22 January 2013

Blog dan Kehidupan

Aku bukannya blogger tegar....bukannya buat blog untuk mengejar glamour.....mengejar income Nuffnang....aku buat blog ni secara tak sengaja.....saje2 buat sebab aku perlukan tempat untuk share sesuatu yang berguna dengan orang lain....share dengan diri sendiri (ada ke kongsi dengan diri sendiri...lantakkkk!)....yang aku boleh baca sampai mati hoho gitu :D.....kalau nak taip dan save dalam laptop, pendrive, hardisk, cd, dan sebagainya....lama-lama boleh hilang atau rosak....kalau nak print atas kertas lama-lama kuning kertas tu hehe....so jalan terbaik ialah guna blog nak baca pun sedap je mata memandang...

Ok contohnya kalau aku tau sebarang maklumat so aku terus update kat blog.....atau ada apa-apa yang best untuk rujukan aku sendiri pun aku update kat blog so that senang aku nak refer lepas tu....kalau nak harapkan simpan entah mana-mana kan...setahun boleh la kot lepas tu ada kebarangkalian untuk aku lupa hahaha (makan semut banyak ni)....

Sebab tu kalau korang tengok aku update blog ikut suka hati aku....ada idea dan cerita baru la aku tekan new post dan ketupketapketupketap menaip....kadang-kadang sampai berhabuk blog...kadang-kadang boleh katakan setiap hari aku update meriah je nampak kan.....ye la bukannya mudah nak update blog kalau takde idea....hasilnya akan jadi merapu meraban.....so aku tak payah nak perah otak nak fikir cerita dan cari idea apa nak update....aku rileks je kalau ada baru update cepat-cepat tak boleh tunggu dah takut hilang....senang kan hehe....tapi lain orang lain cara dia...

Pasal penerimaan orang aku jenis tak kisah....sebab aku update blog bukannya ok wajib untuk setiap post tu ramai orang baca....kalau rasa suka boleh baca...kalau tak suka tak payah baca...simple kan hehe....so berbalik kepada asal aku bukannya menulis untuk mengejar glamour atau mengejar trafik....atau mengumpul follower......ia lebih kepada perkongsian bagi mereka yang suka sahaja dan untuk rujukan diri sendiri....

Dalam blog ni macam-macam benda aku share....dari hal personal but not too personal la lebih kepada kehidupan....berkongsi pandangan, pengalaman....cerita tentang ragam manusia....perkara-perkara di sekeliling yang sering aku perhatikan....sehinggalah kepada pelbagai tips berguna untuk semua macam fesyen, kecantikan, warna, petua, dan sebagainya......dan yang latest aku share pasal perkahwinan plak....hohoho mentang-mentang nak kahwin ;P

Blog juga kadang-kadang boleh menghilangkan stress.....sebabnya aku boleh menulis apa sahaja yang aku rasa nak tulis.....bukannya ikut nak tulis tu boleh tulis sesuka hati sehingga mengguris hati orang lain....atau pun tulis benda-benda yang tak elok dan negatif.....berpada-pada la kan.....maksudnya kita boleh ekspresikan diri dan hati kita di blog......bila baca balik apa yang ditulis senyum sendirian walaupun aku jarang sangat baca balik apa yang aku tulis haha.....kecuali post tentang kenangan lalu yang tak pernah dilupakan macam zaman kampus ke....sobsobsob :(

Kesimpulannya aku sayang blog aku yang dah masuk tahun ketiga ni....harap sangat la aku tak malas nak update haha biasa la ikut angin....insya Allah selagi mampu akan tetap setia dengan diaryMissNick....macam mana aku boleh letak nama ni pun tak tau la huahuahua....

P/S: Mungkinkah aku akan jadi blogger tegar suatu hari nanti? Hanya masa dan keadaan yang akan menentukan....segalanya di luar perancangan manusia :)


21 January 2013

Bubble Talk Comel

Macam biasa la keje aku google sana sini hal-hal nikah kahwin ni hehehe....tiba-tiba aku terjumpa satu page FB ni....semua items yang dijual comel comel cute cute.....rasa nak makan je!

Ok nama online shop ni ialah Oh Wow, Lovely! (OWL!) memang betul-betul wowwwww la....


aku suka dengan bubble talk ni...


ehhhh yang ni pun suka jugak.....colourful n nampak ceria + giler2 :D


owhhhhh nak satu macam ni bolehhhh!


Aku ada jugak la berangan nak buat photo booth dan bubble talk ni.....comel giler kot......ada la jugak tempat bergambar lain selain pelamin dan dalam bilik pengantin....then boleh buat gambar giler giler.....tetamu yang datang pun takde la boring kan asyik gambar kat pelamin je.....hohoho sila berangan ye (yesss berangan itu penting).....

Kalau takde pun takpe aku tak kisah pun....sebabnya kena utamakan banyak lagi perkara-perkara penting lain.....so bubble talk dan photo booth ni dah jatuh dalam perancangan yang ke seratus empat puluh lima....saje share ni sebagai inspirasi untuk diri sendiri dan juga bride to be lain kot2 ada yang tiba-tiba nak buat kan....

So kalau nak tengok pelbagai jenis design item lain yang cute lagi comel untuk hari bahagia uolssss boleh klik link ni ye https://www.facebook.com/ohwowlovelyxoxo


Erti Al Fatihah

Tiba-tiba terdetik nak share lagu dan video klip yang sangat sweet dan best bagi aku la....lagu yang boleh buat aku stop sekejap buat kerja...tengok sampai habis then baru sambung kerja balik hehe....hebat penangannya....kat channel Astro Oasis selalu keluar lagu ni.... 

Apa pun jom kita layan lagu ni Erti Al Fatihah dari Voices of Ummi :)




Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Segala Puji bagi Allah,
Tuhan Semesta Alam
Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Yang Menguasai hari pembalasan

Hanya kepadaMu Ya Allah
Kami menyembahMu Ya Allah
Hanya kepadaMu kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus
Iaitu jalan orang-orang yang Kau kurniakan nikmat kepada mereka
Bukan jalan mereka yang dimurkai
Dan bukan pula jalan mereka yang sesat


18 January 2013

Wedding Card Templates

Hai hai hai bersiaran kembali tanpa kira masa....beberapa jam yang lepas dah update blog...sekarang update lagi....ok bagus takde la blog ni berhabuk macam sebelum ni kan....empat belas tahun sekali update....

Ok aku kan selalu dok google sana google sini.....so aku terjumpa satu website yang menyediakan template kad kahwin.....yang penting design dia simple, cantik, moden, dan yang paling pentinggggg ialah FREE yabedabedu....aku suka barang free ni haha....

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal....tapi mata terbuka segar kembali selepas jumpa website ni....ye la aku kan dah berhari-hari dok google template kad ni....tapi asyik jumpa yang berbayar je kan....jumpa yang free pun design dia aku tak berkenan....tema aku ialah SIMPLE....so everything kena simple la.....aku manusia yang simple tapi mementingkan kesempurnaan maksudnya simple tapi mesti cantik dan kemas....

Cakap banyak tak guna...nahhhh link website tu.................... 


Template kad ni sangat senang nak download tak banyak songeh....korang boleh pilih template dalam bentuk mana yang korang suka....sama ada dalam bentuk microsoft word, power point, publisher, dan lain-lain.....template yang ada bukan hanya terhad kepada kad kahwin je tapi ada macam-macam seperti kalendar, business card, flyers, brochure, dan sebagainya....tengok la sendiri pasti korang rasa wowwww bestnya hehe....boleh customize sesuka hati...

Suka yang ni...........


Yang ni pun suka......

Ok yang ni contoh design envelope kad jemputan kahwin....suka jugak..


Wowwww sweet giler....ada kemungkinan akan pilih yang ni....kemungkinan tidak semestinya tepat dan menjadi....


Ok pendek kata semuanya cantik la....so uolssss selamat menjenguk dan explore website ni ye confirm jatuh hati....nanti aku update mana satu yang menjadi pilihan hati dan jiwa raga....bye :)



****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

17 January 2013

Jelajah Jalan TAR

Assalamualaikum uolssss....seperti yang aku cakap kat entri sebelum ni kan aku takut nak call mak aku sebab persiapan kahwin tak buat apa-apa pun lagi....yesss petang tadi aku call mak aku.....first dia tanya "hahhh kenapa banyak hari tak call?" ......hahaha aku gelak je la tak tau nak cakap apa....tak kan aku nak cakap sebab preparation yang nothing tu kan....belum lagi hilang nervous tiba-tiba mak aku tanya pasal preparation setakat mana oiiiiiii.....haaa nak tau aku cakap apa? petang ni baru nak pergi beli barang hehehe....nasib baik tak kena bebel cuma mak aku cakap sempat ke siap dan blablabla sentap jantung hati aku ok huhu....so petang tadi lepas balik kerja, maka bergerak la aku ke Jalan TAR....first ke kedai Bunga Reben...lepas tu pergi Kamdar, Nagoya...then ke kedai barang perkahwinan kat Semua House tu survey barang dan harga...

Balik dari Jalan TAR aku call lagi mak aku buat report apa yang dah dbeli dan survey hahaha....bukan apa bagi mak aku yakin yang aku betul-betul serius nak DIY setakat mana yang aku mampu untuk majlis perkahwinan sendiri.....ye la tak kan la nak beli semua kan atau harapkan orang lain yang buat....aku yang cerewet ni satu hal tapi takde la cerewet giler2 hehe....yang penting aku nak ada sentimental value dalam perkahwinan aku....aku nak buat jugak walaupun sikit at least ada hasil tangan sendiri untuk aku kenang :)



Hahhhh ni ler benda yang aku beli (hek elehhh itu pun nak tunjuk sikit je pun...orang lain beli lagi banyak)....crepe paper dengan dawai....dan ada la benda-benda lain yang takde sangkut paut dengan persiapan kahwin hehe.....tadi lebih kepada survey barang je....beli sikit-sikit sebab kan beli banyak itu ini aku takut tak terguna plak....membazirrrrrrr.....so nanti kalau perlukan apa-apa baru keluar cari...lagipun takde masalah sebab aku ni jenis rajin berjalan dan tak jauh pun rumah dengan Jalan TAR tu....apa aku nak buat dengan benda ni???? tungguuuuu k...

Aku tersalah beli crepe paper....ingatkan light pink sampai rumah rupanya warna peach....hoiiii sejak bila buta warna plak ni hehe belasah je la.....maka bermula la urusan-urusan menDIY....tataaaa jumpa lagi :)


****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

16 January 2013

Hai Pening Lalat

Nak tau apa kerja tiap-tiap malam lepas balik dari kerja???? Takde benda lain dah asyik dok google DIY tu DIY ni....tapi habuk pun takde hasil....aku tak buat apa-apa lagi hahahaha....tengok dari usaha dok google sana sini tu sepatutnya dah boleh siap dalam 10 persen....but ini kosong ok kosong!

Habis aku explore blog-blog bride to be or ex-bride....nak ambik inspirasi dari diaorang....sambil cari tutorial nak buat benda-benda yang aku tak pandai nak buat.....banyak sangat idea sampai satu kerja pun tak jalan (jangan tiru macam aku)......nak tentukan jenis bunga yang nak dibuat pun satu masalah untuk aku hehehe.....tengok ini cantik tengok itu cantik....macam mana tu?

Firstly plan nak buat bunga ros chiffon....lepas tu tengok bunga carnation pakai paper crepe....bunga itu bunga ini....pomander ball la...hand bouquet la.....bunga pahar la....semua aku nak DIY tu yang pening tak tau nak pilih mana satu.....semua cantik cantik comel comel buat aku rambang mata je.....tahap kepeningan sama macam nak pilih calon suami haha :D

Itu baru bunga belum lagi part lain......door gift....hiasan pelamin.....baju nikah....tudung...veil....errrrr apa lagi???? macam-macam la nak kena buat.....tau membebel je nak buat tu nak buat ni tapi tak buat-buat jugak....paham???? tak paham takpe....

Kalau nak tau disebabkan aku tak buat preparation lagi...aku takut nak call mak aku kat kampung....takut dia tanya apa yang aku dah buat setakat ni.....haha ampunkan daku bonda...harap bonda memahami perangai anak yang satu ni.....apabila masuk hal-hal macam ni terus susah nak decide....itu baru bab membuat keputusan dah sepuluh tahun tunggu...proses nak buat benda tu lagi haaaa ambik sepuluh tahun.....so umur 49 tahun la kawin kalau gini.....bolehhhhh hahaha!

P/S: Berbalik kepada tajuk di atas.....aku yang pening lalat yang dapat nama!


14 January 2013

Tudung Mahal.....Riak!!!!

Sekarang ni kalau kita tengok fesyen tudung dan pakaian macam-macam rupa macam-macam jenis fesyen kan.....ada yang betul-betul menutup aurat atau pun dengan kata lain fesyen mengikut syariat Islam....dan ada juga yang fesyen dah cukup gempak vogue da vas tapi tak cukup kain pulokkkk!

Ok kita lupakan hal fesyen baju....sekarang ni nak cakap sikit pasal tudung je....tentang lambakan fesyen tudung yang pelbagai jenis design dan harga....ada yang mahal giler (bagi aku la), yang sedang2 mahal, biasa2 je, dan murah....haaa tengok beberapa versi nilai harga yang aku bagi hehe...

Harga tudung ni bergantung kepada design, kualiti kain dan jahitan, dan juga jenama....ada yang mencecah beratus ringgit sebab jenama....tapi itu berbaloi la dengan kualiti yang setara dengan harga...tudung-tudung yang berjenama ni pun memang ada peminatnya yang tersendiri....mahal macam mana pun kalau dah suka dan selesa orang tetap akan beli....

Bagi aku sendiri jenis tak kisah dengan jenama....asalkan kualiti kain dan jahitan bagus...selesa bila dipakai so aku bantai je la beli....so far tak pernah la plak aku beli tudung mahal huhu sayang duit oiiiiiiii haha!

Opssss panjangnya mukadimah....ok berbalik kepada tajuk utama kita....ada sesetengah orang suka sangat komen dan condemn tudung-tudung mahal ni....katanya "kalau nak pakai tudung biarlah kerana Allah bukan kerana brand, harga, dan sebagainya"...."tak guna pakai tudung kalau nak menunjuk kerana itu sifat riak dan mendatangkan dosa besar"....."kalau la guna duit tu untuk bersedekah, bantu mereka yang memerlukan kan dapat pahala....bla bla bla....."

Siapa kita untuk menghakimi orang lain....adakah kita tahu apa yang ada dalam hatinya sampai kita boleh cakap macam tu? adakah kita tahu jika mereka beli tudung mahal tak boleh nak bersedekah bantu orang susah?

Niat dan apa yang ada dalam hati hanya Allah dan mereka je yang tahu.....bagi pendapat aku la asalkan tudung tu betul-betul menutup aurat dan ikut syariat tak kisah la mahal ke murah ke...

Aku suka satu  komen ni dari kaum lelaki "Jgn buat hukuman kpd wanita yg membeli tudung yg agak mahal untuk dipakai...ikhlas atau tidak dia menutup aurat bukan kita manusia biasa yang membuat penghukuman...kalau kita berjubah pakai purdah tapi dalam hati kita ada sekilas perasaan bangga pun boleh juga dikira tidak terpakai....sudah sudahlah tu...bersyukur wanita melayu Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli tudung yg agak mahal dpd mereka membeli skirt pendek...fikir fikirkanlah"

Haaaa nampak kan matang dan cerdiknya komen macam ni......kepada wanita-wanita di luar sana lelaki macam ni sesuai dibuat calon suami ok....understanding dan sentiasa positif hehehe :D.....

Kita dalam hidup jangan asyik nak fikir negatif pasal orang.....kalau asyik dengan benda negatif, maka negatif dan suram la hidup kita....kebahagiaan hanya akan muncul dalam diri orang yang positif....sebab kita adalah apa yang kita fikirkan......so fikir-fikirkan lah!


13 January 2013

Menuju Puncak

Menuju puncak......2013 insya Allah :)



 
Klik gambar untuk paparan sebesar padang bola

Ok ini gambar basi hehe.....ni time kitaorang pergi Broga Hill, Semenyih, awal pagi 2 Disember 2012....gigih aku panjat lagi tinggi semata-mata untuk ambil gambar mereka di bawah....semput weh nasib baik tak tergolek :D

 Aku suka gambar ni sampaikan buat wallpaper kat pc ofis....so hari-hari boleh tengok....seolah-olah bagi aku semangat untuk terus maju ke hadapan....kepenatan dan halangan tolak ke tepi....bye!


Owhhh my Wedding!

Tolak tambah darab bahagi kalau kira-kira ada lebih kurang tiga bulan untuk aku siapkan urusan wedding sendiri....huwaaaaa!!!! Satu benda pun tak mula lagi.....sambil taip post ni sambil tu jugak la aku dok memerah kepala otak memikirkan nak start dari mana.....apa nak buat....apa benda yang aku nak pilih....

Apabila dah sampai time prepare wedding sendiri baru la tau betapa susahnya kan.....itu pun nasib baik la hal-hal menu untuk kenduri aku tak payah nak fikir....itu semua family yang uruskan...kalau tak mau aku mereng 40 hari hahaha! Aku just uruskan benda-benda lain la macam door gift, wedding outfit, pelamin, hantaran, dan yang sewaktu dengannya yang berkaitan dengan diri sendiri la....

Kenapa orang lain nak kawin rileks je....tak payah pening-pening...just decide mana yang perlu....pergi kedai bayar dan settle! Aku pening sebab banyak benda aku buat sendiri....dengan kata lainnya DIY....cari itu cari ini keluar masuk kedai...kenapa nak DIY????

Sebab aku ni pertamanya jenis cerewet....nak murah tapi cantik haha kau ada???? kedua: aku tak suka semua benda yang ada pada hari wedding aku tu sama dengan orang lain....ye la kalau baju pengantin tu dah sepuluh orang sewa nanti tengok tengok aikkk sama la baju kita hehe ada jugak manusia macam ni ye...mesti la ada dan salah sorangnya adalah aku....mana yang tak mampu nak buat je la aku beli....kalau semua nak beli takde apa yang special nanti untuk aku kenang.....ketiga: aku tak suka nak harapkan orang nanti hasilnya tak seperti yang aku harapkan....dah katanya cerewet kan haha...kalau orang buat cantik dan aku puas hati takpe la aku ok je...kalau hasil sebaliknya sampai tujuh keturunan aku dok terbayang....

Dan yang keempat: aku memang suka buat benda-benda macam ni....walaupun tak berapa nak kreatif tapi aku lebih suka custom made item....ada value tersendiri bagi aku la lebih-lebih lagi untuk hari bahagia kan.....so kesimpulannya adalah lebih kepada kepuasan sebab semuanya mengikut citarasa sendiri...jadi aku boleh tersenyum gembira lalalalala.....

Nasib baik ada banyak blog bride to be dan ex-bride yang banyak membantu....so kerja aku sekarang ni dok membaca blog diaorang je la hehe......ye la ambik idea dan inspirasi so takde la aku blur sorang-sorang kan.....dah berkurun dok baca orang punya wedding preparation....hoiiiii diri sendiri bila nak geraknya....boleh plak dok rileks macam takde apa....


12 January 2013

Peragut dan Mangsanya

Kadang-kadang bila sesuatu kejadian buruk menimpa.....kita sering meletakkan kesalahan sepenuhnya ke atas orang lain....ok aku ambik contoh kejadian jenayah ragut yang semakin berleluasa sekarang ni....tak kira la kat ceruk kampung ke bandar ke sama je...orang jahat ada di mana-mana.....

Apabila berlakunya kejadian-kejadian macam ni semua orang marah.....lebih-lebih lagi jika berlaku kecederaan atau kehilangan nyawa mangsa yang terlibat....pihak berkuasa dah buat macam-macam tapi ini semua di luar kuasa mereka....selagi orang jahat wujud, selagi itu la benda-benda macam ni berlaku....haaaaa panjangnya mukadimah aku haha :D

Ok back to the tujuan asal....biasanya sesetengah orang dia akan terus menyalahkan keadaan sekeliling....salahkan pihak berkuasa katanya tak buat kerja (heyyy kau ingat polis tu 24 jam nak jaga nak ikut mana kau pergi).....salahkan orang tu salahkan orang ni....tapi dia lupa untuk melihat dan mengkaji diri sendiri....

Sebab apa aku cakap macam ni???? Sebabnya aku selalu perhatikan....

1) Selamba je melenggang kangkong jalan-jalan makan angin kat tepi jalan yang menjadi laluan kenderaan....beg tu plak sangkut kat bahu sebelah jalan tu.....lalu motor kereta peragut zappppp sekali sambar terus menangis tak berlagu.....

2) Ada jugak yang berjalan style kepit beg duit kat celah ketiak.....haaaa kepit selagi boleh kepit....kesian duit tu lemas bau ketiak haha....ini dah macam bagi peluang kat peragut sebab sudah terang lagi bersuluh makanan ada kat depan mata.....tak payah nak usaha lebih-lebih...sekali tarik je dah terlepas ke tangan orang lain....kalau nak kepit sangat beg duit tu kepit je dalam rumah sendiri....confirm selamat!

3) Bercakap atau berSMS guna henfon....kalau dah tak sabar nak bergayut ke bergosip ke.... atau nak pujuk girlfriend, boyfriend, bini yang tengah merajuk....balik la ke rumah dulu or cari tempat yang selamat sikit....ini tak nyempat kat tepi jalan pun dok huhahuhahuha.....zappppp kena sambar terkebil-kebil putih mata...lagi-lagi kalau pakai henfon canggih nangis kau dik...

4) Naik motor atau basikal dan letak beg atau barang-barang berharga dalam bakul....ini pun memudahkan kerja peragut nak ambik barang korang....sebab apa??? tak payah susah-susah nak usaha menempuh halangan yang penuh risiko....lalu je terus ambik macam tu dan blah...nahhhh settle keje!

5) Letak beg atau barang berharga atas seat kereta....tak kira la seat depan ke belakang ke.....yang ni lebih kurang macam no. 4 cuma caranya ada halangan sikit....kalau nak ragut kena pecahkan cermin kereta dulu....so yang ni mungkin berjaya mungkin tidak....

6) Hmmmm yang ni aku belum fikir lagi....kalau ternampak depan mata nanti aku tambah kemudian ok :D

Itu la serba sedikit situasi yang selalu aku perhatikan....kalau kita dah berhati-hati tapi kejadian tidak diingini tetap berlaku nak buat macam mana kan....dah benda nak berlaku.....mungkin ada hikmah di sebaliknya yang kita tak tau.....TETAPI kalau berpunca dari kecuaian kita.....so kaji balik dan muhasabah diri dulu sebelum nak salahkan orang lain......

P/S: Harap hukuman yang lebih setimpal dikenakan ke atas peragut sebab mereka ni menganggu keamanan masyarakat....hukuman mati ke bolehhhhh! Sebab kerana mereka la orang yang tak bersalah boleh jadi trauma dan ada yang menyebabkan kematian.


05 January 2013

Kerana Taksub Politik

Ok first aku nak bagitau awal-awal.....ini bukan blog politik apatah lagi nak komen pasal politik di Malaysia atau mana-mana je la.....aku tidak berminat.....tapi kenapa tajuk ada perkataan politik???? Okey okey jom kita cerita....

Sesetengah orang yang taksub dengan politik kadangkala aku tengok macam orang hilang akal......tak kira la belah mana pun....bercakap macam orang takde agama....menampakkan diri macam orang takde ilmu.....kerana taksub dengan politik juga kawan jadi lawan....saudara mara boleh berpecah belah....bila bercakap pasal politik semua nak menang....dan boleh nampak sikap dan perangai sebenar seseorang itu...

Mengagungkan orang itu orang ini seolah-olah orang tu Tuhan....seolah-olah orang tu yang menentukan jatuh bangun dia....menentukan setiap rezeki yang dia dapat....padahal semua tu adalah pemberian dari Allah s.w.t....

Apa yang ketara sering kita nampak setiap hari ialah perang politik di facebook......haaaaa kalau ada je apa-apa isu tentang politik mak aiiiiiii banyaknya komen membabi (babi lagi....kesian babi) buta....pening aku tengok apatah lagi nak baca.....kalau komen membina takpe jugak....ini dok komen sumpah seranah, maki hamun orang tu orang ni....habis macam-macam perkataan buruk yang keluar...

Tak habis lagi ni cerita.....insya Allah akan ada sambungan kalau idea menaip datang mencurah-curah ye....tapi kalau idea datang seperti mencurah air atas daun keladi tu tak leh nak tolong la....haha ok bye!


03 January 2013

Officially Engaged

Alhamdulillah akhirnya setelah sekian lama bercintan cintun haha.....akhirnya secara rasmi bertunang jugak ye.....we are officially engaged on 15 December 2012....ehhhhh macam tak percaya tau sebab sebelum ni ingat nak nikah je terus.....so we plan just merisik je takde tunang2 ni.....then bincang punya bincang dah alang-alang his family datang jauh dari Johor dan my side di Kelantan....so kita buat majlis pertunangan terus la....

But kami punya majlis simple je.....takde pelamin pun.....takde baju vogue vogue macam pengantin....boleh katakan segala-galanya simple la.....tapi takde la simple bodooo je kan....

Tema pertunangan warna purple.....aku pakai baju kurung moden chiffon warna light purple dihiasi dengan butiran mutiara dan bunga ros 3D.....aku suka kainnya sebab kembang di bahagian bawah dan very flowy....selendang warna pink dan veil warna purple macam baju....my tunang plak pakai baju melayu purple, samping dan songkok...

Selendang dengan veil aku DIY je.....dah la last minute buat semua tu semput ok hehe....selendang 3 hari sebelum majlis.....dan veil sehari sebelum majlis......gigih tak gigihnya aku sampai dalam kereta on the way nak balik kampung aku still dok menjahit veil tu tau....lepas stereng kereta bertukar tangan, aku rehat kejap then terus keluarkan perkakas-perkakas penting itu haha...veil potong ikut bentuk macam half moon tu tapi labuh sampai pinggang.....tampal lace dan jahit pearl.....dah siap!

Gubahan hantaran pun buat seminggu sebelum majlis....itu pun DIY jugak.....aku punya side tema hantaran biru putih dan his side warna purple putih.....lima berbalas lima adil katanya hehe....

Nak ambik gambar progress sebelum majlis pun tak sempat.....ye la dah katanya last minute preparation gitu la jadinya kan hehe....balik kerja buat balik kerja buat.....plan asalnya memang nak buat step by step segala kerja-kerja DIY ni seperti yang blogger bride to be lain buat.....dah tuan punya badan pun busy sampai tunggang terbalik macam mana nak update blog....by the way sebulan sebelum majlis tu aku busy sangat dengan kerja-kerja ofis....sebab dalam tempoh tu ada dua audit, first dari ISO dan dua minggu selepas tu dari MQA....dengan student exam la nak marking paper lagi....dengan nak fikir pasal majlis tunang lagi macam orang giler dah rasa hehe :D

Apa yang aku tahu....sedar sedar 15hb tu his family datang rumah dan ikat tali pertunangan....tiba-tiba ehhhh dah bertunang la hehe....secara keseluruhannya even last minute preparation.....aku puas hati la sebab banyak persiapan aku buat sendiri....kecuali bab masak memasak makanan je itu urusan my family la....dan juga urusan-urusan lain di rumah....takkan aku nak buat jugak kan hehe....itu kita panggil gila kuasa tak bertempat....ye dok? :D

Lastly thanks to all yang banyak membantu....especially keluarga tercinta yang menguruskan segala persiapan di rumah....uruskan hal-hal makanan....penginapan untuk his side iaitu homestay kat kampung sebelah....juga tak lupa kepada saudara mara yang datang gotong-royong masak untuk tetamu.....thanks kepada semua yang terlibat yang tolong benda-benda yang aku tak mampu buat......errrrr tak lupa buat my tunang yang sama-sama sana ke mari beli barang untuk preparation majlis...



My special day - tudung, veil, dan mekap sendirian berhad :D ....mata agak panda sebab tak cukup rehat hehe...


Jumpa lagi....tataaaa ^_^

****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
 
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************
 
 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails