31 March 2012

Untuk Manusia Sombong

Jom tengok mesej yang agak padat dan bermakna......khas untuk manusia2 yang sombong.....dan yang tak sombong pun boleh baca agar tidak menjadi sombong hehehe ;P


Sumber: Facebook


P/S: Tak suka dengan orang sombong ni adoiiiiii terus hilang respect.......kita manusia sama je makan ikut mulut jugak......salah makan cirit birit berkerut muka jugak.......hmmmmm ok bye!


21 March 2012

Bahana Dadah

Salah satu masalah sosial yang makin meruncing dalam masyarakat kita sehingga sekarang adalah penyalahgunaan dadah......dan ini telah menimbulkan masalah besar kepada negara.....sebabnya bilangan penagih semakin bertambah.......aku kan tak tau nak cakap apa dengan diaorang ni....tak penat ke keluar masuk keluar masuk pusat pemulihan huhu.....bagi yang berusaha bersungguh-sungguh nak berubah aku ucapkan tahniah sebab nekad melawan keinginan dan ada kesedaran.....kadang-kadang bila ada kesempatan bertemu dan berbual dengan bekas2 penagih dan juga penagih yang dalam proses pemulihan ni aku cuba selami diri mereka.....ternyata mereka membuat pilihan hidup yang salah....dah berusia baru insaf dan ada jugak yang tak insaf ehmmmm macam mana tu.....

Apa itu dadah? Dadah ialah sejenis bahan kimia psikoaktif yang memberi kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan khayal, mabuk, ketagih, gangguan tingkahlaku, dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara, dan agama. Walaupun umum sudah mengetahui akan bahaya penyalahgunaan dadah, tetapi dalam keghairahan mengejar kehidupan kita kadangkala terlupa tentang jerat yang menanti.

Boleh dikatakan setiap hari mata dan telinga kita diperlihatkan dan diperdengarkan tentang berita penyalahgunaan dadah dan kesan-kesan buruk yang timbul.....pelbagai kes jenayah yang dilakukan oleh penagih seperti merompak, mencuri, membunuh, peras ugut dan sebagainya sebab memerlukan sumber kewangan untuk membeli dadah......dadah juga mendatangkan penyakit yang paling ditakuti ramai dan tiada ubat iaitu HIV/AIDS......masalah dalam rumah tangga sehingga membawa kepada perceraian.....keluarga berantakan dan seterusnya membawa kepada masalah sosial lain....dan pelbagai lagi kesan negatif lain...

Hari ni ada lagi berita tentang penyalahgunaan dadah ni.......iaitu akibat dari benda jahanam tu.....seorang bekas komando dijatuhkan hukuman penjara selama 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat nenek saudaranya kira-kira tiga tahun lalu.....19 tahun ok nah hambik ko!!! Paling aku tak boleh terima ialah cara pembunuhan tu dilakukan.....tak kira la kau bunuh tanpa niat ke dengan niat ke yang utamanya kau yang membunuh....sangat kejam ok......orang tua umur 80 tahun kau sanggup buat sampai macam tu sekali.....dah tak berdaya nak melawan....sebab apa???? Sebab berada dalam pengaruh DADAH la....

Ok di bawah ni ada petikan berita yang aku copy dari Sinar Harian 21 Mac 2012.....


KUALA TERENGGANU- Seorang bekas komando dijatuhi hukuman penjara 19 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, selepas mengaku bersalah membunuh tanpa niat nenek saudaranya yang dipanggil ‘mak’, kira-kira tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Nassir Abdul Manan, 45, mengaku melakukan perbuatan tidak berperikemanusian itu terhadap mangsa, Muda Mat Zain yang berusia 80 tahun ketika kejadian di sebuah rumah No.225, Jalan Baru, Bukit Pak Sabah, Dungun, pada 12 Oktober 2009 kira-kira antara jam 9 pagi hingga 7.30 petang.

Dengan itu tertuduh yang juga bapa kepada lima anak ini mengaku bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat, satu kesalahan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati dengan hujah pihak pendakwaan dan menerima pengakuan bersalah tertuduh.

“Tindakan tertuduh yang ketika itu berada dalam pengaruh dadah menyebabkan kehilangan satu nyawa yang mempunyai hubungan persaudaraan dengan diri tertuduh sendiri,” katanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Jazamuddin Ahmad Nawawi manakala tertuduh diwakili peguam bela, Abdullah Muhamad.

Berdasarkan fakta kes, mangsa ditemui mati di bilik rumahnya dalam keadaan menyayat hati selepas dipercayai ditetak menggunakan tukul yang disembunyikan berhampiran rak baju dalam bilik tersebut selain kepala mangsa direndam dalam besen dipenuhi air.

Mangsa yang tinggal bersendirian di rumah berkenaan ditemui anak keempatnya Lijah Ali atau dikenal Lijah, 56, yang tinggal lebih kurang 10 meter sahaja jarak dari rumah mangsa kira-kira jam 6.30 petang semasa hendak menghantar makanan kepada wanita malang itu.

Hasil bedah siasat ke atas mangsa mendapati terdapat sembilan luka hiris pada kulit kepala di bahagian atas dalam kedudukan berbagai-bagai arah yang telah menyebabkan kulit kepala tembus dan terkena tengkorak bahagian bawah menyebabkan ia terserpih.

Selain itu, mangsa turut mengalami kecederaan luka lebam pada leher sebelah kanan dan kiri namun tiada kecederaan pada tulang hyroid serta turut terdapat air dalam saluran pernafasan, paru-paru serta dalam perut mangsa.

Terdapat juga 12 luka torehan pada pinggang kanan, 13 sentimeter dari tulang ilium. Tujuh daripadanya sebelum mangsa mati dan lima berlaku setelah mangsa meninggal dunia.

Berikutan kejadian, mangsa turut kehilangan wang dan barang kemas yang dipakainya iaitu tiga gelang tangan, dua bentuk cincin dan rantai leher yang telah putus disimpan dalam beg hitam di atas katil mangsa.

Tertuduh ditahan pada 13 Oktober 2009 jam 4.45 petang di rumahnya dan barang kemas milik mangsa yang disorokkan di atas syiling rumahnya dan dua bilah pisau yang digunakan dicampak di dalam longkang berhampiran Sekolah Menengah Sultan Omar, Dungun.



20 March 2012

Result SPM.....nervous!

Esok 21 Mac 2012 result SPM akan keluar......nervous ni nervous korang apa tau!

Wahhhhh gitu macam la aku yang nak ambik result esok hahaha.....tapi apa salahnya kan sebagai seorang kakak yang penyayang aku tumpang nervous untuk adik aku.....adik aku tu sangat cool dan sempoi orangnya so tak tau la apa perasaan dia....

Last year dua2 orang adik aku exam....PMR dan SPM......yang PMR lepas pun aku nervous jugak tapi Alhamdulillah dapat 8A....now dia dalam form 4......so kita nantikan debaran seterusnya.......diaorang berdua tu masing-masing ada perangai berbeza....sorang hantu tv sorang lagi hantu berjalan! Si hantu tv tu makan, minum, tidur, study semua depan tv huhu.....yang hantu berjalan tu mengalahkan ketua kampung dah balik rumah ada je benda dia nak bercerita....tapi nasib baik dua2 belajar dalam kategori cemerlang, jaga disiplin, jenis dengar kata, tak melawan so parent tak bising la.....kalau tak mampus la kena kuarantin.....aku orang pertama yang akan cakap padan muka kat korang hahaha.... p/s: dua watak yang diceritakan ini adalah lelaki ok :D

So kepada sesiapa yang ambik result SPM esok, good luck akak ucapkan ye....teringat plak 10 tahun yang lepas pergi sekolah pagi2 ambik result SPM hehehe :)

Walau apapun keputusannya, terimalah dengan hati yang terbuka....harap dapat membanggakan kedua ibu bapa dan juga keluarga.....siapa yang berusaha, berpenat lelah dia akan berjaya....

Apapun kejayaan sebenar bukan terletak pada keputusan SPM itu......perjalanan hidup kita masih jauh lagi......masih ada kesempatan untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan yang ada.....banyak peluang yang menanti anda di luar sana.....so siapa yang berusaha dia yang berjaya.....

Ok selamat maju jaya semua ya.....kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan...hanya mereka yang berusaha je merasai kemanisan pergorbanan itu ^_^


Kes Culik Di Kuantan

Kes adik Dirang yang kena culik dan dibakar masih berbekas di hati kita semua......ni ada lagi kes culik yang terbaru.....dalam akhbar Sinar Harian hari ni menyatakan bahawa seorang ibu gundah sebab anak gadisnya dilarikan.....hati ibu mana yang tak gundah, hati ibu mana yang tak sedih memikirkan anak sendiri dilarikan oleh orang yang tak dikenali.....macam2 bahaya yang menanti di luar sana....

Penjenayah makin berluasa sekarang ni.....kat mana-mana pun dah rasa tak selamat.....hampir setiap hari kita dengar kes-kes jenayah di Malaysia ni....Ya Allah lindungilah adik Fatihah walaupun di mana dia berada....lindungilah daripada bahaya "binatang-binatang" yang berhati syaitan itu.....Amin...

Semoga pihak polis dapat selesaikan kes ni secepat mungkin dan adik Fatihah dapat kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat......kepada penculik / penjenayah "kamu memang celaka!".....


Ini petikan berita daripada akhbar Sinar Harian 19 Mac 2012


KUANTAN - “Tolong kakak, tolong Baby…”

Itulah jeritan terakhir seorang pelajar Tingkatan Tiga, Siti Nur Fatiha Mahadi, 15 dari Taman Tas 6, di sini dipercayai diculik oleh dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali, kelmarin.

Sebelum kejadian, mangsa bersama dua adiknya ke kedai telekomunikasi di taman terbabit, kira-kira jam 3 petang.

Malah keterujaan remaja itu untuk kembali ke sekolah bersama rakan-rakannya, selepas cuti penggal pertama selama seminggu, musnah akibat kejadian tersebut.

Anak sulung kepada pasangan Mahadi Muda, 40, dan Nor Mala Mohd Lazin, 33, dipercayai pergi ke kedai terbabit kira-kira 100 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai pra bayar bersama dua adiknya, Muhamad Syahmi Aiman dan Siti Nurul Aishah, 11.

Adiknya, Siti memberitahu, dia dan Syahmi tersentak, apabila melihat kakaknya ditarik masuk oleh seorang lelaki yang keluar dari kende­raan dipercayai jenis Honda warna ungu ketika dalam perjalanan menuju ke kedai terbabit.

Menurutnya, dua lelaki berada di tempat duduk belakang dan pemandunya adalah wanita dan salah seorang lelaki terbabit membuka pintu belakang sebelum menarik Fatiha serta sempat mengantuk kepala kakaknya sebanyak dua kali.

“Saya dan Syahmi cuba membantu menarik kakak, tapi tak terdaya dan nyaris tersepit di pintu kereta, sebelum mendengar jeritan meminta tolong daripada kakak sebelum kereta itu terus memecut meninggalkan kami.

“Kami berdua terus pulang ke rumah dan memberitahu kejadian yang menimpa kakak kepada ibu,” katanya.

Nurul Aishah ditemui ketika menceritakan semula kejadian terbabit ketika keluarga itu kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teruntum, Chang Hong Seong di rumahnya, di sini, semalam.


Fatiha tiada musuh

Sementara itu, Nor Mala Mohd Lazin, dia terkejut apabila mendapati kedua-dua anaknya itu pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis.

“Saya yang tidak sedap hati terus bertanya kenapa mereka menangis sebelum terperanjat sekali lagi apabila diberitahu kakak mereka Fatihah dilarikan orang” katanya.

Menceritakan sebelum detik kehilangan anak sulungnya itu, Nor Mala memberitahu, sehari sebelum kejadian terbabit, Fatiha ada meluahkan perasaan tidak sedap hatinya sebelum dipujuk olehnya.

“Malah sebelum keluar, dia sempat berkata, ‘hati tak sedap, macam sakit jantung je’ sebelum bersama-sama adiknya pergi ke kedai itu.

“Dia seorang anak yang baik, ceria dan peramah, tak punya musuh, aktif dalam sukan olahraga dan berhasrat menjadi anggota polis,” katanya.

Dakwanya, sepanjang masa anaknya memang rapat dengan dengannya dan menafikan jika anaknya ada mempunyai hubungan istimewa dengan sebarang lelaki.


Keluarga sedih, tertekan

Menurutnya, dia dan keluarganya kini berasa amat sedih dan tertekan dengan kehilangan Fatiha kerana risau dengan keselamatan anaknya itu.

“Sebelum ini, dia tidak pernah menunjukkan sebarang perubahan, Fatiha anak yang baik, dia juga tidak akan ke mana-mana tanpa saya dan keluarga.

“Tolong pulangkan anak saya, jangan apa-apakan dia, saya rayu kembalikan Fatiha ke pangkuan kami,” dakwanya ada merujuk pada pengamal perubatan tradisional dan mendakwa Fatiha masih dalam kawasan Kuantan.

Nor Mala kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading di sini kira-kira jam 4 petang, hari yang sama (Ahad).

Dalam pada itu, Mahadi yang juga seorang pemandu lori sudah menghubungi talian telefon bimbit anaknya, namun sudah dimatikan selain berusaha mencarinya dengan merujuk kepada kawan-kawannya tetapi usaha itu gagal menemui sebarang petunjuk setakat ini.

“Saya mendapat panggilan daripada isteri ketika berada di Paka, Terengganu atas urusan kerja, sebaik mendapat tahu kejadian yang menimpa anak sulung, saya terus pulang ke sini,” katanya.

Mahadi merayu pada orang ramai yang mengenali dan menjumpai anaknya supaya berhubung dengannya di talian 019-9897807/019-9813361 ataupun menghubungi balai polis berhampiran.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Deputi Superintedan Kamaruzzaman Jaafar mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berkenaan kes tersebut kira-kira jam 4 petang.

Katanya, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.

“Kita juga sedang menyiasat sama ada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan itu mengenali suspek atau pun tidak.

“Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan dan akan disiasat di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan di atas kesalahan menculik daripada penjaga yang sah,” katanya


18 March 2012

Kereta Ferrari Terbakar

Hari ni tengok paper Metro......emmmm kereta Ferrari musnah terbakar di Seremban......then terfikir jugak apakah pendapat mereka yang selalu dok kondem dengan perkataan yang tak sedap didengar terhadap kereta buatan nasional dan mengagungkan kereta luar.....sekali baca berita tu terus terlintas di fikiran aku....."kereta Ferrari pun boleh terbakar".....



SEREMBAN: Perjalanan seorang lelaki yang berkonvoi bersama beberapa kenderaan mewah bertukar detik menakutkan apabila kereta Ferrari dipandunya musnah selepas terbakar di Kilometer 28.2 Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas) berdekatan Mantin, dekat sini, semalam.

Difahamkan, lelaki berusia 50-an itu yang dalam perjalanan menghala ke daerah ini memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan dan sempat keluar sebelum api marak ke hampir keseluruhan kereta.


Kebakaran itu kemudian berjaya dipadamkan anggota bomba dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Mantin, Jayagaren Jaganatha Thevar berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 10.21 pagi.


“Seramai lima pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dikerah melakukan pemeriksaan serta memadam kebakaran.


“Sejurus tiba lapan minit kemudian, kita mendapati api marak dan memusnahkan keseluruhan kereta berkenaan,” katanya kepada Metro Ahad di sini, semalam.

Beliau yang mengetuai operasi berkenaan berkata, pihaknya berjaya mengawal kebakaran kereta mewah itu dalam tempoh beberapa minit.


“Pemeriksaan lanjut mendapati 90 peratus struktur kereta itu musnah, tetapi pemandunya terselamat,” katanya.

Jayagaren berkata, mangsa sebelum itu dipercayai berkonvoi bersama beberapa kenderaan lain.


“Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya.


Sumber: myMetro _ 18 Mac 2012


Pelumba Basikal Maut Langgar Lari

Lagi berita kes langgar lari....kali ini melibatkan pelumba pelapis basikal negara iaitu Rafizi Hamdan, 37 tahun....apa yang lebih tragis ialah kemalangan ini menyebabkan kematian.




Kejadian ini berlaku di KM 20.3, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Taman Melawati, Ampang pagi tadi (18 Mac 2012)....




Arwah yang baru sahaja menimang cahaya mata yang kedua dan dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua....

Mangsa mati di tempat kejadian dan kereta yang melanggarnya pula telah melarikan diri......kalau lari sebab takut then pergi balai polis buat report ke ok jugak.....bayangkan kalau orang yang anda sayang yang menjadi mangsa....apa perasaan???? So jangan la pentingkan diri sendiri.....




Allah S.W.T Maha Berkuasa.......walaupun pemandu kereta berjaya melarikan diri.....tetapi nombor pendaftaran kereta tu tertanggal di lokasi kejadian dan telah memudahkan pihak polis untuk mengenal pasti kenderaan tersebut......jenis kereta Proton Saga 1.5.....nombor pendaftaran WCK 2290......



Simpati dan kesian sangat2 kepada mangsa yang terlibat......semoga arwah Rafizi Hamdan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.......dan semoga keluarga arwah sabar dalam menempuh ujian dan dugaan yang berat ni......Amin....


Kredit gambar kepada pemilik blog ondscene.my


16 March 2012

Anak Hilang Rupanya Lemas

Hari ni baca paper ada lagi berita budak meninggal.....kalau yang lepas pasal adik Dirang yang kena bunuh dan bakar kat Johor tu......tapi yang terbaru ni kanak-kanak lemas sebab ibunya leka dok melayan dua lagi anaknya yang lain....

Mengikut berita, Irfan Danish Rosdi berusia dua tahun ditemui lemas di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, pagi semalam. Mayat Irfan ditemui oleh seorang pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)....

Hmmmm tak tau nak cakap apa......ibunya dah tahu bahawa anaknya tertarik melihat tasik apabila dia terpaksa menarik anak bongsunya itu dua kali kerana terlalu berada dekat dengan air......so di sini dia dah sedar akan bahaya yang menanti......tapi kenapa masih biarkan anak kecil yang tak tahu apa itu bahaya dan keselamatan bebas bermain di sekitar tu???? Sepatutnya dia kena lebih berjaga-jaga dan sentiasa memerhati pergerakan si anak......

Ok kalau nak kata dah takdir.....tapi ada sebabnya......di sebalik takdir yang berlaku ni atau cara kematiannya adalah sebagai pengajaran untuk semua supaya lebih berhati-hati.....kalau tak sebab lemas pun dah Tuhan tetapkan ajal dia dah sampai tiada siapa boleh halang kan.......berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya.....harap keluarga arwah tabah dalam menerima dugaan dan ujian yang tidak disangka ini.....

Semoga arwah adik Irfan tenang di sana.....Amin....


14 March 2012

Tak Salah Nak Kawin

Ok tak nak mukadimah panjang2......refer ke tajuk asal Tak Salah Nak Kawin.....maka di sini sambungannya......tak salah nak kawin muda dalam erti kata sebenarnya kawin ketika masih belajar.....

Jangan tengok orang kawin kita pun gedik nak kawin jugak.......fahami erti sebenar pernikahan, tentang tanggungjawab dan segala yang berkaitan......fikir betul2 dulu kerana itu bukan perkara main2.....jangan ingat kawin masa zaman study tu ibarat cinta kolej je......tanggungjawab sebagai pelajar, suami, tanggungjawab dalam rumah tangga kena laksanakan betul2.....

Ya memang betul pernikahan itu suatu ikatan yang suci, boleh menghindarkan dari maksiat, dan banyak lagi kebaikannya.....tapi kena ingat kalau tak mampu nak seimbangkan antara belajar dan rumahtangga......mesti buat keputusan yang terbaik......kena pilih antara dua tu.....jangan selepas kahwin segala-galanya jadi teruk......maksud aku dalam pelajaran......prestasi teruk......banyak ponteng kelas.....segalanya jadi kucar kacir entah apa2......

APA NAK JADI?????

Sayangnya umur yang sangat2 muda dan sepatutnya belajar betul2.......kalau nak kawin jugak tengok contoh ramai insan2 yang berjaya dalam pelajaran walaupun kawin ketika zaman belajar.....contohnya Prof. Dr. Muhaya.....sebab apa? Sebab beliau faham apa itu tanggungjawab yang sebenar.....bukan kawin untuk suka2 tapi ada alasan yang kukuh....

Ok ye adik-adik yang bergelar pelajar sekalian.....jangan sesekali terpengaruh dengan keindahan dan kemanisan drama-drama tv dan juga filem....contohnya macam sekarang ni ramai dok menggilai citer Vanilla Coklat tu...dah habis pun semalam hehehe.....emmmmm sangat la sweet kan....tapi kena ingat itu drama tv ok.....dua2 anak orang kaya.....segala-galanya parents tanggung.....dapat rumah free dapat kereta free.....

Tapi kalau kita ni yang dari keluarga yang sederhana.....kalau tak belajar betul2 then result teruk.....atau pun sebab tak boleh nak balance antara belajar dan rumah tangga so terpaksa berenti belajar........agak-agak macam mana ye? Fikir-fikirkan :)


P/S: Apa sahaja perkara kena fikir pro dan kontranya......ingat bukan semua perkara yang anda nampak manis itu hakikatnya manis ok.....


13 March 2012

Adik Dirang Dibunuh

Kenapa la anak-anak zaman sekarang ni menarik perhatian "binatang2" yang bebas berkeliaran di luar sana.....yang sentiasa menanti mangsa melintas di depan mata.......setiap kali dengar berita macam ni sakit je hati....geram dengan "binatang2" yang takde otak tu....jahat sangat takde hati perut takde sifat kemanusiaan....

1 Mac lalu kita dikejutkan dengan misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Johor. Kemudian yang terbaru kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian adik Nurul Nadirah atau lebih dikenali sebagai Dirang ni. Pihak polis dah mengesahkan mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat adik Dirang.

Bukan dibunuh biasa2 ok.....tapi dibakar sehingga rentung. Ya Allah jahatnya "binatang" ni.....tak dapat aku bayangkan keadaan adik ni dari mula dia diculik....seksanya saat-saat sehingga dia menemui ajal......tunggu la balasan dunia dan akhirat....semoga hidup kamu yang bergelar "binatang" tak aman dan cepat2 la bertaubat.......kena kat keluarga atau orang2 yang kamu sayang baru tau macam mana perasaan dan seksanya tanggung semua tu!!!


Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita semua....semoga lebih berhati-hati kerana "binatang2" sentiasa menunggu mangsa tanpa mengira sesiapa......dan semoga keluarga ini tabah dalam menghadapi ujian yang berat ini.....


Al Fatihah untuk adik Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang.....semoga ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan tenang di sana.....Amin....


10 March 2012

Awak Comel Walaupun Rupa Patung

Mesti antara korang yang ada Facebook ni pernah atau selalu dapat mesej kat inbox dari mereka yang tak dikenali kan......atau dengan lebih tepat lagi dari orang putih orang hitam orang errrrr apa2 la.....

Kebanyakannya yang menipu tu.....nak berkenalan la, terpikat la, macam2 lagi la.......so kalau dapat kat orang yang memang tengah kurang kasih sayang or kegersangan ke hahaha.....melayan la apa lagi konon2 cinta suci bagai nak giler......lepas tu kena tipu.....lepas tu masuk paper.....lepas tu merana......lepas tu pikir sendiri la.....kannnnnn!

Aku pun tak terlepas dari dapat mesej2 tu dah lama dah.......bukak2 delete je la buat apa nak simpan.....tak payah gatal jari nak reply tak penting pun lagi mengundang bahaya ada la....diaorang ni lebih kepada nak perangkap sebab tengok ayat2 mesej pun kopipes je......profile lain2 tapi ayat sebijik sama.....

Kalau sebelum ni aku tak heran la sebab profile picture aku gambar sendiri.......maybe dia tengok2 then start paste and send mesej.....lepas tu start bulan lepas aku tukar ke gambar patung......display pakaian atau tudung yang aku jual di MissNick Collection......

Aikkkkkk rupa-rupanya ada lagi mesej2 macam tu hahahaha......kalau setakat cakap nak berkenalan ok lagi la.....ni siap bagitau...aku bagi sebahagian dari contoh ye.... "Honestly I was carried away by the look into your eyes (cantiknya mata patung walaupun takde eyelash)......You really captured my heart in a way I can't do but kept staring at your pictures, you are like an ocean (wahhhhh oceannya patung walaupun beli yang secondhand) with blue beautiful........and blablabla banyak lagi.....tapi serius lucu sebab boleh plak puji memuji patung......nahhhh ambik kau dushummmm agak2 la nak menipu nak mengayat pun....takkan buta kot tak kenal manusia ngan patung kihkihkih......



So to women out there......walaupun anda tiada pasangan ke, nak menambah pasangan ke, nak menambah skandal ke, nak mencari pasangan yang boleh menyayangi anda konon sehidup semati ke.......please be careful ok.......buka hati buka mata sebab dah ramai orang yang tertipu dengan kata2 manis makhluk perosak itu......last2 duit melayang beribu riban.....atau pun kena jadi keldai dadah......dan macam2 lagi la......hati kena keras jiwa mesti kental baru tak lut dengan kata-kata manis yang membunuh itu.....jangan nak lembik meliuk lintuk sangat.....oraitttttt ^_^



Oceannyaaaaa aku muahahaha!!!!!


09 March 2012

Tinggal Ibu Lumpuh Di Hotel Bajet

Marah....sedih.....geram apabila dengar berita di radio pagi tadi pasal yang tinggal ibu lumpuh di hotel bajet tu.....then sampai ofis aku terus bukak paper online untuk baca berita selanjutnya......

Tergamak buat ibu sendiri macam tu.....ibu yang mengandung dok bawak perut 9 bulan....beranak dengan susah payah ibarat bertarung nyawa......jaga dengan penuh kasih sayang......bila dah besar boleh lupa diri plak.....dah la keadaan makcik tu uzur dan lumpuh tak mampu nak bergerak.....Ya Allah apa punya manusia la......

Orang macam ni hidup dia tak akan senang.....tengok la nanti atas dunia lagi dah dapat balasannya.......memang tak cium bau syurga la melainkan kalau dah mintak ampun.....ni bukan setakat terguris hati ibu tapi dah remuk redam kecewa berdarah dengan perbuatan anak.....

Yessss memang kita tak tau situasi si anak.....tapi walau macam mana keadaan sekalipun sangat2 tak patut buat ibu sendiri macam tu....kejam ok kejam! Kalau ada masalah pun kena fikir jugak nasib si ibu yang tak berdaya tu....

Ini berita yang aku copy paste dari myMetro......dengan video sekali.....


KUALA LUMPUR: Menitis air mata seorang ibu yang lumpuh apabila menyedari dirinya ditinggal terbiar oleh anak tunggalnya di sebuah hotel bajet di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, di sini, sejak empat hari lalu.

Dia kini dijaga kakitangan hotel berkenaan yang membantunya menguruskan diri termasuk mandi dan mengganti lampin pakai buang selepas anaknya gagal dikesan.

Warga emas itu mulanya tinggal bersendirian di kampungnya di Johor, tetapi sejak sebulan lalu anaknya yang masih bujang membawanya ke ibu kota.

Faridah Maulud, 66, yang keseorangan ditemui pekerja hotel dalam keadaan meniarap di lantai ketika memeriksa bilik disewa anaknya selepas lelaki berusia 27 tahun itu gagal menjelaskan bayaran empat hari hingga menimbul tanda tanya kepada pengurusan hotel.

Ketika ditemui Harian Metro semalam, warga emas itu kelihatan lemah dan tidak bermaya serta berkali-kali memaklumkan dia ingin ke rumah kebajikan kerana tidak mahu menyusahkan staf hotel yang membantunya.









01 March 2012

Tiga Ekor Budak Comel

Dok godek2 blog ni tengok ada banyak entry yang masih belum publish......dok sedap lagi landing dalam draft folder tu huhu......bila la nak review or edit entry tu untuk publish......tunggu la ye hehehehe.....

Jom tengok gambar kucing comel ni.....gambar ni aku ambik kat Facebook.....walaupun entry dalam draft banyak lagi tak publish tapi aku tetap nak buat entry baru jugak semata-mata sebab kucing comel 3 ekor ni.....sampai aku gelak ok bila nampak ni kat FB hahahaha....





****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.
Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)

****************************************

1 Mac 2012

Alhamdulillah kita dah melangkah ke hari baru dan bulan baru......selamat tinggal 29 Februari.....bagi aku itu tarikh unik sebab hanya muncul 4 tahun sekali je.....so sape2 yang lahir 29 Februari tu kena sambut birthday 4 tahun sekali la ye dok hehehe.....

Alhamdulillah juga kerana masih diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan yang serba indah ini.......kenapa aku kata indah???? Sebabnya aku sentiasa terima apa sahaja cabaran dan dugaan yang mendatang dengan hati yang terbuka.......aku selalu paksa diri aku supaya jangan mengeluh dan jangan sesekali merungut......anggaplah itu sebagai proses normal dalam kehidupan kita sebagai manusia.....

Sabar dan berfikiran positif dah disematkan dalam minda dan jiwa supaya aku tak tersasar dalam menjalani kehidupan yang serba mencabar ni.....insya Allah akan ada kebaikan yang mendatangi kita.......yesssss ia terbukti......bila aku diuji dengan perkara yang menyesakkan kepala dan hati.....akhirnya aku mampu tersenyum gembira kalau boleh nak lompat tinggi2 okey......sebab tu aku marah bila ada students aku yang cakap susah, tak boleh, tak pandai, blablabla.....

Ya kadang-kadang aku nampak garang melalui air muka dan kata-kata......tetapi hanya dalam situasi tertentu sahaja.....bukan bermaksud aku hilang sabar tetapi kadang-kadang perlu zahirkan perasaan dengan cara sedemikian......

Dengan bulan yang semakin bertambah.......maknanya usia juga semakin bertambah...bukan bertambah dari segi tahun tapi dari segi bulan huhu......apa yang aku harapkan ialah kehidupan yang bertambah baik, jadi lebih matang, diberi kesabaran yang lebih lagi dari yang ada sekarang, bertambah ilmu dunia dan akhirat, jadi lebih positif, dijauhkan dari manusia yang berhati busuk, dan sebagainya.

Ok jom jadi positif ^_^


P/S: Aku garang tapi aku penyayang dan pemaaf ;P .......Life is short, so make it sweet....


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails