14 September 2011

Yeayyyy Earnings Dah Kembali

Meh sini nak cerita......dua hari lepas tiba-tiba aku tak boleh nak view aku punya Buffered Earnings kat Nuffnang tu......hanya dapat tengok Metered Earnings dengan Campaigns je.....ok aku rileks je dulu tunggu sehari.......cek2 tengok still dok macam tu jugak......ok entry agak tak best sebab takde gambar bukti......lupa nak print screen hahaha....


So aku pun report la kat Technical Support Nuffnang tu....risau jugak la kan dah la tak berapa nak banyak....boleh plak tiba-tiba hilang tanpa diketahui sebabnya.....


Sekali dah report tu semalam cek la kot2 dah ok......nak tau apa jadi????? Sekali semua hilang daaaa.....Buffered Earnings, Metered Earnings, dan Campaigns. Huaaaaaaa kosong koooo......usahkan nak tengok RM.....kotak-kotak tu pun takde....putih je seputih mata aku yang melihatnya....


So aku biar je la....dalam hati emmm takpe la maybe ada technical problem kot.....baru tadi aku cek tengok-tengok dah ok kembali seperti biasa. Harus la risau kan kot2 terkurang 10 sen ke apa ke hahaha......walaupun income Nuffnang aku tak banyak tapi Alhamdulillah setiap hari nilainya sentiasa berubah naik sikit-sikit....tak statik dengan jumlah tu ok hehe....takpe la sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan......Buffered Earnings yang aku dapat pun tak pernah kurang dari empat sekali dapat....ok la tu untuk blogger macam aku yang update blog ikut mood dan tahap kerajinan ;P

Orang dah dapat banyak income dari Nuffnang...aku baru terhegeh2 nak tempek iklan kat blog.....bukan tak tau pasal Nuffnang...dah tau masa aku blogging guna wordpress tahun 2009 dulu lagi....lepas dua tiga bulan bertukar ke blogspot tu baru ada kesedaran pasal iklan huhuhu....bila blogging sebab suka-suka dan minat ni jadi tak berapa nak kisah sangat pasal iklan....sekarang baru aku nak kisah....so sambil menyelam minum air la gitu kan hehe....

So usia blog ni pun dah setahun lebih....aku harap tahap kerajinan aku pun meningkat la untuk menulis dan berkongsi apa-apa sahaja yang sesuai untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca........ ko ingat ko tu diva meletup ke sampai nak ada pembaca setia...boleh blah haha


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails