11 January 2012

Hulurkan Tangan Ringankan Beban

Salam semua.....baru je berazam nak aktif blogging tapi dah banyak hari tak update new entry hehehe......bukan hangat2 chicken shit tau....cuma fokus kat kerja bagi siap cepat2 semua......so boleh rileks sikit dan tumpukan pada kerja2 lain hehehe.....

Ok sebelum tu nak ucapkan selamat pagi kat semua pembaca2 blog......eh ada ke orang baca blog yang tak seberapa ni?????


Nak tanya korang pernah tak jumpa orang kaya tapi kedekut nak mampus.....kira dalam kategori taik hidung masin la ni? Mesti pernah kan hehe......semua benda berkira walaupun duit seringgit........orang macam ni kan aku rasa mesti nak angkut semua harta masuk kubur kot!

Ni bukan nak cakap pasal orang kaya taik hidung masin ke apa......just nak cakap amalan bersedekah dalam kehidupan kita....


Dalam kita bergembira, berbelanja sesuka hati, shopping sana shopping sini, makan sedap-sedap.....pantang teringin sesuatu terus nak beli........ingatlah masih ada insan yang hidup dalam serba kekurangan.....yang tak mampu nak merasa semua tu.....Apa perasaan kita? Adakah kita hanya memandang tanpa ada rasa simpati atau belas kasihan?

Bantuan kita buat mereka gembira dan tersenyum bahagia......amalkan sedekah dalam kehidupan walaupun sedikit......tak akan miskin hidup kita kalau kongsikan sedikit rezeki dan nikmat dariNya dengan orang lain.....kalau tak mampu dari segi kewangan....boleh bantu dari segi lain........trust me Insya Allah hati tenang, murah rezeki.....

Sekian pesanan khidmat masyarakat dari saya untuk diri sendiri supaya tidak lalai dan alpa dan juga untuk kawan-kawan semua ^_^

"Ringankan Tangan Hulurkan Beban" ......eh2 macam iklan plak ;P


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails