24 August 2011

Baju Raya Tak Beli Lagi wawawaaaaaa

Hari ni dah 24 Ramadhan.....bererti lagi seminggu kita nak menyambut Syawal kan. Hari kemerdekaan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Apabila Ramadhan dah berada di penghujung ni....kadang-kadang rasa sayu pun ada. Adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya......harap-harap dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadat yang mulia ini.

Baju raya aku sehelai pun tak beli lagi tau hehehe. Tengok orang lain dah settle persiapan raya....tapi aku rileks je dulu. Lagipun aku takde nak rushing apa pun.....sebab pakaian mak dengan adik-adik aku dah settle itu dah cukup melegakan aku. Pasal diri sendiri aku tak kisah sangat.

Hari ni my partner cuti so keluar shopping dengan dia je la. Bukannya tak boleh pergi sorang......tapi sebab dah selalu pergi shopping dengan dia rasa macam kurang plak kalau dia takde. Because he's my personal bodyguard.....personal consultant......personal advisor hehehe. Kalau pergi sorang kan takde plak yang nak tolong cakap "eh u baju ni tak sesuai la, ai rasa corak ni ok sikit sesuai dengan trend sekarang"......"u tudung ni matching dengan baju ni"......"kasut ni cantik la, cuba u try test dan jalan"....."selesa tak u"......"handbag ni cantik la nampak elegant, boleh la cuba yang ni".......

Nak keluar shopping dengan kawan-kawan plak takde masalah sebenarnya.....tapi yang lomahnya kena keluar time weekend. Aku tak berapa gemar sangat keluar time weekend dalam keadaan sekarang ni. Orang ramai yang teramat sangat la....sudahnya aku pening tak boleh nak memilih dan balik dengan tangan kosong. So weekdays la yang paling terbaik kan hehe...

Nasib baik la partner aku ni jenis kaki shopping jugak dan agak terbuka dengan trend fesyen pakaian perempuan ni. So takde masalah dalam memberikan pendapat.

Tema raya tahun ni adalah wassatiyah. Aku nak yang simple2 je. Tak nak yang vogue2....merelip2 ni. Nak cari baju kurung biasa or moden tanpa manik. Cukup la kot sepasang baju kurung, tudung, sepasang kasut, dan handbag. Ada lagi beberapa helai baju kurung aku yang hanya dipakai sekali dua selama 2,3 jam je. Maka untuk penjimatan boleh la pakai balik yang tu hehehe.

Misi hari ni adalah meredah KL mencari semua barang yang dihajati. Harap ketemu la ye. Bye...... ^_^

2 comments:

  1. betul tu, akak pun simple2 aje tahun ni. biar anak2 lebih, maknye takpe..hehehe

    ReplyDelete
  2. tu la kan kak....sejak dh besar ni mcm tak kisah sangat pasal baju raya....bila kita dok beli baju kat orang2 yg kita sayang tu pun dh cukup buat kita happy :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails