18 March 2012

Kereta Ferrari Terbakar

Hari ni tengok paper Metro......emmmm kereta Ferrari musnah terbakar di Seremban......then terfikir jugak apakah pendapat mereka yang selalu dok kondem dengan perkataan yang tak sedap didengar terhadap kereta buatan nasional dan mengagungkan kereta luar.....sekali baca berita tu terus terlintas di fikiran aku....."kereta Ferrari pun boleh terbakar".....



SEREMBAN: Perjalanan seorang lelaki yang berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah bertukar detik menakutkan apabila kereta Ferrari dipandunya musnah selepas terbakar di Kilometer 28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu yang dalam perjalanan menghala ke daerah ini memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan sempat keluar sebelum api marak ke hampir keseluruhan kereta.


Kebakaran itu kemudian berjaya dipadamkan anggota bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 10.21 pagi.


“Seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerah melakukan pemeriksaan serta memadam kebakaran.


“Sejurus tiba lapan minit kemudian, kita mendapati api marak dan memusnahkan keseluruhan kereta berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Beliau yang mengetuai operasi berkenaan berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.


“Pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu musnah, tetapi pemandunya terselamat,” katanya.

Jayagaren berkata, mangsa sebelum itu dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan lain.


“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.


Sumber: myMetro _ 18 Mac 2012


2 comments:

  1. pergghhh... sadis, beli mahal2 terbakar plak.. duit haram kot.. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails