09 March 2012

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Marah....sedih.....geram apabila dengar berita di radio pagi tadi pasal yang tinggal ibu lumpuh di hotel bajet tu.....then sampai ofis aku terus bukak paper online untuk baca berita selanjutnya......

Tergamak buat ibu sendiri macam tu.....ibu yang mengandung dok bawak perut 9 bulan....beranak dengan susah payah ibarat bertarung nyawa......jaga dengan penuh kasih sayang......bila dah besar boleh lupa diri plak.....dah la keadaan makcik tu uzur dan lumpuh tak mampu nak bergerak.....Ya Allah apa punya manusia la......

Orang macam ni hidup dia tak akan senang.....tengok la nanti atas dunia lagi dah dapat balasannya.......memang tak cium bau syurga la melainkan kalau dah mintak ampun.....ni bukan setakat terguris hati ibu tapi dah remuk redam kecewa berdarah dengan perbuatan anak.....

Yessss memang kita tak tau situasi si anak.....tapi walau macam mana keadaan sekalipun sangat2 tak patut buat ibu sendiri macam tu....kejam ok kejam! Kalau ada masalah pun kena fikir jugak nasib si ibu yang tak berdaya tu....

Ini berita yang aku copy paste dari myMetro......dengan video sekali.....


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.









No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails