16 March 2012

Anak Hilang Rupanya Lemas

Hari ni baca paper ada lagi berita budak meninggal.....kalau yang lepas pasal adik Dirang yang kena bunuh dan bakar kat Johor tu......tapi yang terbaru ni kanak-kanak lemas sebab ibunya leka dok melayan dua lagi anaknya yang lain....

Mengikut berita, Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pagi semalam. Mayat Irfan ditemui oleh seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)....

Hmmmm tak tau nak cakap apa......ibunya dah tahu bahawa anaknya tertarik melihat tasik apabila dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana terlalu berada dekat dengan air......so di sini dia dah sedar akan bahaya yang menanti......tapi kenapa masih biarkan anak kecil yang tak tahu apa itu bahaya dan keselamatan bebas bermain di sekitar tu???? Sepatutnya dia kena lebih berjaga-jaga dan sentiasa memerhati pergerakan si anak......

Ok kalau nak kata dah takdir.....tapi ada sebabnya......di sebalik takdir yang berlaku ni atau cara kematiannya adalah sebagai pengajaran untuk semua supaya lebih berhati-hati.....kalau tak sebab lemas pun dah Tuhan tetapkan ajal dia dah sampai tiada siapa boleh halang kan.......berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.....harap keluarga arwah tabah dalam menerima dugaan dan ujian yang tidak disangka ini.....

Semoga arwah adik Irfan tenang di sana.....Amin....


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails