14 January 2013

Tudung Mahal.....Riak!!!!

Sekarang ni kalau kita tengok fesyen tudung dan pakaian macam-macam rupa macam-macam jenis fesyen kan.....ada yang betul-betul menutup aurat atau pun dengan kata lain fesyen mengikut syariat Islam....dan ada juga yang fesyen dah cukup gempak vogue da vas tapi tak cukup kain pulokkkk!

Ok kita lupakan hal fesyen baju....sekarang ni nak cakap sikit pasal tudung je....tentang lambakan fesyen tudung yang pelbagai jenis design dan harga....ada yang mahal giler (bagi aku la), yang sedang2 mahal, biasa2 je, dan murah....haaa tengok beberapa versi nilai harga yang aku bagi hehe...

Harga tudung ni bergantung kepada design, kualiti kain dan jahitan, dan juga jenama....ada yang mencecah beratus ringgit sebab jenama....tapi itu berbaloi la dengan kualiti yang setara dengan harga...tudung-tudung yang berjenama ni pun memang ada peminatnya yang tersendiri....mahal macam mana pun kalau dah suka dan selesa orang tetap akan beli....

Bagi aku sendiri jenis tak kisah dengan jenama....asalkan kualiti kain dan jahitan bagus...selesa bila dipakai so aku bantai je la beli....so far tak pernah la plak aku beli tudung mahal huhu sayang duit oiiiiiiii haha!

Opssss panjangnya mukadimah....ok berbalik kepada tajuk utama kita....ada sesetengah orang suka sangat komen dan condemn tudung-tudung mahal ni....katanya "kalau nak pakai tudung biarlah kerana Allah bukan kerana brand, harga, dan sebagainya"...."tak guna pakai tudung kalau nak menunjuk kerana itu sifat riak dan mendatangkan dosa besar"....."kalau la guna duit tu untuk bersedekah, bantu mereka yang memerlukan kan dapat pahala....bla bla bla....."

Siapa kita untuk menghakimi orang lain....adakah kita tahu apa yang ada dalam hatinya sampai kita boleh cakap macam tu? adakah kita tahu jika mereka beli tudung mahal tak boleh nak bersedekah bantu orang susah?

Niat dan apa yang ada dalam hati hanya Allah dan mereka je yang tahu.....bagi pendapat aku la asalkan tudung tu betul-betul menutup aurat dan ikut syariat tak kisah la mahal ke murah ke...

Aku suka satu  komen ni dari kaum lelaki "Jgn buat hukuman kpd wanita yg membeli tudung yg agak mahal untuk dipakai...ikhlas atau tidak dia menutup aurat bukan kita manusia biasa yang membuat penghukuman...kalau kita berjubah pakai purdah tapi dalam hati kita ada sekilas perasaan bangga pun boleh juga dikira tidak terpakai....sudah sudahlah tu...bersyukur wanita melayu Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli tudung yg agak mahal dpd mereka membeli skirt pendek...fikir fikirkanlah"

Haaaa nampak kan matang dan cerdiknya komen macam ni......kepada wanita-wanita di luar sana lelaki macam ni sesuai dibuat calon suami ok....understanding dan sentiasa positif hehehe :D.....

Kita dalam hidup jangan asyik nak fikir negatif pasal orang.....kalau asyik dengan benda negatif, maka negatif dan suram la hidup kita....kebahagiaan hanya akan muncul dalam diri orang yang positif....sebab kita adalah apa yang kita fikirkan......so fikir-fikirkan lah!


2 comments:

  1. betul tu, kitak berhak menghakimi orang lain, apapun kena cermin diri sendiri..

    saya pun sayang duit nak beli tudung mahal2 ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. hehe betul tu....so far semua tudung2 sy bawah RM50...sayang tu...kalau beli tudung murah boleh dapat banyak helai haha :D

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails