29 February 2012

Jantan ke Lelaki????

This entry is special dedicated to insan yang bergelar lelaki yang tak layak dipanggil lelaki......

Kalau cinta anda ditolak jangan nak meroyan tak tentu pasal......jangan tunjuk perangai tak tentu........please be matured biar sesuai dengan usia anda.....kalau budak2 buat perangai tak kisah lagi sebab faham maybe mereka belum cukup matang untuk berfikir dan menilai.......ini dah tua bangka haaaa kau......

Hidup ni biar beradab jangan sesekali jadi manusia biadap......wanita bukan barang mainan untuk anda rebut2......kalau nak rebut sila pegi tengah padang main rebut2 bola.....time tu takde siapa nak marah.....tiada hati yang sakit......dan tiada jiwa yang terluka.....

Kalau dah tau yang si wanita sudah berpunya.....sudah ada pasangan....sudah ada teman lelaki....dengan kata lain sedang menanti masa dan bersiap sedia untuk diijabkabulkan......anda tak perlu la nak menggatal lagi....nak panggil sayang2 dan kata2 manis lain......apabila ditegur anda dengan angkuhnya menjawab kamu berdua bercinta je kan....belum bertunang lagi kan.......so siapa cepat dia dapat la.......itu sangat kurang ajar...

Owhhhhh maknanya kalau wanita itu belum jadi tunangan orang anda berhak untuk ambilnya sesuka hati.......yes memang tak bertunang secara rasmi, takde sarung2 cincin tapi tak semestinya tanpa pertunangan maka perkahwinan itu tidak akan berlaku.....dengan kata lain bercinta saje2 tanpa tujuan.......diulangi sekali lagi wanita itu bukan barang mainan untuk direbut sape cepat dia dapat.......jangan terdesak dalam mencari cinta sehingga mengubah anda menjadi manusia yang kurang ajar.......kalau nak orang dekat dengan kita ubahlah diri dan tingkah laku ke arah yang lebih baik.....

Hidup hanya sekali.....so nikmatinya dengan baik.....jaga perbuatan dan tutur kata......bertindak la seperti seorang manusia yang ada nilai2 kemanusiaan......hormat orang lain jika anda mahu diri anda dihormati.....


Sekian terima kasih!


P/S: Sorry jika entry ini agak kasar sedikit.....sebab tak tau macam mana nak tulis dengan cara lembut bila masuk hal2 macam ni hehehe......kadang2 bila kita nyatakan secara lembut dan berkias orang tak faham....sekali sekala terus bagi gedebuk ok jugak kan.....mesti ada antara korang yang pernah alami, lihat, dan dengar benda2 macam ni kan ;P


28 February 2012

Layanan Kejam Di Taska

Salam sayang semua......wahhhhh banyak hari aku tak bersiaran.....almaklum la aku sorang je manusia paling busy atas dunia ni....haaaaaa gitu statement tak boleh blah hehehe....


Korang ada tengok tak video yang kanak-kanak yang di taska / nursery tu......Ya Allah aku tak tau nak cakap apa.....serius aku sangat2 marah.....sampaikan aku boleh rasa macam mana seksanya kanak-kanak tu diperlakukan macam tu......takde perasaan ke???? Manusia ke apa tu????? Binatang pun tau erti kasih sayang.....

Aku rasa sesak nafas bila tengok ada kanak-kanak yang tengah tidur dilekatkan plaster kat mulutnya......maybe sebelum tu budak tu tak nak tidur atau menangis ke apa tak tau la.....dan satu lagi ada yang dibungkus ketat giler ok sampai tak boleh nak bergerak walaupun sikit.....itu pun aku yang terasa sesak nafas dan lemas......apatah lagi budak kecik tu.......

Budak tu menangis, mengamuk teruk macam mana sekalipun tak sepatutnya dilayan macam tu......kalau rasa tak ada sifat penyayang, tak ada sifat sabar, tak mampu nak bekerja di tempat yang kena jaga kanak-kanak.....baik awal2 tak payah kerja......cari la kerja lain.....kilang, restoran banyak kan.....atau mana2 tempat yang sesuai......

No wonder la ada macam2 kes kat pusat jagaan kanak-kanak ni......cedera la meninggal la....

Yes seriously aku risau dengan semua tu.....parents jaga baik2......hantar ke pusat jagaan pun dalam keadaan baik......tapi bila kat sana diperlakukan macam apa.....macam itu bukan manusia......

Sedar la wahai kamu2 yang bergelar pengusaha dan pekerja pusat jagaan kanak-kanak.......jangan pandang duit je masa bekerja.....jadikan itu sebagai salah satu ibadat....cari rezeki nak bagi makan keluarga.....so kerja tu biar la ikhlas.......yesssss itu memang bukan anak kamu tapi apa perasaan bila anak kamu atau keluarga atau saudara mara kamu diperlakukan begitu??? Marah???? Sedih???? Macam2 perasaan kan.....so letak la diri kamu di tempat yang sepatutnya iaitu jadi insan yang berperikemanusiaan bukannya berperikebinatangan atau berperikesyaitanan.....



Sesiapa yang masih belum tengok video tu boleh tengok kat link ni ye https://www.facebook.com/photo.php?v=2949559210276


24 February 2012

Renung Sejenak Asas Perkahwinan

Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.

Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.

Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.

Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.

Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.

Jika asas perkahwinan kerana cinta,hati manusia tak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik,tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati.

Jika asas perkahwinan kerana Allah, sesungguhnya Allah itu kekal. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.
Renung renungkan la ye :)

Sumber: Facebook



15 February 2012

Nak Kahwin Ala Retis

Kata dara "Eh aku ni ada diploma / degree / master......mana boleh setakat hantaran 5 , 6 ribu......paling kurang 10 ribu weh.....biar la sesuai dengan level aku buat penat je belajar tinggi2....."

Kata mak ayah "Eh anak saya ni berpelajaran....keje besar plak tu....takkan la nak bagi banyak ni je.....bla bla bla"

Nasib baik tak letak hantaran based on CGPA kan....yang mana dapat 4.00 tu sure la tinggi melambung nilainya....

Anyway I hate this kind of thinking .....dan juga serius geli kelenjar pituitari dengar statement macam ni hahaha....aku pun tak tau la kenapa tapi itu kenyataan ikhlas dari hati hehe ;P

Aku sangat2 tak suka bila orang selalu letak level atau standard dalam sesuatu perkara ni.....kita manusia sama sahaja......bila bab-bab nikah kahwin pun nak berlevel2 berstandard2 seolah-olah dah menyusahkan dan merumitkan benda senang ok.....

Aku bersyukur dapat parent yang sangat memahami.....jenis tak kisah ikut suka korang la setakat mana yang mampu....apa yang penting ialah berkat, majlis sempurna, dan kalau ada duit lebih sikit jangan berkira dengan tetamu bagi la makanan meriah sikit kan hehe ai like.....kakak2 aku pun semuanya hantaran biasa-biasa je walaupun ada degree dan keje gomen.....ada orang mengata tak????? yes of course la mesti ada suara2 berbunyi kan hehehe.....tapi mak ayah aku jenis selamba rock buat tak tau je la lama2 senyap la kan mulut orang ni.....baik ambik tau hal-hal kenduri, lauk-lauk dan makanan untuk tetamu cukup ke tak....dan benda-benda yang sepatutnya kan hehe.....

Aku masih ingat lagi pesan mak aku "korang tak akan kaya dengan duit hantaran ni.....kalau nak kaya keje rajin2 kumpul duit sendiri jangan dok harapkan duit orang.....lain la kalau duit hantaran tu berjuta-juta boleh makan 7 keturunan berbaloi gak....jaga rezeki yang ada biar berkat itu penting".....

Apapun kita kena rujuk balik tujuan pernikahan itu.....insya Allah tidak akan tersasar dan terikut-ikut orang......jadi diri sendiri tanya hati setakat mana yang kita mampu......kalau berkemampuan tak salah nak mahal-mahal sampai 10 juta pun.....orang kata ukur baju di badan sendiri......kalau tak sedar ukuran badan nanti diri sendiri yang merana.....

Ye la kadang-kadang kesian jugak kan terutama bagi pihak lelaki sampai pening kepala berhempas pulas semata-mata untuk duit hantaran.....ada yang sampai takut nak kawin......yang perempuan pun sama semata-mata nak majlis grand ala-ala retis sanggup ni bergolok gadai, dok pening sana pening sini huhhh macam-macam la....

Ok mesti ada yang kata ala sekali je seumur hidup apa salahnya berhabis untuk hari penting kita......tapi tapi tapi kan....ada terfikir tak untuk kehidupan selepas kahwin tu macam mana......lagi banyak nak pakai duit tau......mana lagi penting????? diulangi sekali lagi KALAU MAMPU TAKDE MASALAH.....orang nak mengata biar lah orang mengata...bukan lama pun nanti dah penat senyap la diaorang.....ini pasal kehidupan kita.....kalau kita susah ada ke orang nak tolong bagi duit........

Aku pun pernah dikata, dikutuk sebabnya aku cakap tak kisah pasal tu......apa yang penting sah jadi suami isteri, ada majlis simple tapi meriah, dan tetamu gembira.....itu dah cukup bermakna bagi aku......"hey kau tu berpelajaran....keje best plak tu....letak la mahal sikit"......ada aku kisah korang nak cakap apa.....kita manusia semua sama je la....ke ada manusia yang ada tanduk??? ini jawapan aku "hey aku yang nak kawin bukan korang ok....nak ala-ala retis meh sini bagi duit sekepok kat aku boleh aku kenduri 7 hari 7 malam retis pun kalah....aku keje nak hidup senang simpan la duit sendiri"......huahuahua tapi takde la aku jawab macam tu....aku senyum je la malas nak bertekak....lantak!

Aku yang aku harapkan ialah lelaki tu boleh jadi pemimpin dalam rumah tangga.....boleh bimbing aku dan anak-anak.....jadi teman dikala duka....boleh jadi kawan untuk gelak ketawa dan bercerita macam2 perkara......memahami....ada pengetahuan agama.....boleh imamkan solat.....pandai mengaji Quran......sebab kita nak hidup bahagia, hidup tenang dengan penuh kasih sayang.....insya Allah panjang umur nak kekal bahagia sampai ke tua, sampai akhir hayat....


Entry ini ditulis berdasarkan pemerhatian aku terhadap sekeliling......dari pembacaan tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka yang nak berkahwin.....harap takde sape yang terasa atau kecik hati ok....ini kenyataan.....peace ^_^

Sekian.


13 February 2012

Kanak-kanak Dibunuh Kejam

Aku tak tau nak cakap apa......sedih sangat2 tengok gambar ni Kanak-kanak dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad......korang klik je link tu aku tak sanggup nak attach gambar arwah baby tu kat sini.....

Aku hanya mampu copy petikan berita tu je.....

Inilah video yang dirakamkan oleh seorang rakyat Syria berkenaan wajah kanak-kanak yang baru berusia 6 bulan yang dibunuh kejam oleh rejim Bashar Asad. Arwah Marwa Adil Bahar ini mati disembelih oleh Rejim Bashar Asad sehingga terpenggal kepala kanak-kanak tersebut.

Video ini diambil selepas arwah dimandikan dan sedang dikafankan sebelum dikebumikan. Tidak boleh dibayangkan sesiapa yang melihat video ini tapi masih tidak mampu menitiskan air mata melihat kezaliman yang tidak berperikemanusiaan ini. Wallahul musta’an.


Ya Allah bersih sangat2 wajahnya sebersih jiwanya......boleh mengalir air mata tengok gambar ni dan terbayang kesengsaraan yang dialami ketika itu.....apalah dosa baby yang tak bersalah ni sehingga diperlakukan macam ni....tersentuh hati aku yang agak keras ni tau :(

Syurgalah tempat kamu.....semoga Allah membalas perbuatan syaitan laknatullah yang sangat2 kejam dan jahat ni dengan sekeras-keras azab.....Amin...


11 February 2012

Pasti Anda Suka Ni

P/S: Ini adalah sticky post......untuk new entry sila jenguk2 ke bawah k :)

Lambat plak update news ni hehehe......


Ok nak bagitau sikit Sempena sambutan Maulidur Rasul kali ini.....pihak MissNick Collection akan memberikan diskaun sebanyak 10% ke atas setiap pembelian produk sama ada di blog atau Facebook.......

Tawaran ini bermula dari 5 Februari 2012 hingga 10 Februari 2012.......

Jadi tunggu apa lagi jom la kita bershopping ^_^

Ok jangan lupa layari http://missnickcollection.blogspot.com/

Antara hot item kami........








09 February 2012

Jangan Terlalu Obses Nak Cantik

Tak dapat dinafikan setiap wanita ada keinginan atau impian untuk kelihatan cantik......kalau tak suka diri sendiri jadi cantik pun tapi at least sukakan kecantikan....suka tengok something yang cantik (aku ler tuuuuu) .......

Satu je yang perlu diingat jangan terlalu obses nak kelihatan cantik......jangan terlalu obses untuk menjadi cantik.......sederhana itu sudah cukup ok.....

Bukan apa kadang2 aku tengok ada sesetengah orang suka sangat membelek muka.....ada je benda tak kena......ada jerawat sebijik pun kecoh.....aku plak yang rimas......ala rileks la setakat sebijik tu lawa apa orang kata penyeri muka kan.....risaunya melebih-lebih macam benda tu membuatkan kau nampak scary huhu.....

Aku sering ditanya apa produk yang aku pakai......apa petua nak bagi kulit licin....nampak flawless......apa petua kelihatan berseri walaupun tanpa mekap.....petuanya JANGAN OBSES NAK CANTIK......ada paham ka adik manis? krim pelembap dan bedak dah cukup bagi aku.....kalau rasa bibir tu kering pakai la pelembap bibir ke lipstick lite2 ke.....kalau nak bagi menyerlah lagi pakai celak kening ye la dah kening aku ni jenis tak berapa nak hitam hehehe.....seriously aku tak pernah beli dan tak pernah memiliki foundation.....maskara lagi la tak reti nak pakai.....eye shadow dengan blusher dah 4 tahun kot aku beli tak habis2 lagi hahahaha.......ye la sangat2 jarang memakainya ;P

Kulit aku mana ada licin pun kadang-kadang ada jugak jerawat gatal yang tumbuh kejap ada kejap takde......mana ada flawless......tang flawless tu 10 tahun lepas ye la kot....zaman2 muda remaja......kulit pun suci murni lagi muahahaha.....maybe tengok dalam gambar kot nampak flawless.....kat depan nan hadoooo....lagipun aku ni jenis happy go lucky kot tu yang naik ke muka muahahaha eh boleh gitu.....dan aku selalu gelak dan buat orang gelak.....

Aku takde nak guna produk mahal2 dan nak ikut aturan......aku main bantai je ikut suka hati....cuma aku just pastikan kulit tak berminyak.....kulit aku ni satu je sensitif dengan keadaan berminyak mula la jerawat kecik2 tumbuh kat dahi tu.....tak payah nak risau aku biar macam tu je 3, 4 hari hilang la dia.....

Ok nak pesan kat sini bagi yang kulit tu memang bermasalah jangan nak main bantai itu ini......jangan over tempek macam2 kat muka dengan harapan nak cantik tapi jadi makin teruk........bagi la ruang untuk kulit berehat dan bernafas.....asal nak keluar je menempek berjam2......light2 sudah ok.....jangan pantang ada orang suggest itu ini terus nak beli dan nak cuba......kalau ada promoter ke iklan2 ke cuba pejam kedua-dua belah mata korang......kalau rasa perlu je baru beli.....

Bagi yang kulit tak bermasalah tu kamu mesti bersyukur.....so jaga la elok-elok sebelum dimamah usia.....sebelum hilang keanjalan...kelembapan......wahhhh dah macam penasihat kecantikan la plak aku ni huihuihui!!! Jangan langsung tak menjaganya dan jangan pula terlebih menjaga.....light2 gitu kan.....cara moden boleh cara tradisional pun boleh....jaga pemakanan sekali.....jangan lupa tentang kepentingan scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.......tak kisah la scrub brand apa asalkan sesuai dengan kulit korang......aku guna beras kisar je....buat banyak2 then simpan dalam bekas letak kat bilik air......jimat dan takde bahan kimia hehehe....

Last sekali dan yang amat penting sekali ialah SELF CONFIDENCE! Walau dalam keadaan macam mana sekali pun self confidence itu mesti ada pada setiap orang.....sebab SELF CONFIDENCE itu la kecantikan yang sebenar....itu bagi aku la......pendapat orang lain aku tak pasti la plak kan....sebabnya bila tempek itu ini kat muka.....mekap tebal 14 inci seolah-olah dah menutup kecantikan asli yang ada pada korang......setiap 30 minit nak tempek bedak pakai lipstick.....sebab tu kita tengok ada sesetengah orang walaupun simple tapi menarik but yang vogue da vas ala2 mak datin tu lain macam seolah-olah menyembunyikan sesuatu kan....

Cuba praktikkan dalam diri "OK AKU LEBIH CANTIK TANPA MEKAP TEBAL"....lama-lama korang akan jadi yakin.....aku pun kadang2 ada jugak keluar tanpa pakai apa-apa kat muka even bedak sikit pun....dengan kata lainnya naked face (eh ada ke perkataan ni????) .....ok je takdenya orang nak pandang kau pelik.....takdenya muka kau nampak scary ke.....kalau ada orang pandang jugak cakap je "apa pandang2....ada hutang ke????" ......less is better ok ;P

Tapi jangan plak kau pergi event or apa-apa party dengan muka langsung tak mekap......tak sesuaiiiii la plak....tengok tempat dan keadaan la kan.....jangan pergi lepak kedai mamak ke pergi pasar basah ke dengan mekap sarat kat mata sekali tengok dah macam pelangi berkelip2 hehehe.....lipstick merah menyala 4 batu dah nampak.....mekap tebal ni kadang2 boleh membuatkan muka korang jadi pelik.....


Ok kesimpulannya (wahhhh dah macam esei SPM siap ada kesimpulan) kalau nak nampak cantik......jangan terlalu obses nak cantik.....just confident and be yourself.....insya Allah your natural beauty akan terpancar.....jaga penampilan biar nampak kemas.....then jangan lupa untuk maniskan muka dan murah dengan senyuman....jangan jadi macam buah kelubi nanti berkerut cepat tua ;P


Termenung fikir bila la kulit nak light balik macam asal......ini la gambar selepas kejadian yang aku citer kat sini Berpanas Tak Ingat Dunia .......pedih woooooo!!! P/S: Gambar candid tak sempat nak smile huihuihui.......tengah dok tunggu nak makan kat Umbai lapar + penat giler tu.....


Tataaaaa!!!


08 February 2012

Hahaha Lawaknya!

Adoiiii lawak kot gambar ni.....aku tengok kawan aku share kat FB so apa kata aku share kat sini plak.....so korang2 yang suka bergambar konon2 nak nampak comel ni hati-hati ok ;P





****************************************
Like page MissNick Collection untuk mendapatkan update dan promosi terkini.

Kejayaan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Sentiasa tabah dan sabar. Insya Allah segala impian menjadi kenyataan :)
 
 ****************************************
 
 

04 February 2012

Mulut Puaka

Haaaaa MULUT PUAKA.......apa tu????? Mulut berhantu ke????? Atau mulut yang ada setan bertenggek lepak-lepak sambil menghasut?????? Lebih kurang la kot.......

Mulut puaka ni ada banyak jenis.......sama ada puaka sesama sendiri atau dengan kata lainnya dengan geng yang dah kenal rapat....ibarat kata-kata puaka itu boleh mengeratkan hubungan......gitu la katanya heheheh........itu lantak la kalau ada yang sakit hati atau terkecik hati pun sesama korang je kan......takde melibatkan orang lain....

Tapi yang tak tahan ni ada yang jenis mengamalkan konsep puaka tanpa mengira sempadan......hahhhh macam mana tu????? Kita yang tak tau apa2......konon ala2 muka tengah innocent dengan jiwa yang suci murni ni terkejut la kan.......eh apahal plak???? Lebih sadis lagi bila si mulut puaka itu langsung tak kenal kita.......dan kita pun tak kenal dia........

Jangan amalkan tau konsep mulut puaka tanpa sempadan ni......melompat2 setan dok menghasut dengan jayanya.......takde faedah pun semua tu banyak kesan negatif ok.....setan pun suka kalau manusia ni berpecah belah.....boleh berdarah jiwa raga orang tau.......

Helloooooo si mulut puaka......tengok gambar kat bawah ni.......macam tu la rupa korang......buruk tak???? Kalau nampak buruk jangan buat lagi ok.....Sekian!






03 February 2012

Berpanas Tak Ingat Dunia

Last Sunday aku pegi Wonderland......wahhhhh bunyi Wonderland tu macam kat obersea je kan....padahal Melaka je pun hahahaha! Punya la seronok main air dari pagi sampai ke petang......tengah-tengah panas terik plak tu.....habis permainan aku main.....yang tinggi yang rendah berpusing-pusing melambung-lambung......last2 pening kepala!

Oh noooo.......aku pegi sana dengan muka yang suci lagi murni tanpa mengenakan sebarang krim or sunblock......petang tu teruk giler muka aku sunburn.....dahi gelap.....pipi ngan hidung jadi merah......rasa dah macam kembar clown kat water park tu je.....

Esok tu pegi keje dengan muka terbakar.....hidung ngan pipi merah......sampai kawan aku ingat aku pakai blusher huihuihui......masuk kelas plak student tanya "miss kenapa ni miss tak sihat ek?"......owh bagus la korang prihatin betul ye hehehe....final exam nanti semua dapat A hahahaha.....eh tak boleh tak boleh ;P

Keesokannya Selasa tu muka menggelupas giler2......ramai kot yang tegur nape muka aku jadi macam tu.....huaaaaaa! Selepas Selasa hari Rabu kan.....lagi teruk habis dahi, hidung ngan pipi menggelupas dengan giat sekali.....bila pegang aku rasa dah macam kulit biawak je.....oopssssss! Disebabkan keadaan muka aku jadi perhatian students and kawan-kawan ofis.....hari Khamis tu sebelum pegi keje aku sental giler2 muka aku......nasib baik tak tertanggal kulit. Sental pakai apa? Pakai jari pun boleh.......time muka basah tu ko sental dengan kelajuan 180 kuasa tenuk......hasilnya tadaaaaaaa walaupun tak selicin macam asal....tapi at least ciri-ciri kebiawakan itu dah hilang.....just nampak menggelupas halus-halus je.....

Hope next week kulit elok la sikit ye.......nak dapatkan warna kulit asal tu maybe ambik masa sebab bukan sunburn sikit2 ni dah tahap kulit jadi pedih....jauh benar beza dengan warna kulit asal.......

Ohhhhh I need whitening cream.......kalau rajin nak pegi cari....kalau malas ko putihkan diri sendiri secara natural la kulit weh!


01 February 2012

Sabarlah Wahai Hati

Thanks so much.......you make my day.......you make me be more stronger than before :) ......Well done!

Manusia asalnya dilahirkan dengan hati, jiwa, dan fikiran yang suci.......sesuci kain putih......bisikan syaitan dan keadaan tertentu telah menyebabkan segalanya menjadi hitam, kotor, busuk......penuh dengan hasad dengki, iri hati, dendam, sakit hati, dan sifat-sifat negatif lain......


Sabarlah wahai hati.......Allah S.W.T bersama kamu......hanya Dia yang menentukan jatuh bangun kamu bukannya manusia.....hanya Dia yang memberi kamu rezeki dan kejayaan bukannya manusia......

Sabar dan tabahlah dalam menempuh kehidupan yang penuh cabaran......dalam usaha untuk mencapai kejayaan......terlalu banyak manusia bertopengkan syaitan yang cuba menjatuhkan kamu kiri, kanan, atas, bawah, depan, belakang.....yang tidak senang melihat kamu.....sabarlah hati kerana akan ada ganjaran yang terbaik menanti kamu....


Sedarlah hakikat kehidupan di dunia ini......manusia hanya makhluk Allah yang lemah.......kita semua sama sahaja hanya menumpang di bumi milik-Nya.....

Sekian ^_^


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails