20 August 2011

Cari Apabila Ada Kepentingan

Mesti sape2 pun pernah alami kan....korang akan dicari oleh kawan-kawan apabila ada kepentingan je.....tapi bukan aku maksudkan semua kawan-kawan macam tu....hanya segelintir je.

Kawan yang selalu kita dok jumpa, berhubung, atau apa saja kiranya kerap dengar khabar berita, itu tak heran la kan.

Tapi ini kawan yang sangat-sangat jarang bertanya khabar atau berhubung.....dengan kata lainnya jenis yang muncul dua tiga tahun sekali ni. Tiba-tiba muncul dalam hidup korang bertanya khabar. Selalu la kan.....selalu hehehe mesti ada agenda. Bukan aku nak fikir negatif atau berprasangka bukan2 tapi itu kenyataan yang selalu jadi kat aku.

Mesti takde keje lain. Hanya satu tujuan je....nak ajak masuk MLM, skim-skim pelaburan atau apa2 je la yang berkaitan dengan duit hehehe.

Takpe aku rileks layan je la mula2 tu. Tapi kesudahannya orang tu akan mengalah dan konpem tak akan ajak dan bercakap pasal tu lagi dengan aku huahuahua.

Nak psiko aku....nak brainwash aku ye :D :D :D

Jawapannya kena psiko secara halus dengan aku. Ingat korang je ke pandai psiko.....aku pun pandai jugak tau hahaha. Tapi takde la sampai nak hentam-hentam ye dok. Hati orang kena jaga jugak. Aku cakap selamba biasa je. Skill yang ada kena la dipraktikkan ye hehehe.

Ye memang aku tak minat dan tak suka benda-benda macam ni. Tapi aku tetap baca, ambik tau, dan kaji. So don't simply nak kecek2 me ok.....sebab kalau benda yang memang aku tak nak, pujuk macam mana pun memang aku tak nak la hehe. Sekian ^_^

2 comments:

  1. "Hey bro...! lama tak jumpa! Jum kita ngeteh malam ni...?"

    Tu sah ayat nak ajak masok MLM...

    haha!

    ReplyDelete
  2. hahaha uncle mesti slalu kena ni....lps ngeteh2 ckp x minat lepas tu balik haha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails