21 October 2012

Oh Jalan KL

Dengar nama Kuala Lumpur.....dialah ibu negara....dialah bandaraya.....hebat dengan bangunan-bangunan pencakar.....dan macam-macam lagi la dengan benda hebat dan canggih manggih ni....tapi cuba tengok bawah adoiiiiiii jalannya lubang sana lubang sini...

Sedih wooooo time hujung-hujung bulan macam ni tayar kereta rosak tahap yang tidak dapat diselamatkan lagi......aku pun tak faham macam mana tayar tu boleh berlubang dan nak terkoyak....ingatkan kain je boleh terkoyak rupanya tayar pun ada haha....itu yang belah depan....belakang plak ada paku.....tengah sedap dok drive tiba-tiba tayar pancit kat MRR2 di malam hari dalam hujan lebat giler ok....nasib baik my other half ada kat sebelah....bawak slow2 dalam keadaan tak stabil singgah stesen minyak tukar tayar.....nasib baik dia ada kalau tak mati kutu aku sorang-sorang

Memang aku dah agak tayar kereta aku tak tahan lama sebab setiap hari dok ulang alik pergi kerja lalu jalan super dahsyat macam naik kuda ok......sesiapa yang lalu jalan dari Pandan Indah atau Taman Shamelin sampai la ke Jalan Cheras dengan Jalan Pudu tu tau la jalannya macam mana.....ada construction tengah buat jalan atas entah bila nak siap pun tak tau....kau mengelak macam mana pun terjun lubang jugak haha...

Tapi persoalannya kenapa sekarang.....sayang weh tayar kereta aku baru lagi bunga tayar pun cantik sikit pun tak haus....tukar tayar depan dan tampal tayar belakang...buat balancing dan alignment....jangan rosak lagi ok aku tengah simpan duit nak kawin ni hahaha toinkkkkk ;P


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails