15 October 2011

Suka Suka Update ;p

Ok last update 30 September......apa nak jadi la....kesian kat blog ni ditinggalkan kesepian tanpa ditemani entri baru kan....suka2 je nak update tak nak update kan ;p

Jadual kelas yang padat.....keje yang banyak....membuatkan aku penat dan takde mood nak update blog kihkihkih......sekarang ni aku tengah menyesuaikan diri selaras dengan penambahan keje baru....sebelum ni hanya fokus dekat bisnes je....sekarang dah tambah keje lain.....banyak benda yang nak kena buat telah memberikan kejutan mental dan fizikal kat aku hahaha....ye la buat banyak keje dalam satu masa ni kan kadang-kadang sangat meletihkan.....aku tak boleh nak tinggalkan bisnes sebab itu jiwa aku.....tinggalkan bisnes maknanya aku kehilangan separuh jiwa tau okeyssss......

Insya Allah lepas ni ok la kot....biasa la mula-mula memang macam ni....dalam proses nak membiasakan diri la ni......hanya satu je yang aku pegang "kesukaran hari ini adalah untuk kesenangan pada hari esok"......aku buat semua ni untuk mencapai cita-cita dan matlamat hidup yang aku pegang kukuh sekukuhnya.....bila penat itu je aku fikir yang secara tak langsung akan memberikan semangat dan perasaan yang positif :)


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails