23 August 2011

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung???? Macam pelik je tajuk hahaha.....seriusly aku tak reti nak buat tajuk cantik2 tapi nasib baik setiap kali exam besar masa sekolah dulu selalu dapat A....start dari UPSR sampai la ke STPM.

Sebenarnya maksud aku bukan kampung tu merata-rata tempat la....nak spesifik semua kan panjang plak tajuknya.

Nak cakap pasal beza makan time buka puasa dan bersahur. Dulu masa zaman kecik2, sekolah, sampai la habis STPM....aku dok kat kampung. Senang katanya tinggal dengan family sendiri. Tiap kali bulan puasa memang tak miss la makan nasi 2 kali sehari iaitu time buka puasa dengan sahur tu.....dan pastinya lauk yang meriah.

Lepas STPM masuk U nun jauh di seberang South China Sea.....maka nasi itu tidak lagi menjadi keutamaan setiap kali berbuka dan bersahur. Time berbuka tu je la selalu makan nasi sebab balik kelas petang singgah kafe dulu. Time bersahur tu hahaha susah benor nak bangun. Kalau nak makan nasi pukul 3 pagi dah kena turun kafe....kat Sabah kan imsak awal. Selalunya makan je la apa yang ada kat bilik tu.

Sekarang ni lagi la kat KL makin la bertambah tak berapa rajinnya nak makan nasi time bulan puasa. Aku prefer makan kuih je......nasi tengok mood la. Selalunya 2 in 1 terus....untuk berbuka dan sahur sekali. Time buka puasa kat luar dengan kawan2 je aku bantai makan macam2.

Kesimpulannya baru aku tau tak makan nasi pun takpe......ingatkan bila tak makan tu boleh buat aku lembik separuh mati ke apa. Dulu siap cakap lagi kat sape2 yang tak makan nasi "eh korang tak penat ke, ke tak lapar ke", "aku tak boleh la nanti lapar giler bla bla bla"......hahaha...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails