26 August 2011

Akhirnya Mop Pulang Ke Pangkuan Tuannya

Disyaki mop yang ada kat ground floor adalah mop aku....sebab didapati hilang dari balkoni....ntah bila masa jatuh pun tak tau....nasib tak jatuh atas kepala orang hahahaha...


Aku tau nak nangis ke nak gelak. Beberapa hari lepas aku ada mop rumah ni. Lepas mop tu aku rendam la mop tu dalam baldi dengan sabun....dah agak bersih tu aku keringkan la dekat balkoni. Tapi bukan sangkut kat tempat sidai baju.....aku sangkut kat tembok balkoni tu hahahaha.

Dua hari lepas iaitu Rabu malam tu.....masa balik dari sesi shopping menyoping aku terkejut ingatkan binatang apa kaler putih gebu bertenggek kat atas tangga kat depan parking kete. Rupanya mop hahaha.....aku apalagi dalam hati membebel "sape la suka2 hati letak mop merata-rata ni takde kesedaran sivik langsung. Kalau dah tak nak guna tu buang je la dalam tong sampah kan".

Dah masuk dalam rumah tu kawan aku tanya mana mop......dia nak mop air tumpah ke apa entah. Aku cakap ada kat balkoni. Rupa-rupanya takde hahaha.....terus teringat mop yang aku nampak kat tangga tu. Mop aku ke tu?????? Fikir2 balik betul la tu aku punya sebab balkoni rumah aku betul-betul mengadap private parking......dan mop tu dijumpai kat depan tu hahaha. Empat belas ratus kali fikir nak turun ambik ke tak. Ahhhh biar je la sebab time tu dah tengah malam plus penat kepala lutut dah bergegar disebabkan aktiviti shopping pada hari tersebut.

Pagi tadi turun bawah tengok mop tu ada lagi kat tangga. Aku apalagi tengok kiri kanan depan belakang terus ambik bawak masuk rumah la hehehehe.


Ni la dia mop itu


P/S: Nasib baik sangkut mop je bukan dengan batangnya sekali.....kalau tak naya je jatuh gedebuk ke bawah....abis ler rosak pokok2 bunga orang bawah hehehe....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails