08 June 2012

Ragam Manusia Dalam Pengangkutan Awam

Ok sesiapa yang selalu menggunakan pengangkutan awam mesti selalu berhadapan dengan situasi ini kan JENIS MANUSIA SUKA LETAK BEG / PLASTIK BARANG atas kerusi sebelah.....tak kira la bas ke LRT ke komuter ke....haha agak2 orang macam ni jenis tak paham bahasa kot.....

Sebagai seorang pengguna separuh setia pengangkutan awam ni selalu jugak la tengok depan mata benda2 macam ni....ok kalau time orang kurang dan banyak seat kosong takpe la nak letak barang kecik ke barang yang besar gedabak hatta guni beras 50 kg pun takpe letak je orang tak kisah.....

Haaaaa ni tidak orang bersesak-sesak dalam LRT ke bas ke.....dan ramai yang berdiri sebab seat penuh....orang yang dapat tempat duduk tu kira nasib baik la kan....tapi bukan setakat dia sorang je yang duduk tapi diangkutnya segala barang yang dia bawak macam beg plastik Mydin la, plastik Sogo la macam-macam hahaha....tau la baru balik shopping tapi barang tu letak la bawah huhu.....kesian orang lain yang nak duduk tau...

Kalau time banyak seat kosong aku ignore je la kan.....tapi kalau time tu penuh dan aku tengah berdiri aku perhati dulu dalam seminit ke dia ni paham bahasa ke tak tengok ada orang berdiri kat depan seat yang dia letak barang tu.....kalau dia buat tak tau aku cakap je terus "Excuse me ada orang tak kat sebelah awak ni.....kalau takde saya nak duduk".....hahaha dengan serba salah angkat beg plastik letak bawah kat kaki...


P/S: Jadilah manusia yang prihatin.....dan jangan jadikan pengangkutan awam atau apa sahaja yang awam2 ni sebagai harta kepunyaan bapak anda ok ;P


4 comments:

  1. Hmm kalau dia ade perasaan simpati takde jadi camni.

    ReplyDelete
  2. hehe tu la kan...tak pun saje buat2 tak nampak ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails