28 February 2013

Belajar Bersyukur

Assalamualaikum selamat pagi uolssss :)

Tadi aku terbaca satu petikan dari status facebook Dr. Azizan Osman. Setiap pagi sampai ofis je mesti aku kena buka facebook, blog or website yang boleh memberikan motivasi dan semangat sebelum mulakan kerja....hehehe penting tu so takde la lemau je kan sepanjang hari...

So ni aku copy and paste status tu kat sini ye.....senang untuk rujukan sendiri dan juga orang lain....

-----------------------------------------------------------------------------


Peribahasa cina yang saya nak kongsikan hari ini adalah : 


Ying Shui Sze Yuen.... 


Maksudnya bila dapat merasai keenakkan air, ada yang lupa dari mana punca sumber air itu datang. 


Peribahasa ini diguna pakai untuk manusia yang tidak tahu bersyukur dan berterima kasih. Dia menikmati nikmat atau hasil dari sesuatu, dia lupa dari mana atau dari siapa dia dapat menikmati hasil tersebut akhirnya. 

Orang yang berjaya dan diberkati adalah mereka yang sentiasa ingat asal usul diri dia. Sentiasa berpijak dibumi yang nyata, berapa tinggi langit dia terbang, dia tahu akhirnya dia akan ke tanah jua. Di dalam perjalanan kita menuju kejayaan dunia dan akhirat, selain daripada sentiasa bersyukur kepada Allah swt dan berselawat ke atas RasulNya, pasti ada manusia-manusia penting yang kita perlu ingat dan hargai yang membantu kita secara langsung atau tidak langsung menjadikan kita adalah kita hari ini dan akan datang. 

Sentiasa belajar untuk hargai mereka terutamanya keluarga kita, suami/isteri, ibu-bapa, anak-anak, adik beradik, sanak saudara, guru-guru, rakan taulan, bekas majikan atau majikan, JKKKK, Ketua Kampung, pengkritik atau sesiapa sahaja kerana di situlah datang keberkatan di dalam apa yang kita lakukan. Kita tidak tahu doa mereka yang mana yang makbul sebelum ini yang membantu kejayaan kita samada kecil atau besar, samada sekarang atau akan datang, samada di dunia atau di akhirat.

Semoga usaha kita diberkati dan dirahmati Allah swt. 


23 February 2013

Contest Rumah Kebaya Malaysia

Sebenarnya dari awal lagi aku nak post pasal benda ni....tapi dok buat keje tu keje ni terus lupa hahaha....makan semut banyak ni ;P .....takpe la tak kira nak post jugak...

Siapa yang tidak kenal Rumah Kebaya Malaysia (RKM) kan....lebih lebih lagi bakal pengantin....macam aku jugak la asyik dok tengok pelamin la....busana pengantin la.....gorgeous giler okey tapi mampu tengok je la hehe....

So sekarang ni ada berita baik untuk blogger semua....tak kira la korang ni blogger wedding ke, fesyen ke, personal ke, blogger rojak macam aku ke (dalam blog macam-macam ada hehe) atau blogger apa-apa je la...sekarang ni pihak Rumah Kebaya Malaysia ada buat contest tau....kalau sesiapa nak merasa sponsor dari pihak Rumah Kebaya Malaysia jom la join contest ni.....boleh la feeling feeling retis kejap kan haha....

Contest ni dah bermula pada 1 Februari 2013 lagi uolsssss....dekat sebulan aku terlambat update...takpe tak basi pun kan....sesiapa yang ingin berkahwin pada tahun 2013 ni elok la tu join CONTEST BLOGGER ni....peluang ni uolssss tak nak ke dapat sponsor busana pengantin bernilai RM3500.....diulangi RM3500 okey.....kalau dapat tu memang akan jadi kenangan sepanjang hayat la....lagi la bagi orang yang tak pernah menang contest macam aku ni....macam mana nak menang sebab join pun tak pernah hahaha....ini pun aku tak join saje update nak ajak korang join....

Macam mana nak dapat ni? Jom kita tengok apa syarat-syaratnya.....pihak Rumah Kebaya Malaysia kata mudah sahaja....so korang klik la gambar bawah ni.....kat situ sudah terang lagi bersuluh apa yang korang perlu buat.....

Atau pun korang boleh klik link ni untuk keterangan lanjut https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151301357141785&set=a.209942226784.130385.179036286784&type=1&theater




P/S: Dah habis baca???? Ok apalagi cepat la.....aku tumpang happy je bagi sesiapa yang menang....


22 February 2013

JENNIFER PAIGE "CRUSH"

Ok aku suka giler lagu ni dulu....kira salah satu lagu favorite la ni....lagu ni keluar pada tahun 1998 lama giler kan masa tu aku form 2 huahuahua tengah meningkat remaja tu....sekarang pun remaja lagi tapi senior remaja....boleh gitu???? Walaupun dah masuk tahun 2013....aku still layan lagu-lagu lama tak kira la lagu english ke melayu....susah weh nak terima lagu-lagu sekarang....ada la jugak minat sikit-sikit kan tapi still tak boleh lawan minat aku dengan lagu-lagu lama ni....

Jom layan................


Bajet Bagus!

Dalam hidup ni kan macam-macam manusia yang kita jumpa.....yang baik sangattttt, baik, baik gitu-gitu, menyakitkan hati, baik + tak baik ehhh maksudnya depan belakang dia ada dua sifat ni bahaya oiiiiii bermuka-muka....

Sesiapa pun selalu hadapi benda benda macam ni kan....kecuali bagi orang yang tinggal dalam gua atau tepi hutan....tak bermasyarakat so takde la masalah dengan manusia hahaha....apa yang tulis ni adalah dari pengalaman sendiri selama 29 tahun hidup (eh 29 dah umur rupanya ingatkan 16 tahun)....pengalaman kawan-kawan....dan juga berdasarkan pemerhatian sekeliling....sesuai la aku ambik psikologi suka sangat bab-bab memerhati ni hehe....

Aku tak nak cakap banyak...cuma nak bagitau je kita sebagai manusia jangan pandang rendah kat orang lain....sebab kemungkinan orang tu lagi tinggi pengetahuan, pengalaman, keupayaan, dan kemahiran berbanding kita....so pandang la kiri kanan sebelum bercakap dan bertindak....

Kita dah rasa kita cukup hebat sehingga orang lain nak bersuara pun kita cuba nak sekat....orang nak membantu memudahkan kerja pun kita tak bagi....sebab apa???? sebab takut segala kerja tak jalan atau tak jadi....kita tak yakin dengan keupayaan orang tu....atau anggap orang tu bodoh tak tau apa-apa....kita meletakkan orang tu di tahap paling bawah dan upgrade diri sendiri ke tahap yang paling atas tanpa pengiktirafan sesiapa pun....

Hakikatnya mungkin orang yang kita pandang rendah dan bodoh itu seorang yang low-profile...tak suka bercerita atau canang sekampung apa kelebihan yang dia ada...tapi tunjukkan kelebihan melalui kecemerlangan kerja atau kejayaan dalam menghasilkan sesuatu projek.....tapi yang dok perasan bagus ni la kerja berterabur....mulut je hebat pungpang pungpang sana sini....

Dan kita kena sedar....sedar dari mimpi.....mimpi yang mengatakan kita la yang paling hebat, berada di kedudukan teratas, hebat segala-galanya......sedangkan di sebaliknya ramai yang meletakkan kita di kedudukan yang paling bawah, meluat, menyampah dengan sikap dan tingkah laku yang tidak berpijak di bumi yang nyata (hahhh ambik kau sekali keluar langit bumi bulan bintang)....

Berhentilah bermimpi.....sedarlah kerana banyak mata yang memerhati....sekian bebelan yang tak berapa nak pendek ni hehe :)


17 February 2013

Macam Macam Cerita

Cepat betul masa berlalu.....sorry daaaa lupa nak update blog haha....tengok tengok rupanya ada satu je post untuk bulan Februari ni....tu pun awal bulan dan sekarang dah masuk 17 Februari 2013.....bulan ni boleh dikatakan agak sibuk jugak la dengan kerja kat ofis dan juga kat rumah...dengan event lagi haiiiiii kalah ketua kampung ni hehehe :D

# Update 1
Kat ofis kerja macam biasa la....cuma ada tambahan dok buat soalan exam yang kena tambah format baru....pening kepala guwe nasib tak terbang tudung belit belit empat puluh pusingan.....masuk kelas mengajar....update nota....cari bahan untuk syllabus subjek psikologi yang akan ditukar....baca buku, baca artikel artikel penyelidikan.....haaaa gini la kalau jadi lecturer kena la rajin rajin membaca untuk tambahkan ilmu pengetahuan....kalau malas pun kena buat buat rajin huahuahua....buat itu sikit ini sikit....makan minum, lepak, berborak, mengumpat, gelak gelak....habis waktu kerja balik rumah lerrrrr...

# Update 2
Attend event LadyRania Malaysia pada 9 Februari 2013 hari Sabtu....yang ni serius penat giler sebab jumaat tu dah la aku ada kelas 2.30 - 5.30 petang....dan sambung lagi untuk kelas lain dari 5.30 - 8.30 malam....balik kelas tu aku terus rushing ke Hotel Dynasty, Kuala Lumpur untuk buat preparation event esoknya....aku naik LRT je turun kat Titiwangsa tu sebab malas nak naik kereta dari ofis takut jam kan ramai yang start gerak balik kampung malam tu....dari stesen Titiwangsa jalan kaki uolssss laju giler kalah pelumba jalan kaki dengan bawak bukunya lagi....aku takut sebab jalan agak sunyi...dah la malam dalam jam 9 lebih kurang sorang-sorang plak tu.....sampai sampai hotel peluh menitik hahaha lantak asalkan selamat sampai....

Perut berkeroncong usah cakap la....lapar giler kot sebab seharian tu aku hanya berbekalkan air suam dan roti canai sekeping je.....settle semua dalam jam 1 lebih aku balik rumah dijemput oleh bff a.k.a my tunang....dekat jam 2 pagi sampai rumah aku terus mentekedarah nasi hahaha....aku malas nak tidur hotel macam kawan-kawan lain atas beberapa faktor....pertama sebab rumah dekat giler dalam 11 km je jaraknya.....kedua aku nak jahit tudung untuk pakai esoknya....custom made je uolsss....ketiga aku penat giler dan perlukan rehat yang berkualiti....so aku perlu baring dalam bilik sendiri tanpa gangguan....walaupun rumah aku takde air cond macam kat hotel tapi aku selesa....

# Update 3
Cuti chinese new year dah bermula.....aku ambik cuti seminggu sebab banyak benda nak settlekan....orang lain dah mula balik kampung tapi aku masih kat KL menyiapkan projek bisnes. Aku kena siapkan tudung-tudung untuk keluaran MissNick Collection......kejar masa beb sampai sakit bahu dan belakang aku ni haha....time cuti panjang macam ni la aku boleh pulun jahit banyak-banyak....aku tak hantar jahit kat tailor atas beberapa faktor jugak la...so selagi mampu aku akan buat sendiri.....nak cari tailor yang memenuhi kriteria susah jugak....aku tak nak yang jenis main belasah jahit je asalkan siap....aku ni jenis cerewet dan mementingkan kualiti jahitan....dalam bisnes aku letakkan diri sendiri sebagai customer....kalau aku tak suka dan tak selesa aku tak akan jual....sama juga dalam pemilihan material...aku akan beli kain sikit dan cuba dulu...kalau ok sedap puas hati baru aku beli dalam jumlah yang banyak....yang ni nanti aku sambung dalam entri lain....doakan aku rajin haha ;P

# Update 4
Hari Khamis, 14 Februari aku balik kampung...naik bas malam kat Hentian Putra....awalnya cadang nak balik naik kereta....memandangkan aku penat giler badan lenguh dan tak cukup tidur....maka pada hari tu jugak la aku beli tiket bas untuk balik kampung dan tiket flight untuk balik ke KL....huahuahua orang nak balik kampung beli tiket awal-awal tapi aku hari tu nak balik hari tu jugak la beli.....aku kan selalu lone ranger so takde masalah untuk aku tukar sebarang plan di saat-saat akhir....ai like it! kalau ada orang lain terpaksa la stick to plan asal kan....ye la nak tukar tukar ni susahkan orang lain plak huhu aku tak suka susahkan orang nanti aku rasa bersalah....

Sepanjang kat kampung ni just lepak lepak hirup udara segar....survey itu ini...pergi bridal dan ada lagi yang berubah pasal wedding preparation aku haha....aku kan cepat rambang mata!!!

# Update 5
Takde apa yang nak di update dah walaupun hakikatnya ada lagi.....nanti la aku sambung dalam next entri....yang kat atas tu just summary je....cerita panjang lebar dari aku belum keluar lagi....nak update semua satu satu tak sempat....so update la sikit-sikit dalam satu entri macam ni hehe....dasar tamak tapi tak haloba!

Ok jumpa lagi....bye!


02 February 2013

Wedding Checklist #1

Assalamualaikum....sekejap je dah masuk bulan Februari....aku rasa baru semalam bertunang hahaha lempang sebijik kang baru nak sedar....ok sebenarnya aku nervous jugak bila fikirkan banyak lagi persiapan untuk majlis perkahwinan tak siap lagi....lagi nervous bila tengok bride to be lain yang nak kahwin kemudian dari aku pun dah sibuk buat persiapan macam-macam.....

Kalau kita tak buat senarai yang proper untuk wedding memang agak susah la nak tau dan semak apa yang sudah, apa yang belum, dan apa yang perlu dilakukan....ok untuk memastikan kita tak pening kepala fikir pasal tu jom kita buat wedding checklist.....fikir fikir fikir sampai ke sudah tak habis kalau kita tak buat senarai semak yang boleh dilihat dengan mata kepala ni kan hehe....


1. DATE
Nikah - 
Resepsi - 
Bertandang - 

2. THEME & CONCEPT
Nikah - 
Resepsi - 
Bertandang - 

3. LEGAL DOCUMENTS
Kursus kahwin - 
HIV Test - 
Borang kebenaran nikah - 
Jurunikah - 

4. VENUE
Nikah - 
Resepsi - 
Bertandang - 

5. CANOPY
Resepsi - 

6. MENU
Nikah - 
Resepsi - 

7. MEJA MAKAN BERADAP
Resepsi 
- Design
- Theme & Decoration

8. PELAMIN
Resepsi
- Design
- Theme & Decoration

9. PHOTOGRAPHER
Nikah -
Resepsi -
Bertandang - 

10. VIDEOGRAPHER
Nikah - 
Resepsi - 

11. WEDDING OUTFITS
Nikah
- Dress
- Tudung
- Veil
- Shoe
- Accessories

Resepsi
- Dress
- Tudung
- Veil
- Shoe
- Accessories

Bertandang
- Dress
- Tudung
- Veil
- Shoe
- Accessories

12. MEKAP
Nikah - 
Resepsi - 
Bertandang - 

13. DOOR GIFT
Resepsi - 
Bertandang - 

14. SENARAI HANTARAN
For Her
-

For Him
-

15.  THEME & DECORATION HANTARAN

16. CINCIN KAHWIN
For Her - 
For Him - 

17. INVITATION
Guest List - 
Invitation card - 

18. HAND BOUQUET
Nikah -
Sanding -
Bertandang -

19. BILIK PENGANTIN
Furniture - 
Design - 
Theme & Decoration -

20. ACCOMMODATION
For Groom's family (Resepsi) -
For Bride's family (Bertandang) - 

21. LAIN-LAIN
Bunga pahar
Bunga manggar
Centerpiece
Wedding cake
Signage 
Inai


Omakaiiii panjangnya.....takut aku tengok!!! ~ menggigil ~ ......huhu bila buat macam ni baru sedar masih banyak benda yang belum settle lagi ye....itu baru secara kasar sebagai panduan....maybe lepas ni akan ada tambahan lagi....yang aku tinggal kosong kosong kosong tanpa senaraikan jenis barang atau progression update tu bukan maksudnya aku tak beli atau tak buat apa-apa lagi....sebab itu semua aku akan buat dalam entri wedding progression update yang kedua nanti ok :)


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails