13 March 2012

Adik Dirang Dibunuh

Kenapa la anak-anak zaman sekarang ni menarik perhatian "binatang2" yang bebas berkeliaran di luar sana.....yang sentiasa menanti mangsa melintas di depan mata.......setiap kali dengar berita macam ni sakit je hati....geram dengan "binatang2" yang takde otak tu....jahat sangat takde hati perut takde sifat kemanusiaan....

1 Mac lalu kita dikejutkan dengan misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Johor. Kemudian yang terbaru kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian adik Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang ni. Pihak polis dah mengesahkan mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat adik Dirang.

Bukan dibunuh biasa2 ok.....tapi dibakar sehingga rentung. Ya Allah jahatnya "binatang" ni.....tak dapat aku bayangkan keadaan adik ni dari mula dia diculik....seksanya saat-saat sehingga dia menemui ajal......tunggu la balasan dunia dan akhirat....semoga hidup kamu yang bergelar "binatang" tak aman dan cepat2 la bertaubat.......kena kat keluarga atau orang2 yang kamu sayang baru tau macam mana perasaan dan seksanya tanggung semua tu!!!


Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita semua....semoga lebih berhati-hati kerana "binatang2" sentiasa menunggu mangsa tanpa mengira sesiapa......dan semoga keluarga ini tabah dalam menghadapi ujian yang berat ini.....


Al Fatihah untuk adik Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.....semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan tenang di sana.....Amin....


2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails