20 December 2012

Botox??? Awet Muda??? Errrr...

Bersyukurlah dengan apa yang ada.....suntikan botox bukan jalan untuk sentiasa awet muda dan tampil yakin....aku pun pelik dengan sesetengah orang yang tak pernah puas dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Allah....nak ubah sana ubah sini....ingat cantik sangat ke botox tu huhu...

Jangan marah ye....tapi yes seriously muka cucuk2 ni nampak pelik sebab dah tak original hehe...lain la kalau muka ada problem sampai kau nak keluar kena tutup kepala pakai plastik hitam dan tebuk dua lubang kat bahagian mata....atau pun untuk tujuan perubatan ke....ini muka dah elok cantik sempurna tapi tetap nak ubah semata-mata nak bagi confident dan awet muda...

Walau berapa pun usia anda...kena yakin dengan diri sendiri...bersyukur dengan apa yang dikurniakan....kalau nak cantik, nak awet muda kena la jaga kecantikan dari awal lagi atau pun zaman remaja tu dah kena belajar cara penjagaan kulit, kesihatan, dan kecantikan....

Dan satu lagi kita kena terima hakikat....makin meningkat usia kulit kita makin hilang keanjalan....kita tak boleh nak expect keanjalan kulit pada usia 40-an atau 50-an sama seperti awal 20-an....kemunculan garis-garis halus tu perkara biasa....kalau nak buat botox sangat bagi hilang segala kedutan atau garis halus tu tapi sampai bila???? Tak kan sampai tua nak suntik botox tu...lain la kalau suntik sekali terus tegang sampai 20 tahun akan datang....betul tak hehehe...benda tu tak boleh buat sekali kalau tak nanti kulit kembali seperti asal ok....

So fikir-fikirkan la....yang penting terima diri kita seadanya ok....senyum selalu dan enjoy dengan kehidupan kita....tangani stress dengan baik dan selalu positif...pakai produk yang bersesuaian....kalau tak cukup lagi telan jamu atau supplement tu....dan kalau rasa tak cukup seri haaaa tepek la mekap lite2....insya Allah awet muda trang tang tang dan setiap hari confident :)

P/S: Kecantikan adalah perkara subjektif...bukannya bergantung kepada sejauh mana tegangnya kulit atau cantiknya kita.


4 comments:

  1. tetap bersyukur dengan anugerah yang diberi Allah walaupun tak secantik tuan punya belog ini..;)

    nice entry sis..jenjalan n follow blog kamu.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...syukur atas segala kurniaan-Nya...

    Thanks sis...nanti sy jalan2 sana n follow sekali ye :)

    ReplyDelete
  3. Better amek supplement eg: collagen ke, vit for skin ke lagi healthy dan berkesan compared to buat botox yang memudaratkan ni.. Soal usia plak jangan dikejar, nanti diri sendiri yang stress, just accept the fact yang tak da siapan pun makin hari makin muda right? :)

    ReplyDelete
  4. yup sangat2 betul...just enjoy our life :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails