09 September 2011

Kalau Tak Nak Disakiti Dok Diam-Diam

Kadang-kadang manusia ni punya penyakit hati yang agak kronik......tak tau la apa yang bersarang dalam hatinya sehingga menyakiti hati insan lain itu satu kepuasan bagi dirinya. Boleh resah gelisah kot kalau tak buat macam tu kat orang hummm entah la aku pun sukar untuk tafsir apa yang tersirat sebenarnya.

Tapi bila dirinya disakiti tau plak nak marah sana sini. Kalau tak suka disakiti, kenapa harus suka dan suka dan suka menyakiti. Dok diam-diam kan lebih baik tiada hati yang terusik :)

Kesimpulannya kalau kita suka sakiti orang, maksudnya kita juga bersedia untuk disakiti walaupun tanpa kerelaan. Jadi kepada sesiapa yang ada sifat-sifat negatif macam tu, muhasabah diri. Takde faedahnya dok simpan benda-benda macam tu dalam hati. Hati jadi gelap, hidup tak tenang, jiwa jadi sempit. Cuba la bersangka baik dan berbuat baik sesama manusia, takde ruginya. Atau kalau buat baik hilang duit sejuta.....ada sesiapa pernah mengalaminya ke???? Kalau ada cuba bagitau hehehe....takde kan.

Ok sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dari missNick. Ini adalah statement umum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup yang tidak seberapa ni.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails