21 August 2011

Berkongsi Itu Satu Kepuasan

Berkongsi Itu Satu Kepuasan?????

Opssss jangan salah faham......tak semua benda kita sanggup berkongsi kan hehe ;P

Bagi aku sendiri la adalah satu kepuasan apabila dapat berkongsi apa sahaja ilmu dan pengetahuan yang aku ada dengan sesiapa yang sudi nak tau. Takkan orang tak minat nak tau pun kita sibuk2 nak bagitau plak kan huhu.

Apa sahaja yang aku baca dan sesuai untuk dikongsi, aku akan cuba curi masa untuk taip balik kat sini. Penat???? Takde....sikit pun tak penat, malah rasa sangat happy.....dan itu juga merupakan satu terapi untuk aku. So, semalam aku dah buat list untuk setiap sharing kat atas blog ni. Senang untuk readers dan juga aku sendiri untuk merujuk setiap satu tu bila-bila masa je....tak payah nak godek2 scroll sampai habis.

Dan ada jugak sharing tu hasil dari tulisan aku sendiri. Hasil dari pengalaman, pengajaran, ilmu, pengetahuan, pemerhatian, dan sebagainya. Aku akan cuba zahirkan melalui penulisan. Sepanjang hidup ni, dah berjalan merata2, banyak terlibat dengan aktiviti2 kebajikan, sosial dan komuniti, jumpa dan bergaul dengan macam2 orang....banyak la benda yang nak ditulis. Tapi depend kepada masa dan mood otak aku time tu la hahaha....

Tak luak pun apa yang kita ada kalau berkongsi kan.....malah semakin bertambah. Buat apa nak kedekut2 ni bukannya dapat untung pun kan kan kan.

2 comments:

  1. sharing is caring.
    tapi kena tengok jga benda apa yang nak dikongsikan kan..
    have a good day.
    selamat berpuasa.

    ReplyDelete
  2. hehe tu la....apa2 yg berfaedah je la kita kongsi....benda2 personal simpan sendiri huhu...

    selamat berpuasa :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails