16 December 2011

Kejayaan Terletak Di Tangan Kita

Apabila ditanya "adakah anda mahu berjaya?"...... Jawapannya tentu sekali YES nak berjaya.

Semua orang nak berjaya. Tetapi apabila kejayaan itu tidak diperoleh, lihat dan kaji diri sendiri. Sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup. Apa yang penting ialah usaha yang bersungguh-sungguh.

Dalam usaha kita untuk mencapai kejayaan, mulakan langkah dengan melakukan perubahan yang kecil terlebih dahulu. Sebelum buat sesuatu perkara itu, tanamkan dalam minda dan jiwa dengan kata-kata yang positif. Jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba dan berjuang kerana tiada apa yang mustahil. Selain itu, jangan suka menyalahkan orang lain.

Semangat juga penting supaya kita tidak mudah berputus asa dalam setiap perkara yang dilakukan. Kekuatan seseorang tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.

Lakukan perancangan yang bijak dan betul supaya hidup kita ada matlamat. Kita tahu ke mana arah tujuan kita yang sebenar. Hal ini supaya setiap apa yang kita lakukan berjalan dengan lancar dan sempurna walaupun terpaksa menempuh halangan dan kepahitan. Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal.

Kita perlu ingat bahawa dengan ilmu akan dapat menjaga dan memelihara hidup kita walau di mana jua kita berada. Kedua-duanya sama penting iaitu ilmu dunia dan juga ilmu akhirat. Kesimpulannya jadilah manusia yang sering dahagakan ilmu, sentiasa mengejar ilmu, dan tidak pernah jemu mengejar ilmu sehingga ke akhir hayat. Insya Allah kejayaan akan menjadi milik kita.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails