17 January 2013

Jelajah Jalan TAR

Assalamualaikum uolssss....seperti yang aku cakap kat entri sebelum ni kan aku takut nak call mak aku sebab persiapan kahwin tak buat apa-apa pun lagi....yesss petang tadi aku call mak aku.....first dia tanya "hahhh kenapa banyak hari tak call?" ......hahaha aku gelak je la tak tau nak cakap apa....tak kan aku nak cakap sebab preparation yang nothing tu kan....belum lagi hilang nervous tiba-tiba mak aku tanya pasal preparation setakat mana oiiiiiii.....haaa nak tau aku cakap apa? petang ni baru nak pergi beli barang hehehe....nasib baik tak kena bebel cuma mak aku cakap sempat ke siap dan blablabla sentap jantung hati aku ok huhu....so petang tadi lepas balik kerja, maka bergerak la aku ke Jalan TAR....first ke kedai Bunga Reben...lepas tu pergi Kamdar, Nagoya...then ke kedai barang perkahwinan kat Semua House tu survey barang dan harga...

Balik dari Jalan TAR aku call lagi mak aku buat report apa yang dah dbeli dan survey hahaha....bukan apa bagi mak aku yakin yang aku betul-betul serius nak DIY setakat mana yang aku mampu untuk majlis perkahwinan sendiri.....ye la tak kan la nak beli semua kan atau harapkan orang lain yang buat....aku yang cerewet ni satu hal tapi takde la cerewet giler2 hehe....yang penting aku nak ada sentimental value dalam perkahwinan aku....aku nak buat jugak walaupun sikit at least ada hasil tangan sendiri untuk aku kenang :)



Hahhhh ni ler benda yang aku beli (hek elehhh itu pun nak tunjuk sikit je pun...orang lain beli lagi banyak)....crepe paper dengan dawai....dan ada la benda-benda lain yang takde sangkut paut dengan persiapan kahwin hehe.....tadi lebih kepada survey barang je....beli sikit-sikit sebab kan beli banyak itu ini aku takut tak terguna plak....membazirrrrrrr.....so nanti kalau perlukan apa-apa baru keluar cari...lagipun takde masalah sebab aku ni jenis rajin berjalan dan tak jauh pun rumah dengan Jalan TAR tu....apa aku nak buat dengan benda ni???? tungguuuuu k...

Aku tersalah beli crepe paper....ingatkan light pink sampai rumah rupanya warna peach....hoiiii sejak bila buta warna plak ni hehe belasah je la.....maka bermula la urusan-urusan menDIY....tataaaa jumpa lagi :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails