04 September 2011

Esok Dah Nak Balik KL

Mengumumkan keberangkatan aku ke Kuala Lumpur tomorrow pukul 8 pagi hehehe....


Sepatutnya pagi semalam (Sabtu) aku dah kena balik sana sekali dengan kakak aku......tapi disebabkan ketidakpuasan jiwa berada di kampung yang aku rasakan terlalu singkat.....padahal dah seminggu......biasa la aku kan manusia yang tak pernah puas hahahaha. Maka sibuk la aku mencari kawan2 yang nak balik KL hari Isnin....bukan apa sebab nak tumpang. Susah jugak nak jumpa sebab kebanyakan yang lain balik Sabtu. Nasib baik ada jugak kawan yang tersesat nak balik Isnin so tumpang dia je la hehe.

Liat betul kalau nak balik KL....kalau nak balik kampung takde pikir2 dah...mesti on time punya. Biasa la aku kan berjiwa kedesaan sikit hehehe......ye la sejauh mana pun kita pergi jiwa masih terlekat di tempat kita dibesarkan. Walaupun kampung aku takde ciri-ciri kedesaan seperti dalam drama2 tv tu....tapi tetap best....sebab tu aku kalau pergi ke kampung yang ada suasana kedesaan tu agak sedikit jakun la wahhhh terujanyaaaaa....perasaan aku macam nak guling2 je macam dalam citer Bollywood tu hahaha...


Sebenarnya tengah kemas barang ni. Berenti kejap nak update blog hehe. Ok la nanti sambung update kat KL ye. Nak sambung kemas barang dan nak tidur. K Tataaaaaa jumpa lagi.....doakan semoga perjalanan ini selamat tiba ke destinasi ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails