21 March 2012

Bahana Dadah

Salah satu masalah sosial yang makin meruncing dalam masyarakat kita sehingga sekarang adalah penyalahgunaan dadah......dan ini telah menimbulkan masalah besar kepada negara.....sebabnya bilangan penagih semakin bertambah.......aku kan tak tau nak cakap apa dengan diaorang ni....tak penat ke keluar masuk keluar masuk pusat pemulihan huhu.....bagi yang berusaha bersungguh-sungguh nak berubah aku ucapkan tahniah sebab nekad melawan keinginan dan ada kesedaran.....kadang-kadang bila ada kesempatan bertemu dan berbual dengan bekas2 penagih dan juga penagih yang dalam proses pemulihan ni aku cuba selami diri mereka.....ternyata mereka membuat pilihan hidup yang salah....dah berusia baru insaf dan ada jugak yang tak insaf ehmmmm macam mana tu.....

Apa itu dadah? Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan khayal, mabuk, ketagih, gangguan tingkahlaku, dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Walaupun umum sudah mengetahui akan bahaya penyalahgunaan dadah, tetapi dalam keghairahan mengejar kehidupan kita kadangkala terlupa tentang jerat yang menanti.

Boleh dikatakan setiap hari mata dan telinga kita diperlihatkan dan diperdengarkan tentang berita penyalahgunaan dadah dan kesan-kesan buruk yang timbul.....pelbagai kes jenayah yang dilakukan oleh penagih seperti merompak, mencuri, membunuh, peras ugut dan sebagainya sebab memerlukan sumber kewangan untuk membeli dadah......dadah juga mendatangkan penyakit yang paling ditakuti ramai dan tiada ubat iaitu HIV/AIDS......masalah dalam rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian.....keluarga berantakan dan seterusnya membawa kepada masalah sosial lain....dan pelbagai lagi kesan negatif lain...

Hari ni ada lagi berita tentang penyalahgunaan dadah ni.......iaitu akibat dari benda jahanam tu.....seorang bekas komando dijatuhkan hukuman penjara selama 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat nenek saudaranya kira-kira tiga tahun lalu.....19 tahun ok nah hambik ko!!! Paling aku tak boleh terima ialah cara pembunuhan tu dilakukan.....tak kira la kau bunuh tanpa niat ke dengan niat ke yang utamanya kau yang membunuh....sangat kejam ok......orang tua umur 80 tahun kau sanggup buat sampai macam tu sekali.....dah tak berdaya nak melawan....sebab apa???? Sebab berada dalam pengaruh DADAH la....

Ok di bawah ni ada petikan berita yang aku copy dari Sinar Harian 21 Mac 2012.....


KUALA TERENGGANU- Seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat nenek saudaranya yang dipanggil ‘mak’, kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nassir Abdul Manan, 45, mengaku melakukan perbuatan tidak berperikemanusian itu terhadap mangsa, Muda Mat Zain yang berusia 80 tahun ketika kejadian di sebuah rumah No.225, Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun, pada 12 Oktober 2009 kira-kira antara jam 9 pagi hingga 7.30 petang.

Dengan itu tertuduh yang juga bapa kepada lima anak ini mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan menerima pengakuan bersalah tertuduh.

“Tindakan tertuduh yang ketika itu berada dalam pengaruh dadah menyebabkan kehilangan satu nyawa yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan diri tertuduh sendiri,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Abdullah Muhamad.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ditemui mati di bilik rumahnya dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai ditetak menggunakan tukul yang disembunyikan berhampiran rak baju dalam bilik tersebut selain kepala mangsa direndam dalam besen dipenuhi air.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan ditemui anak keempatnya Lijah Ali atau dikenal Lijah, 56, yang tinggal lebih kurang 10 meter sahaja jarak dari rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang semasa hendak menghantar makanan kepada wanita malang itu.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat sembilan luka hiris pada kulit kepala di bahagian atas dalam kedudukan berbagai-bagai arah yang telah menyebabkan kulit kepala tembus dan terkena tengkorak bahagian bawah menyebabkan ia terserpih.

Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan luka lebam pada leher sebelah kanan dan kiri namun tiada kecederaan pada tulang hyroid serta turut terdapat air dalam saluran pernafasan, paru-paru serta dalam perut mangsa.

Terdapat juga 12 luka torehan pada pinggang kanan, 13 sentimeter dari tulang ilium. Tujuh daripadanya sebelum mangsa mati dan lima berlaku setelah mangsa meninggal dunia.

Berikutan kejadian, mangsa turut kehilangan wang dan barang kemas yang dipakainya iaitu tiga gelang tangan, dua bentuk cincin dan rantai leher yang telah putus disimpan dalam beg hitam di atas katil mangsa.

Tertuduh ditahan pada 13 Oktober 2009 jam 4.45 petang di rumahnya dan barang kemas milik mangsa yang disorokkan di atas syiling rumahnya dan dua bilah pisau yang digunakan dicampak di dalam longkang berhampiran Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun.



5 comments:

  1. dulu dekat rumah lama..ramai budak2 dadah lepak dekat dekat ngan rumah..takut..huhu

    ReplyDelete
  2. salam..

    mmg sedih bila cucu bunuh nenek sebb dadah..

    ReplyDelete
  3. @ Azee Hana

    huhu tu yg bahaya rasa tak selamat tau....dulu sy dok flat tau baru start keje kan nk jimat....lepas tgk org mabuk kt parking kete terus takut....now dok apartment biar byr lebih tp rasa selamat....

    @ Syira Qahira

    wslm....yup dadah boleh buat manusia jadi "binatang"....

    ReplyDelete
  4. kalo dah ketagih, membunuh pun sanggup, time tu fikiran mmg dh x waras..Nauzubillah, semoga dijauhkan bnda2 macam ni..

    ReplyDelete
  5. sebab tu la mereka ni selalu lakukan dgn cara yg kejam....mintak2 la dijauhkan benda2 mcm ni...Amin..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails