20 August 2011

Segalanya Bermula Dengan Minat

Ok aku tak nak menceceh membebel panjang-panjang.....kita straight to the point ye.

Aku selalu diajukan pertanyaan "macam mana nak tambah pendapatan ek?"....."aku nak berniaga la"

Jawapan aku simple je "apa yang kamu minat?"......"apa yang kamu mampu dan rasa boleh lakukan?"......"apa jenis perniagaan yang kamu enjoy bila buat?"

Tapi bila cakap je pasal bisnes online dan apa yang perlu dilakukan, maka keluar la segala negative words "eh aku tak pandai la"....."susah la"....."ala lecehnya"..."aku tak minat la"...."ada tak cara lain lagi tak yang senang untuk tambah pendapatan".

Bisnes online ni hanya susah masa starting tu je. Ye la nak naikkan produk kita, nak bagi orang kenal kita, nak dapatkan kepercayaan customer, dan sebagainya. Selepas dah dapat semua tu, kita usaha la untuk maintain kalau nak bertahan lama. Naik turun tu biasa la adat dalam bisnes.

Apabila dicadangkan bisnes offline di tempat kerja. Jawapannya ialah "malu la"....."takut tak laku la".

Ok kalau tak minat bisnes yang bagi aku amat senang nak buat hanya perlukan kesungguhan je. Jadi aku cadangkan cara lain. Jawapannya tetap sama, "tak faham"..."apa benda tu tak penah dengar pun". Ini boleh dimaafkan la sebab bukan semua orang tau.

Kalau belum mula apa-apa lagi dah pahatkan something yang negatif dalam minda, dalam hati.....macam mana kamu nak bermula dengan baik kan.

Fikir-fikirkan la, tanya hati apa sebenarnya yang kamu inginkan. Jika belum apa-apa lagi dah fikir negatif, duduk la kamu di situ sampai ke sudah takde kemajuan, takde perubahan.

Perkara pertama yang perlu ada sebelum lakukan sesuatu adalah MINAT. Kalau kamu tak minat bisnes macam mana nak bertahan lama. Takkan nak buat hangat-hangat taik ayam kan....dengan semangat yang tak berapa nak ada...kejap ok kejap tak ok. Tapi kalau minat tu ada sikit-sikit dan kesungguhan untuk tambah income tu tinggi, semangat untuk buat keje tu akan datang dengan sendiri. Kalau tak minat tapi hati kuat nak belajar, selalu fikirkan positif, insya Allah minat tu akan timbul dalam diri kita.

Macam aku sendiri, bukan semua benda aku minat dan ada tu langsung tak terfikir nak buat. Tapi aku jenis suka mencuba sesuatu yang aku rasa boleh buat atau yang ada minat sikit-sikit. Lama-lama jadi enjoy tau. Bila kita ada minat dan kesungguhan, benda tu akan 'melekat' dengan kita tau.

Apabila benda yang kita lakukan tu mendatangkan hasil, secara automatik kita akan jadi seronok dan berusaha dengan lebih baik untuk hasil yang lebih tinggi. Jadi kalau awal-awal lagi kita dah malas nak cuba, macam mana nak tau hasilnya kan.

Jadi fikir-fikirkan la. Hasil yang baik adalah datang dari permulaan yang baik. Sekian ^_^

2 comments:

  1. semua benda perlukan minat kan?
    ingat ke nak belajar je perlukan minat.
    nak berbiaga pon perlukan minat..

    berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian.
    bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.

    selamat berpuasa ;)

    ReplyDelete
  2. yup betul tu...apa saja yg kita nk buat perlu ada minat baru la enjoy kn...

    selamat berpuasa juga dan selamat menyambut hari raya yang bakal tiba :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails