14 September 2011

Tujuan Menulis Blog

Apa tujuan aku menulis blog? Nak kata suka menulis sangat tu takde la tapi suka jugak la menulis....erkkkk ntah apa-apa statement....paham-paham je la ek macam mana malas nak explain nanti panjang penat korang baca hahaha.....alasan semata-mata....


Lebih kurang suka menulis lite2 je la + blogging saje untuk suka-suka sebagai hobi mengisi masa lapang......melontarkan apa yang ada dalam minda dan fikiran melalui penulisan....dan berkongsi perkara-perkara yang sesuai dan berfaedah dengan semua readers....tu pun kalau ada yang sudi baca hehehe. Takde la suka menulis bagai nak rak.....seolah-olah bila tak dapat menulis dalam sehari tak senang duduk huhu. Dulu masa start blogging guna platform wordpress....dalam tahun 2009....lepas tu 2010 tukar ke blogspot.


Ye la nak menulis dalam diari atau buku rasa macam tak puas la plak kan. Tapi sebenarnya aku tak suka menulis diary....dalam erti kata diary yang sebenar yang kena tulis pakai pen tu. Ada diary tapi lebih banyak pasal aktiviti pada hari tersebut dan akan datang....kalau takde apa nak buat memang kosong je la kat tarikh tu hehe.


Nak bagitau kan kalau bab-bab menconteng buku ni serah kat aku. Kalau bosan2 takde keje mula tangan aku lukis tu lukis ni....tulis tu tulis ni. Buku-buku aku masa sekolah dan universiti dulu pun ada hasil contengan kat belakang tu hehehe. Asal ada kertas dan pen kat depan memang tangan aku tak reti dok diam. Dalam handbag aku pun wajib ada note book yang kecik tu dengan pen. Bukan apa pun sekadar untuk mencatit apa-apa yang penting. Kadang-kadang time sorang2 tu ada je kata-kata hikmah atau ayat-ayat motivasi yang terlintas di fikiran aku....so time tu la aku akan tulis supaya tak lupa.


Ok dah melalut....nak cakap pasal tujuan menulis blog tapi dah tersasar ke bab conteng2 buku plak hehe. Satu je harapan aku semoga dibukakan 'pintu hati' supaya ada minat menulis bahan-bahan yang bermanfaat sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain. Sekarang ni idea tu ada cuma masanya belum tiba untuk aku realisasikannya. K Tataaaaa ^_^


2 comments:

  1. ooo baru tahu mula dari wordpress ke blogspot... tapi sekarang ramai yang dari blogspot ke wordpress...

    ReplyDelete
  2. tu la sebab guna wordpress free punya kan....klu yg berbayar baru best....banyak benda yg sy nak buat tp tak dapat hehe....blogspot ok skit...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails