06 September 2011

Alhamdulillah Selamat

Actually entri ni nak update petang semalam selepas selamat tiba di tempat mencari rezeki ni a.k.a KL.....Tapi ya Allah memang mengantuk yang teramat sangat la. Berpinar-pinar dah mata tengok screen laptop ni hehehe....

So update hari ni je la kan....takpe tak basi lagi ;P

Aku bertolak pagi semalam dalam pukul 8.30 dan sampai sini pukul 5.30 petang. Nasib baik la tak bertolak hari Sabtu atau Ahad....kalau tak faham2 sendiri la macam mana teruknya jem huhu. Semalam pun jem hanya kat Raub dengan Bentong je.


Dah sampai kat MRR2 tu gembiranya rasa hati hehehe sebab rasa rumah dah melambai-lambai kat aku ni. Tak sabar nak balik merebahkan badan kat atas tilam.


Apapun syukur Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sepanjang perjalanan tu menyaksikan beberapa kemalangan jalanraya yang biasa....nasib baik takde yang ngeri2. Ok sambung keje.......Tataaaaa ^_^

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails