12 January 2013

Peragut dan Mangsanya

Kadang-kadang bila sesuatu kejadian buruk menimpa.....kita sering meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas orang lain....ok aku ambik contoh kejadian jenayah ragut yang semakin berleluasa sekarang ni....tak kira la kat ceruk kampung ke bandar ke sama je...orang jahat ada di mana-mana.....

Apabila berlakunya kejadian-kejadian macam ni semua orang marah.....lebih-lebih lagi jika berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa mangsa yang terlibat....pihak berkuasa dah buat macam-macam tapi ini semua di luar kuasa mereka....selagi orang jahat wujud, selagi itu la benda-benda macam ni berlaku....haaaaa panjangnya mukadimah aku haha :D

Ok back to the tujuan asal....biasanya sesetengah orang dia akan terus menyalahkan keadaan sekeliling....salahkan pihak berkuasa katanya tak buat kerja (heyyy kau ingat polis tu 24 jam nak jaga nak ikut mana kau pergi).....salahkan orang tu salahkan orang ni....tapi dia lupa untuk melihat dan mengkaji diri sendiri....

Sebab apa aku cakap macam ni???? Sebabnya aku selalu perhatikan....

1) Selamba je melenggang kangkong jalan-jalan makan angin kat tepi jalan yang menjadi laluan kenderaan....beg tu plak sangkut kat bahu sebelah jalan tu.....lalu motor kereta peragut zappppp sekali sambar terus menangis tak berlagu.....

2) Ada jugak yang berjalan style kepit beg duit kat celah ketiak.....haaaa kepit selagi boleh kepit....kesian duit tu lemas bau ketiak haha....ini dah macam bagi peluang kat peragut sebab sudah terang lagi bersuluh makanan ada kat depan mata.....tak payah nak usaha lebih-lebih...sekali tarik je dah terlepas ke tangan orang lain....kalau nak kepit sangat beg duit tu kepit je dalam rumah sendiri....confirm selamat!

3) Bercakap atau berSMS guna henfon....kalau dah tak sabar nak bergayut ke bergosip ke.... atau nak pujuk girlfriend, boyfriend, bini yang tengah merajuk....balik la ke rumah dulu or cari tempat yang selamat sikit....ini tak nyempat kat tepi jalan pun dok huhahuhahuha.....zappppp kena sambar terkebil-kebil putih mata...lagi-lagi kalau pakai henfon canggih nangis kau dik...

4) Naik motor atau basikal dan letak beg atau barang-barang berharga dalam bakul....ini pun memudahkan kerja peragut nak ambik barang korang....sebab apa??? tak payah susah-susah nak usaha menempuh halangan yang penuh risiko....lalu je terus ambik macam tu dan blah...nahhhh settle keje!

5) Letak beg atau barang berharga atas seat kereta....tak kira la seat depan ke belakang ke.....yang ni lebih kurang macam no. 4 cuma caranya ada halangan sikit....kalau nak ragut kena pecahkan cermin kereta dulu....so yang ni mungkin berjaya mungkin tidak....

6) Hmmmm yang ni aku belum fikir lagi....kalau ternampak depan mata nanti aku tambah kemudian ok :D

Itu la serba sedikit situasi yang selalu aku perhatikan....kalau kita dah berhati-hati tapi kejadian tidak diingini tetap berlaku nak buat macam mana kan....dah benda nak berlaku.....mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tau.....TETAPI kalau berpunca dari kecuaian kita.....so kaji balik dan muhasabah diri dulu sebelum nak salahkan orang lain......

P/S: Harap hukuman yang lebih setimpal dikenakan ke atas peragut sebab mereka ni menganggu keamanan masyarakat....hukuman mati ke bolehhhhh! Sebab kerana mereka la orang yang tak bersalah boleh jadi trauma dan ada yang menyebabkan kematian.


2 comments:

  1. APA YANG PENTING, MASING-MASING MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails