman, keupayaan, dan kemahiran berbanding kita....so pandang la kiri kanan sebelum bercakap dan bertindak....

Kita dah rasa kita cukup hebat sehingga orang lain nak bersuara pun kita cuba nak sekat....orang nak membantu memudahkan kerja pun kita tak bagi....sebab apa???? sebab takut segala kerja tak jalan atau tak jadi....kita tak yakin dengan keupayaan orang tu....atau anggap orang tu bodoh tak tau apa-apa....kita meletakkan orang tu di tahap paling bawah dan upgrade diri sendiri ke tahap yang paling atas tanpa pengiktirafan sesiapa pun....

Hakikatnya mungkin orang yang kita pandang rendah dan bodoh itu seorang yang low-profile...tak suka bercerita atau canang sekampung apa kelebihan yang dia ada...tapi tunjukkan kelebihan melalui kecemerlangan kerja atau kejayaan dalam menghasilkan sesuatu projek.....tapi yang dok perasan bagus ni la kerja berterabur....mulut je hebat pungpang pungpang sana sini....

Dan kita kena sedar....sedar dari mimpi.....mimpi yang mengatakan kita la yang paling hebat, berada di kedudukan teratas, hebat segala-galanya......sedangkan di sebaliknya ramai yang meletakkan kita di kedudukan yang paling bawah, meluat, menyampah dengan sikap dan tingkah laku yang tidak berpijak di bumi yang nyata (hahhh ambik kau sekali keluar langit bumi bulan bintang)....

Berhentilah bermimpi.....sedarlah kerana banyak mata yang memerhati....sekian bebelan yang tak berapa nak pendek ni hehe :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails