30 September 2011

Lama Giler Tak Update

Haiyooooooo macam mana aku boleh tak update blog lama giler ni hahhhhh....last update 14 September.....hari ni dah 30 September.....2 minggu lebih kooooo tinggalkan blog ni......disebabkan esok dah 1 Oktober so aku nak la buat entri penutup untuk bulan ni ok hehehe....

Kesibukan aku membatasi sebarang aktiviti update mengupdate blog....usahkan nak update, nak tengok pun tak sempat......blogwalking pun sama terjejas......start semalam aku sambung balik keje2 blogwalking.......jangan mareeeeee ye kawan-kawan sekalian :D

Serius memang betul-betul takde masa untuk sebarang aktiviti lain selain waktu keje dan bisnes....waktu free yang ada seciput tu aku gunakan untuk rehat walaupun tak puas....so bila masa nak menulis kan sebab otak dah tepu, penat....sebab aku keje menggunakan minda dan pemikiran sepenuhnya....dah balik rumah tu apa lagi idea dan mood pun hilang la hehehe....

Entri dalam draft pun banyak ni....tak sempat nak edit untuk publish.....insya Allah lepas ni aku akan ada masa untuk kembali menatap dan membelai blog kesayangan ni.....banyak benda yang nak dikongsikan.....k Tataaaaa :)

P/S: Sekarang ni hampir2 nak demam sebab tak cukup rehat pulun siapkan keje....tolong la jangan demam sebab ada kelas pagi petang isnin depan huhuhuhu....


14 September 2011

Tujuan Menulis Blog

Apa tujuan aku menulis blog? Nak kata suka menulis sangat tu takde la tapi suka jugak la menulis....erkkkk ntah apa-apa statement....paham-paham je la ek macam mana malas nak explain nanti panjang penat korang baca hahaha.....alasan semata-mata....


Lebih kurang suka menulis lite2 je la + blogging saje untuk suka-suka sebagai hobi mengisi masa lapang......melontarkan apa yang ada dalam minda dan fikiran melalui penulisan....dan berkongsi perkara-perkara yang sesuai dan berfaedah dengan semua readers....tu pun kalau ada yang sudi baca hehehe. Takde la suka menulis bagai nak rak.....seolah-olah bila tak dapat menulis dalam sehari tak senang duduk huhu. Dulu masa start blogging guna platform wordpress....dalam tahun 2009....lepas tu 2010 tukar ke blogspot.


Ye la nak menulis dalam diari atau buku rasa macam tak puas la plak kan. Tapi sebenarnya aku tak suka menulis diary....dalam erti kata diary yang sebenar yang kena tulis pakai pen tu. Ada diary tapi lebih banyak pasal aktiviti pada hari tersebut dan akan datang....kalau takde apa nak buat memang kosong je la kat tarikh tu hehe.


Nak bagitau kan kalau bab-bab menconteng buku ni serah kat aku. Kalau bosan2 takde keje mula tangan aku lukis tu lukis ni....tulis tu tulis ni. Buku-buku aku masa sekolah dan universiti dulu pun ada hasil contengan kat belakang tu hehehe. Asal ada kertas dan pen kat depan memang tangan aku tak reti dok diam. Dalam handbag aku pun wajib ada note book yang kecik tu dengan pen. Bukan apa pun sekadar untuk mencatit apa-apa yang penting. Kadang-kadang time sorang2 tu ada je kata-kata hikmah atau ayat-ayat motivasi yang terlintas di fikiran aku....so time tu la aku akan tulis supaya tak lupa.


Ok dah melalut....nak cakap pasal tujuan menulis blog tapi dah tersasar ke bab conteng2 buku plak hehe. Satu je harapan aku semoga dibukakan 'pintu hati' supaya ada minat menulis bahan-bahan yang bermanfaat sebagai panduan untuk diri sendiri dan orang lain. Sekarang ni idea tu ada cuma masanya belum tiba untuk aku realisasikannya. K Tataaaaa ^_^


Yeayyyy Earnings Dah Kembali

Meh sini nak cerita......dua hari lepas tiba-tiba aku tak boleh nak view aku punya Buffered Earnings kat Nuffnang tu......hanya dapat tengok Metered Earnings dengan Campaigns je.....ok aku rileks je dulu tunggu sehari.......cek2 tengok still dok macam tu jugak......ok entry agak tak best sebab takde gambar bukti......lupa nak print screen hahaha....


So aku pun report la kat Technical Support Nuffnang tu....risau jugak la kan dah la tak berapa nak banyak....boleh plak tiba-tiba hilang tanpa diketahui sebabnya.....


Sekali dah report tu semalam cek la kot2 dah ok......nak tau apa jadi????? Sekali semua hilang daaaa.....Buffered Earnings, Metered Earnings, dan Campaigns. Huaaaaaaa kosong koooo......usahkan nak tengok RM.....kotak-kotak tu pun takde....putih je seputih mata aku yang melihatnya....


So aku biar je la....dalam hati emmm takpe la maybe ada technical problem kot.....baru tadi aku cek tengok-tengok dah ok kembali seperti biasa. Harus la risau kan kot2 terkurang 10 sen ke apa ke hahaha......walaupun income Nuffnang aku tak banyak tapi Alhamdulillah setiap hari nilainya sentiasa berubah naik sikit-sikit....tak statik dengan jumlah tu ok hehe....takpe la sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan......Buffered Earnings yang aku dapat pun tak pernah kurang dari empat sekali dapat....ok la tu untuk blogger macam aku yang update blog ikut mood dan tahap kerajinan ;P

Orang dah dapat banyak income dari Nuffnang...aku baru terhegeh2 nak tempek iklan kat blog.....bukan tak tau pasal Nuffnang...dah tau masa aku blogging guna wordpress tahun 2009 dulu lagi....lepas dua tiga bulan bertukar ke blogspot tu baru ada kesedaran pasal iklan huhuhu....bila blogging sebab suka-suka dan minat ni jadi tak berapa nak kisah sangat pasal iklan....sekarang baru aku nak kisah....so sambil menyelam minum air la gitu kan hehe....

So usia blog ni pun dah setahun lebih....aku harap tahap kerajinan aku pun meningkat la untuk menulis dan berkongsi apa-apa sahaja yang sesuai untuk tatapan diri sendiri dan juga pembaca........ ko ingat ko tu diva meletup ke sampai nak ada pembaca setia...boleh blah haha


Cara Untuk Bertenang Dan Mengawal Emosi

Ok artikel di bawah ni aku ambil dari FB kawan aku, Joe, seorang guru Bimbingan dan Kaunseling di sebuah sekolah di Manjung, Perak. Dah baca sampai habis tu rasa macam best plak untuk dikongsikan dekat sini sebagai panduan untuk aku sendiri dan juga para pembaca lain.
___________________________________________________________________

1. Mulakan dengan niat.

Untuk bertenang selalu dan untuk membina ketenangan dalam diri, mulakan dengan niat. Kenapa Anda mahu bertenang? Mesti ada sebabnya kan. Sebagai contoh, Anda mahu bertenang mungkin sebab Anda mahu mengelak dari stress, mungkin sebab Anda mahu melatih diri supaya bertenang selalu atau simply Anda mahu merasai ketenangan dalam apa jua perkara yang Anda lakukan.

2. Longgarkan otot, longgarkan sendi, longgarkan urat kening.

Elak dari mengerut kening ketika Anda sedang merenung, sedang berfikir atau ketika sedang melihat pada sesuatu misalnya skrin komputer atau skrin projektor. Jangan biaskaan diri mengerut kening sebab pergerakan otot kening ketika dikerutkan akan membuat Anda tertekan. Hal ini akan menyebabkan minda Anda terlalu fokus. Bila sudah terlalu fokus, tak ada ketenangan sebab minda Anda dipengaruhi oleh kerisauan dan kekelamkabutan. Sebaiknya, saat membaca sesuatu, merenung atau memikirkan sesuatu, cuba relaks. Bawak diri bertenang.

3. Kawal emosi.

untuk bertenang adalah dengan bersabar. Bukan kawal marah, tapi bersabar. Ketika bersabar, Anda menahan diri supaya bertenang. Ketika menahan marah, Anda masih nampak marah cuma dalam amaun yang ditapis-tapis. Anda masih menampakkan marah diwajah Anda. Ketika bersabar, Anda memujuk diri Anda supaya bertenang tanpa ada keinginan mahu menampakkan yang Anda sedang marah tapi ditahan-tahan. Bina ketenangan dengan melatih diri untuk sentiasa bersabar. Kawal emosi dengan mengamalkan sikap bersabar.

4. Pernafasan.
Pernafasan terarah membuat Anda merasa tenang. Untuk melatih diri bertenang ketika jiwa Anda kacau bilau, tarik nafas melalui hidung, tahan sehingga 3 saat kemudian hembus perlahan-lahan melalui hidung juga. Ketika menarik nafas, penuhkan rongga dada dengan udara sehingga tak termampu, tahan 3 saat lepas tu hembus perlahan-lahan sehingga tak ada lagi yang tinggal. Ulang sebanyak 7 kali untuk impak maksima. Anda boleh lakukan teknik ni ketika membaca, memasak, memotong sayur, memandu, menaiki bas, ketika dalam lif, ketika dalam mesyuarat atau ketika sedang berbincang dengan seseorang.

5. Sembahyang.
Sembahyang dapat membina ketenangan. Ketika sembahyang, hati Anda, jiwa, fikiran dan minda dapat di tenangkan kerana Anda perlu khusyuk. Anda tak akan dapat merasai kekhusyukan sembahyang jika Anda tidak tenang. Cara paling baik untuk membina ketenangan dalam diri adalah melalui sembahyang.

6. Elak berpeluk tubuh.

Ketika sedang berpeluk tubuh, Anda sedang berada dalam posisi DEFENSIF. Mungkin Anda sudah terbiasa berpeluk tubuh ketika sedang menunggu,ketika menonton wayang, ketika berjalan, ketika duduk atau ketika sedang bercakap. Tahukah Anda berpeluk tubuh tak akan membuat Anda merasa tenang langsung? Solusi kepada hal ni adalah dengan menekup kedua-dua tangan di bahagian tapak lalu meletaknya di bahagian hadapan seperti mahu menyalam seseorang dengan kedua-dua tangan. Sebagai contoh, lihat kepada posisi tangan Dr. Irfan Khairi setiap kali dia ditemubual. Tangan kiri dan tangan kanannya diletak di bahagian hadapan kemudian ditemukan di bahagian tapak tangan seolah-olah mahu bersalaman. Cara ini membuat Anda merasa tenang, mengawal gugup, membuat fikiran jadi lebih rasional.

7. Dekat dengan orang yang tenang selalu.

Dekatkan diri selalu dengan orang yang tenang. Orang camni biasanya tak suka marah, tak suka bersuara tinggi dan sentiasa hormat pada orang lain tanpa mengira darjat, pangkat atau status. Bila Anda dekat dengan orang yang tenang, Anda juga akan merasa tenang. Terlihat wajahnya terasa ada getara di dalam jiwa kesan dari pancaran ketenangan yang terpamer di mukanya.

8. LET GO.

Ini adalah langkah terpenting. Let go semua masalah-masalah di fikiran. Lepaskan pergi semua kerisauan. Tinggalkan semua kegusaran. Lupakan hal-hal yang membuat Anda tertekan. Lupakan. Lepaskan pergi untuk seketika. Tarik nafas. LET Go untuk 3-5 jam seterusnya. Anda akan merasa tenang. Setelah itu fikirlah balik segala perkara yang Anda mahu fikir. Anda akan mendapat idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah, Anda akan dapat ilham bagaimana mengatasi kegusaran, Anda akan mendapat suntikan inspirasi untuk mengatasi perkara-perkara yang membuat Anda tertekan.

Ketenangan membuat minda Anda bertindak cemerlang. Ketenangan juga baik untuk mengekalkan motivasi serta mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Dalam perhubungan sesama manusia, ketenangan membuat Anda disenangi orang.
Dalam perhubungan antara Anda dengan Tuhan, pasti Anda dirahmati olehNYA.

12 September 2011

Setiap Aturan Hidup Itu Adalah Yang Terbaik

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.



Gambar sekadar hiasan. Tak tau nak kredit kat sape sebab dah lama sangat ada dalam simpanan aku ni hehe;P



P/S: Thanks to kawan aku Ryn Saad sebab share ni kat FB....dan aku share kat sini plak tau Ryn.....sebagai renungan kita bersama :)


09 September 2011

Kalau Tak Nak Disakiti Dok Diam-Diam

Kadang-kadang manusia ni punya penyakit hati yang agak kronik......tak tau la apa yang bersarang dalam hatinya sehingga menyakiti hati insan lain itu satu kepuasan bagi dirinya. Boleh resah gelisah kot kalau tak buat macam tu kat orang hummm entah la aku pun sukar untuk tafsir apa yang tersirat sebenarnya.

Tapi bila dirinya disakiti tau plak nak marah sana sini. Kalau tak suka disakiti, kenapa harus suka dan suka dan suka menyakiti. Dok diam-diam kan lebih baik tiada hati yang terusik :)

Kesimpulannya kalau kita suka sakiti orang, maksudnya kita juga bersedia untuk disakiti walaupun tanpa kerelaan. Jadi kepada sesiapa yang ada sifat-sifat negatif macam tu, muhasabah diri. Takde faedahnya dok simpan benda-benda macam tu dalam hati. Hati jadi gelap, hidup tak tenang, jiwa jadi sempit. Cuba la bersangka baik dan berbuat baik sesama manusia, takde ruginya. Atau kalau buat baik hilang duit sejuta.....ada sesiapa pernah mengalaminya ke???? Kalau ada cuba bagitau hehehe....takde kan.

Ok sekian sahaja pesanan khidmat masyarakat dari missNick. Ini adalah statement umum berdasarkan pemerhatian dan pengalaman hidup yang tidak seberapa ni.

CLEARANCE SALE???? Korang Suka????

Aku tak nak cakap banyak.....aku cuma nak bagitau yang missNick Collection sekarang ni tengah buat CLEARANCE SALE


Harga untuk setiap item memang sangat2 la murah ok.....berbaloi-baloi la hehehe...

Selepas balik dari cuti bercuti mencutikan diri sempena raya selama 10 hari ni....aku memutuskan untuk let go beberapa stock yang memang dah sangat2 limited ni dengan harga yang sangat2 murah tau....



Now kita cuci2 dulu stock yang ada ok.....stock baru akan menyusul kemudian tapi tak confirm bila sebab aku sekarang ni agak busy dengan preparation as a psychology lecturer......intensive revision tau sekarang ni hahaha.....ada beberapa hari lagi sebelum semester bermula....apapun aku sangat2 bersyukur tak terhingga akhirnya aku berjaya capai salah satu impian ini....hadiah Syawal yang cukup bermakna....Alhamdulillah aturan hidup yang aku tetapkan sendiri berjalan dengan tersusun berkat doa, usaha, dan kesabaran yang tak pernah putus.....gembira dan terharu tak terkata ni tau ;P.....aku harap dapat menjadi seorang pendidik yang baik dalam berkongsi ilmu yang ada ni :)

Boleh dikatakan kebanyakan impian2 dan matlamat2 yang aku tetapkan setakat hari ini dah tercapai sama ada cepat atau lambat.....yang penting kita mesti sentiasa positif. Jangan hari ni tanam, esok dah mengharapkan hasil. Apa yang selalu aku amalkan dalam hidup ni adalah jangan sesekali MERUNGUT, MENGELUH walau susah macam mana sekalipun. Mesti selalu bersyukur.....Insya Allah hidup kita tenang dan lapang. Now usaha untuk matlamat seterusnya.....perancangan harus rapi bergantung kepada keadaan hehe....waaaaaa nak kawin hahahaha....


Salam Syawal untuk semua.....sayang korang ^_^ Tataaaaa


06 September 2011

Tuhan Berikan Aku Cinta

Jom layan dan hayati lagu ni ^_^







Best kan lagu ni......thanks TheMissAmy89 yang upload ni kat Youtube.....siap dengan lirik dan kata-kata lain yang sungguh indah.

"Tuhan Berikan Aku Cinta"


Alhamdulillah Selamat

Actually entri ni nak update petang semalam selepas selamat tiba di tempat mencari rezeki ni a.k.a KL.....Tapi ya Allah memang mengantuk yang teramat sangat la. Berpinar-pinar dah mata tengok screen laptop ni hehehe....

So update hari ni je la kan....takpe tak basi lagi ;P

Aku bertolak pagi semalam dalam pukul 8.30 dan sampai sini pukul 5.30 petang. Nasib baik la tak bertolak hari Sabtu atau Ahad....kalau tak faham2 sendiri la macam mana teruknya jem huhu. Semalam pun jem hanya kat Raub dengan Bentong je.


Dah sampai kat MRR2 tu gembiranya rasa hati hehehe sebab rasa rumah dah melambai-lambai kat aku ni. Tak sabar nak balik merebahkan badan kat atas tilam.


Apapun syukur Alhamdulillah semuanya selamat walaupun sepanjang perjalanan tu menyaksikan beberapa kemalangan jalanraya yang biasa....nasib baik takde yang ngeri2. Ok sambung keje.......Tataaaaa ^_^

04 September 2011

Esok Dah Nak Balik KL

Mengumumkan keberangkatan aku ke Kuala Lumpur tomorrow pukul 8 pagi hehehe....


Sepatutnya pagi semalam (Sabtu) aku dah kena balik sana sekali dengan kakak aku......tapi disebabkan ketidakpuasan jiwa berada di kampung yang aku rasakan terlalu singkat.....padahal dah seminggu......biasa la aku kan manusia yang tak pernah puas hahahaha. Maka sibuk la aku mencari kawan2 yang nak balik KL hari Isnin....bukan apa sebab nak tumpang. Susah jugak nak jumpa sebab kebanyakan yang lain balik Sabtu. Nasib baik ada jugak kawan yang tersesat nak balik Isnin so tumpang dia je la hehe.

Liat betul kalau nak balik KL....kalau nak balik kampung takde pikir2 dah...mesti on time punya. Biasa la aku kan berjiwa kedesaan sikit hehehe......ye la sejauh mana pun kita pergi jiwa masih terlekat di tempat kita dibesarkan. Walaupun kampung aku takde ciri-ciri kedesaan seperti dalam drama2 tv tu....tapi tetap best....sebab tu aku kalau pergi ke kampung yang ada suasana kedesaan tu agak sedikit jakun la wahhhh terujanyaaaaa....perasaan aku macam nak guling2 je macam dalam citer Bollywood tu hahaha...


Sebenarnya tengah kemas barang ni. Berenti kejap nak update blog hehe. Ok la nanti sambung update kat KL ye. Nak sambung kemas barang dan nak tidur. K Tataaaaaa jumpa lagi.....doakan semoga perjalanan ini selamat tiba ke destinasi ^_^

02 September 2011

Musim Raya vs Musim Mengawan

Hahaha ntah apa2 tajuk kat atas tu.....tapi betul la kan....sekarang ni musim raya....bila raya ramai para lelaki dan wanita bakal disatukan mean bernikah....

Bermula hari raya yang ketiga bersamaan 3 Syawal.....aku dah mula sibuk menghadiri majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan dan juga sedara mara. 4 dan 5 Syawal pun ada jugak....so kira penuh la ni jadual kenduri kawin aku yang perlu dihadiri. Kalau ikutkan selepas tu pun ada lagi......tapi aku dah kena balik KL. So tak dapat la nak pegi melantak gulai kawah idaman nafsu perut aku ni. Takpe insya Allah aku usaha untuk jumpa korang sebelum balik KL tu.....hadiah semua dah siap-siap untuk diberikan kepada yang berhak. Korang jangan bukak cepat2 plak....tunggu lepas kenduri dulu....nanti tak surprise pulok hehehe....

Dan kepada sesiapa yang aku tak sempat nak pergi.....aku mintak maaf banyak2. Aku hanya ada satu badan, dua kaki, dan dua tangan je. Kalau semua tu boleh dipisahkan...dah aku agih-agihkan pergi ke kenduri korang. Ekoran jemputan kenduri yang banyak dalam satu masa dan lokasi yang berbeza dengan jarak yang jauh.....dengan masalah jem yang mengalahkan KL ni. Maka aku hanya dapat pergi ke tempat2 yang dekat je. Kalau aku pergi jugak yang jauh2 tu seharusnya aku tertidur sambil drive....dan itu mengundang bahaya. Kalau jadi apa2 macam mana. Seperti semua sedia maklum aku ni belum kawin hahahaha....so disebabkan aku pun nak kawin jugak macam korang haruslah aku menjaga diri aku dengan baik sekali.

Ok dah stop melalut!!!

So tunggu la sebulan lepas ni sape yang bakal berisi dulu dan dapat title mak buyong kihkihkih......K Tatata!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails