02 September 2011

Musim Raya vs Musim Mengawan

Hahaha ntah apa2 tajuk kat atas tu.....tapi betul la kan....sekarang ni musim raya....bila raya ramai para lelaki dan wanita bakal disatukan mean bernikah....

Bermula hari raya yang ketiga bersamaan 3 Syawal.....aku dah mula sibuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan dan juga sedara mara. 4 dan 5 Syawal pun ada jugak....so kira penuh la ni jadual kenduri kawin aku yang perlu dihadiri. Kalau ikutkan selepas tu pun ada lagi......tapi aku dah kena balik KL. So tak dapat la nak pegi melantak gulai kawah idaman nafsu perut aku ni. Takpe insya Allah aku usaha untuk jumpa korang sebelum balik KL tu.....hadiah semua dah siap-siap untuk diberikan kepada yang berhak. Korang jangan bukak cepat2 plak....tunggu lepas kenduri dulu....nanti tak surprise pulok hehehe....

Dan kepada sesiapa yang aku tak sempat nak pergi.....aku mintak maaf banyak2. Aku hanya ada satu badan, dua kaki, dan dua tangan je. Kalau semua tu boleh dipisahkan...dah aku agih-agihkan pergi ke kenduri korang. Ekoran jemputan kenduri yang banyak dalam satu masa dan lokasi yang berbeza dengan jarak yang jauh.....dengan masalah jem yang mengalahkan KL ni. Maka aku hanya dapat pergi ke tempat2 yang dekat je. Kalau aku pergi jugak yang jauh2 tu seharusnya aku tertidur sambil drive....dan itu mengundang bahaya. Kalau jadi apa2 macam mana. Seperti semua sedia maklum aku ni belum kawin hahahaha....so disebabkan aku pun nak kawin jugak macam korang haruslah aku menjaga diri aku dengan baik sekali.

Ok dah stop melalut!!!

So tunggu la sebulan lepas ni sape yang bakal berisi dulu dan dapat title mak buyong kihkihkih......K Tatata!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails