03 January 2013

Officially Engaged

Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama bercintan cintun haha.....akhirnya secara rasmi bertunang jugak ye.....we are officially engaged on 15 December 2012....ehhhhh macam tak percaya tau sebab sebelum ni ingat nak nikah je terus.....so we plan just merisik je takde tunang2 ni.....then bincang punya bincang dah alang-alang his family datang jauh dari Johor dan my side di Kelantan....so kita buat majlis pertunangan terus la....

But kami punya majlis simple je.....takde pelamin pun.....takde baju vogue vogue macam pengantin....boleh katakan segala-galanya simple la.....tapi takde la simple bodooo je kan....

Tema pertunangan warna purple.....aku pakai baju kurung moden chiffon warna light purple dihiasi dengan butiran mutiara dan bunga ros 3D.....aku suka kainnya sebab kembang di bahagian bawah dan very flowy....selendang warna pink dan veil warna purple macam baju....my tunang plak pakai baju melayu purple, samping dan songkok...

Selendang dengan veil aku DIY je.....dah la last minute buat semua tu semput ok hehe....selendang 3 hari sebelum majlis.....dan veil sehari sebelum majlis......gigih tak gigihnya aku sampai dalam kereta on the way nak balik kampung aku still dok menjahit veil tu tau....lepas stereng kereta bertukar tangan, aku rehat kejap then terus keluarkan perkakas-perkakas penting itu haha...veil potong ikut bentuk macam half moon tu tapi labuh sampai pinggang.....tampal lace dan jahit pearl.....dah siap!

Gubahan hantaran pun buat seminggu sebelum majlis....itu pun DIY jugak.....aku punya side tema hantaran biru putih dan his side warna purple putih.....lima berbalas lima adil katanya hehe....

Nak ambik gambar progress sebelum majlis pun tak sempat.....ye la dah katanya last minute preparation gitu la jadinya kan hehe....balik kerja buat balik kerja buat.....plan asalnya memang nak buat step by step segala kerja-kerja DIY ni seperti yang blogger bride to be lain buat.....dah tuan punya badan pun busy sampai tunggang terbalik macam mana nak update blog....by the way sebulan sebelum majlis tu aku busy sangat dengan kerja-kerja ofis....sebab dalam tempoh tu ada dua audit, first dari ISO dan dua minggu selepas tu dari MQA....dengan student exam la nak marking paper lagi....dengan nak fikir pasal majlis tunang lagi macam orang giler dah rasa hehe :D

Apa yang aku tahu....sedar sedar 15hb tu his family datang rumah dan ikat tali pertunangan....tiba-tiba ehhhh dah bertunang la hehe....secara keseluruhannya even last minute preparation.....aku puas hati la sebab banyak persiapan aku buat sendiri....kecuali bab masak memasak makanan je itu urusan my family la....dan juga urusan-urusan lain di rumah....takkan aku nak buat jugak kan hehe....itu kita panggil gila kuasa tak bertempat....ye dok? :D

Lastly thanks to all yang banyak membantu....especially keluarga tercinta yang menguruskan segala persiapan di rumah....uruskan hal-hal makanan....penginapan untuk his side iaitu homestay kat kampung sebelah....juga tak lupa kepada saudara mara yang datang gotong-royong masak untuk tetamu.....thanks kepada semua yang terlibat yang tolong benda-benda yang aku tak mampu buat......errrrr tak lupa buat my tunang yang sama-sama sana ke mari beli barang untuk preparation majlis...



My special day - tudung, veil, dan mekap sendirian berhad :D ....mata agak panda sebab tak cukup rehat hehe...


Jumpa lagi....tataaaa ^_^

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails