28 February 2012

Layanan Kejam Di Taska

Salam sayang semua......wahhhhh banyak hari aku tak bersiaran.....almaklum la aku sorang je manusia paling busy atas dunia ni....haaaaaa gitu statement tak boleh blah hehehe....


Korang ada tengok tak video yang kanak-kanak yang di taska / nursery tu......Ya Allah aku tak tau nak cakap apa.....serius aku sangat2 marah.....sampaikan aku boleh rasa macam mana seksanya kanak-kanak tu diperlakukan macam tu......takde perasaan ke???? Manusia ke apa tu????? Binatang pun tau erti kasih sayang.....

Aku rasa sesak nafas bila tengok ada kanak-kanak yang tengah tidur dilekatkan plaster kat mulutnya......maybe sebelum tu budak tu tak nak tidur atau menangis ke apa tak tau la.....dan satu lagi ada yang dibungkus ketat giler ok sampai tak boleh nak bergerak walaupun sikit.....itu pun aku yang terasa sesak nafas dan lemas......apatah lagi budak kecik tu.......

Budak tu menangis, mengamuk teruk macam mana sekalipun tak sepatutnya dilayan macam tu......kalau rasa tak ada sifat penyayang, tak ada sifat sabar, tak mampu nak bekerja di tempat yang kena jaga kanak-kanak.....baik awal2 tak payah kerja......cari la kerja lain.....kilang, restoran banyak kan.....atau mana2 tempat yang sesuai......

No wonder la ada macam2 kes kat pusat jagaan kanak-kanak ni......cedera la meninggal la....

Yes seriously aku risau dengan semua tu.....parents jaga baik2......hantar ke pusat jagaan pun dalam keadaan baik......tapi bila kat sana diperlakukan macam apa.....macam itu bukan manusia......

Sedar la wahai kamu2 yang bergelar pengusaha dan pekerja pusat jagaan kanak-kanak.......jangan pandang duit je masa bekerja.....jadikan itu sebagai salah satu ibadat....cari rezeki nak bagi makan keluarga.....so kerja tu biar la ikhlas.......yesssss itu memang bukan anak kamu tapi apa perasaan bila anak kamu atau keluarga atau saudara mara kamu diperlakukan begitu??? Marah???? Sedih???? Macam2 perasaan kan.....so letak la diri kamu di tempat yang sepatutnya iaitu jadi insan yang berperikemanusiaan bukannya berperikebinatangan atau berperikesyaitanan.....



Sesiapa yang masih belum tengok video tu boleh tengok kat link ni ye https://www.facebook.com/photo.php?v=2949559210276


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails