23 January 2012

Baik Mengaku!!! Ya Saya Pernah Buat

Senarai ni aku ambik dari FB......jom cek apa yang selalu kita pernah buat masa kecik2 dulu. Cepat ngaku kalau anda adalah orangnya hahahaha......

Ye aku mengaku! Tulisan merah itu sebagai tanda sokongan atas perbuatan lalu :D

Anda pernah buat salah satunya masa kecil:

1. Buka kipas meja, cakap depan kipas nak dengar suara bertukar.
Hahahaha lucu bila diingat balik.....takde keje dok cakap dan nyanyi sorang2 depan kipas....sekarang tak buat dah :D

2. Naik kereta, tengok bulan & ingat bulan ikut kita.
Lepas tu dok perasan hebatnya aku sampai bulan pun nak ikut ke mana aku pergi.....

3. Naik basikal, boleh lepas tangan dari 'handle', rasa hebat.
Bangga giler dulu dapat buat macam ni siap tunjuk kat kawan2 lagi.....sekarang kalau buat lagi konpem tertonggeng dalam longkang!

4. Masa sekolah, ada orang bagi milo free, lepas ambil sekali, menyamar jadi orang lain, beratur ambil air lagi.
Sedap weh milo dia......pekat! Rugi sape2 yang malu nak ambik lagi hehehe.....aku buat macam ni bukan setakat masa sekolah....last masa kat U time tu pegi Sarawak ada program kat Unimas huihuihui ;P

5. Lukis burung guna huruf 'v'.
Betul kan tapi 'v' yang jenis lembut sikit......'v' lembut?????

6. Lukis matahari di penjuru atas kertas lukisan dan antara bukit.
Then jangan lupa wajib warnakan ngan warna oren.....aku selalu tambah mata, hidung ngan smile.....

7. Masa kecil, fikir bentuk hati yang sebenar macam ni --> ♥
Yang ni aku tak ingat.....yang aku dok fikir kecik2 dulu ini love......

8. Tutup peti ais dengan perlahan, sebab nak tengok bila lampu dia mati.
Masih segar di ingatan sebab selalu buat huahuahua......tapi dulu la!


2 comments:

  1. pengakuan jujur..yang terkhir tu pon anis pernah buat..hehehe

    jom join GA !http://anisaniesa.blogspot.com/2012/01/give-away-anis-aniesa.html

    ReplyDelete
  2. hehehe kan....ada kawan tu terbawak2 sampai ke besar....dh jadi habit katanya huhu ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails