29 August 2011

Aku Sibuk Tapi Tetap Nak Update

Aku tak sempat nak update blog sejak sampai kampung ni. Aku sampai pagi 27hb....setelah melalui perjalanan selama 10 jam. Nasib baik tak jem sangat walaupun kereta banyak.

Merujuk kepada tajuk di atas....walaupun agak sibuk sikit. Aku nak update jugak walaupun sikit. Kira update last la ni untuk bulan Ogos. Esok lusa konpem la dah tak sempat kan huhu.

Sebenarnya aku baru balik dari bandar ni beli barang-barang untuk raya. Orang ramai gilerrrrr bersesak-sesak....kat bank....kat atas jalan jem...merata-rata la. Nasib baik pegi dengan motor je....kalau naik kereta maybe sekarang ni aku tak sampai rumah lagi kot. Naik motor senang boleh cilok2...time ni la nak naik motor. Kalau dah balik KL nanti dah tak boleh merasa naik motor sebab takde kat sana. Nak beli orang tu tak bagi katanya bahaya perempuan naik motor. Sayang katanya haha....

Dah takde apa nak cakap.....itu je...nak sambung buat keje....

Tatatata.....Salam Aidilfitri dari saya :)

P/S: Ucapan raya tak perlu panjang2....dah ada kat sticky post atas tu...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails