15 August 2012

Mood Raya Sudah

Minggu ni minggu terakhir kerja sebelum cuti raya yeahaaaa!!!

Maka otak dan jiwa dah terbang pulang ke kampung....excited ni excited.....yang tinggal kat KL hanya kepala dan badan je hahaha....almaklum la student pun dah ramai balik kampung time ni....alasannya takde tiket bas so terpaksa beli yang awal....hek eleh macam la aku tak tau huhhh!

Kuliah tetap macam biasa la cuma mengajar dah kurang just fokus pada exercise dan revision sebab syllabus pun dah habis kan...bagi aku siapa yang tak datang kelas saat-saat akhir sebelum final exam mereka adalah manusia yang rugi....ye la time ni la nak buat discussion soalan-soalan dan review balik apa yang dah belajar sebelumnya...

Seingat aku dulu masa tengah belajar takde pun fenomena macam ni....raya tu raya jugak tapi sebelum cuti raya pun kelas penuh je macam biasa....dah start cuti tu baru semua balik kampung padahal kami kebanyakannya dari Semenanjung....kena balik naik flight plak tu....walaupun dalam kepala dah ingat raya je tapi kewajipan sebagai student tak pernah diabaikan....

Ada yang cakap aku ni rileks je dekat2 nak raya macam takde apa.....orang lain sibuk ambik cuti nak balik...aku plak tak peduli pasal tu tetap kerja sampai hari Jumaat......hoiiiii korang kerja apa aku kerja apa....kalau kerja ofis biasa boleh la aku ambik cuti awal kan....aku ni mengajar so tak kan la aku nak cuti semata-mata nak balik awal huhu....so balik je la hari Sabtu walaupun Ahad tu raya....apa masalahnya kan bukannya aku kena mengecat rumah ke...kena masuk hutan cari buluh buat lemang ke...kena gantung langsir ke....sembelih ayam nak masak lauk hari raya ke....

Hehehe kan kan kan :D bye


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails