10 March 2012

Awak Comel Walaupun Rupa Patung

Mesti antara korang yang ada Facebook ni pernah atau selalu dapat mesej kat inbox dari mereka yang tak dikenali kan......atau dengan lebih tepat lagi dari orang putih orang hitam orang errrrr apa2 la.....

Kebanyakannya yang menipu tu.....nak berkenalan la, terpikat la, macam2 lagi la.......so kalau dapat kat orang yang memang tengah kurang kasih sayang or kegersangan ke hahaha.....melayan la apa lagi konon2 cinta suci bagai nak giler......lepas tu kena tipu.....lepas tu masuk paper.....lepas tu merana......lepas tu pikir sendiri la.....kannnnnn!

Aku pun tak terlepas dari dapat mesej2 tu dah lama dah.......bukak2 delete je la buat apa nak simpan.....tak payah gatal jari nak reply tak penting pun lagi mengundang bahaya ada la....diaorang ni lebih kepada nak perangkap sebab tengok ayat2 mesej pun kopipes je......profile lain2 tapi ayat sebijik sama.....

Kalau sebelum ni aku tak heran la sebab profile picture aku gambar sendiri.......maybe dia tengok2 then start paste and send mesej.....lepas tu start bulan lepas aku tukar ke gambar patung......display pakaian atau tudung yang aku jual di MissNick Collection......

Aikkkkkk rupa-rupanya ada lagi mesej2 macam tu hahahaha......kalau setakat cakap nak berkenalan ok lagi la.....ni siap bagitau...aku bagi sebahagian dari contoh ye.... "Honestly I was carried away by the look into your eyes (cantiknya mata patung walaupun takde eyelash)......You really captured my heart in a way I can't do but kept staring at your pictures, you are like an ocean (wahhhhh oceannya patung walaupun beli yang secondhand) with blue beautiful........and blablabla banyak lagi.....tapi serius lucu sebab boleh plak puji memuji patung......nahhhh ambik kau dushummmm agak2 la nak menipu nak mengayat pun....takkan buta kot tak kenal manusia ngan patung kihkihkih......



So to women out there......walaupun anda tiada pasangan ke, nak menambah pasangan ke, nak menambah skandal ke, nak mencari pasangan yang boleh menyayangi anda konon sehidup semati ke.......please be careful ok.......buka hati buka mata sebab dah ramai orang yang tertipu dengan kata2 manis makhluk perosak itu......last2 duit melayang beribu riban.....atau pun kena jadi keldai dadah......dan macam2 lagi la......hati kena keras jiwa mesti kental baru tak lut dengan kata-kata manis yang membunuh itu.....jangan nak lembik meliuk lintuk sangat.....oraitttttt ^_^



Oceannyaaaaa aku muahahaha!!!!!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails