31 August 2011

Selamat Hari Merdeka

Hari ni 31 Ogos 2011....bermakna hari merdeka kan....


Walaupun dah petang rasanya masih tidak terlewat untuk aku wish Happy Merdeka Day kepada semua.....syukur Alhamdulillah dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia.....dengan erti kata lainnya menjadi rakyat Malaysia. Negara yang aman dan makmur. Harap keamanan dan kemakmuran ini berkekalan sampai bila2....



So, learn to love Malaysia like as you love yourself. Tataaaaaa!!!!


P/S: Sesiapa yang tidak sukakan Malaysia....yang suka buat kacau....boleh angkut beg pindah negara lain hehehehe ;P

Salam Aidilfitri

Sticky post sampai raya....untuk entri lain sila selak2 ke bawah ye :)


Assalamualaikum......

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kaum keluarga, saudara mara, sahabat handai, kawan2 yang jauh dan dekat, para pelanggan missNick Collection, kawan2 Facebook, Twitter, Blog, dan sesiapa sahaja yang mengenali diri ini........saya ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada terkasar bahasa, tersalah bicara sepanjang perkenalan kita semua.


Kepada yang berada jauh dari kampung tu termasuk la saya hehe.....hati-hati memandu ye.....jangan dok bergalok plak kat dalam kete tu. Jangan dok lorat sangat nak sampai kampung.....bawak tak laju pun takpe sampai jugak. Biar lambat asal selamat. Jadilah pemandu yang berhemah.....tak payah nak tunjuk lagak aku hebat di jalanraya ok hehe. INGATLAH INSAN YANG TERSAYANG ^_^



P/S: Ucapan raya ini juga adalah bagi pihak Izwan Shah.....dah banyak hari dia dok suruh buatkan ni tapi saya tak sempat......so semalam dapat hadiah handbag raya terus buat cepat2 hehe....

29 August 2011

Aku Sibuk Tapi Tetap Nak Update

Aku tak sempat nak update blog sejak sampai kampung ni. Aku sampai pagi 27hb....setelah melalui perjalanan selama 10 jam. Nasib baik tak jem sangat walaupun kereta banyak.

Merujuk kepada tajuk di atas....walaupun agak sibuk sikit. Aku nak update jugak walaupun sikit. Kira update last la ni untuk bulan Ogos. Esok lusa konpem la dah tak sempat kan huhu.

Sebenarnya aku baru balik dari bandar ni beli barang-barang untuk raya. Orang ramai gilerrrrr bersesak-sesak....kat bank....kat atas jalan jem...merata-rata la. Nasib baik pegi dengan motor je....kalau naik kereta maybe sekarang ni aku tak sampai rumah lagi kot. Naik motor senang boleh cilok2...time ni la nak naik motor. Kalau dah balik KL nanti dah tak boleh merasa naik motor sebab takde kat sana. Nak beli orang tu tak bagi katanya bahaya perempuan naik motor. Sayang katanya haha....

Dah takde apa nak cakap.....itu je...nak sambung buat keje....

Tatatata.....Salam Aidilfitri dari saya :)

P/S: Ucapan raya tak perlu panjang2....dah ada kat sticky post atas tu...

26 August 2011

Akhirnya Mop Pulang Ke Pangkuan Tuannya

Disyaki mop yang ada kat ground floor adalah mop aku....sebab didapati hilang dari balkoni....ntah bila masa jatuh pun tak tau....nasib tak jatuh atas kepala orang hahahaha...


Aku tau nak nangis ke nak gelak. Beberapa hari lepas aku ada mop rumah ni. Lepas mop tu aku rendam la mop tu dalam baldi dengan sabun....dah agak bersih tu aku keringkan la dekat balkoni. Tapi bukan sangkut kat tempat sidai baju.....aku sangkut kat tembok balkoni tu hahahaha.

Dua hari lepas iaitu Rabu malam tu.....masa balik dari sesi shopping menyoping aku terkejut ingatkan binatang apa kaler putih gebu bertenggek kat atas tangga kat depan parking kete. Rupanya mop hahaha.....aku apalagi dalam hati membebel "sape la suka2 hati letak mop merata-rata ni takde kesedaran sivik langsung. Kalau dah tak nak guna tu buang je la dalam tong sampah kan".

Dah masuk dalam rumah tu kawan aku tanya mana mop......dia nak mop air tumpah ke apa entah. Aku cakap ada kat balkoni. Rupa-rupanya takde hahaha.....terus teringat mop yang aku nampak kat tangga tu. Mop aku ke tu?????? Fikir2 balik betul la tu aku punya sebab balkoni rumah aku betul-betul mengadap private parking......dan mop tu dijumpai kat depan tu hahaha. Empat belas ratus kali fikir nak turun ambik ke tak. Ahhhh biar je la sebab time tu dah tengah malam plus penat kepala lutut dah bergegar disebabkan aktiviti shopping pada hari tersebut.

Pagi tadi turun bawah tengok mop tu ada lagi kat tangga. Aku apalagi tengok kiri kanan depan belakang terus ambik bawak masuk rumah la hehehehe.


Ni la dia mop itu


P/S: Nasib baik sangkut mop je bukan dengan batangnya sekali.....kalau tak naya je jatuh gedebuk ke bawah....abis ler rosak pokok2 bunga orang bawah hehehe....

24 August 2011

Baju Raya Tak Beli Lagi wawawaaaaaa

Hari ni dah 24 Ramadhan.....bererti lagi seminggu kita nak menyambut Syawal kan. Hari kemerdekaan untuk umat Islam setelah sebulan berpuasa. Apabila Ramadhan dah berada di penghujung ni....kadang-kadang rasa sayu pun ada. Adakah kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya......harap-harap dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk meneruskan ibadat yang mulia ini.

Baju raya aku sehelai pun tak beli lagi tau hehehe. Tengok orang lain dah settle persiapan raya....tapi aku rileks je dulu. Lagipun aku takde nak rushing apa pun.....sebab pakaian mak dengan adik-adik aku dah settle itu dah cukup melegakan aku. Pasal diri sendiri aku tak kisah sangat.

Hari ni my partner cuti so keluar shopping dengan dia je la. Bukannya tak boleh pergi sorang......tapi sebab dah selalu pergi shopping dengan dia rasa macam kurang plak kalau dia takde. Because he's my personal bodyguard.....personal consultant......personal advisor hehehe. Kalau pergi sorang kan takde plak yang nak tolong cakap "eh u baju ni tak sesuai la, ai rasa corak ni ok sikit sesuai dengan trend sekarang"......"u tudung ni matching dengan baju ni"......"kasut ni cantik la, cuba u try test dan jalan"....."selesa tak u"......"handbag ni cantik la nampak elegant, boleh la cuba yang ni".......

Nak keluar shopping dengan kawan-kawan plak takde masalah sebenarnya.....tapi yang lomahnya kena keluar time weekend. Aku tak berapa gemar sangat keluar time weekend dalam keadaan sekarang ni. Orang ramai yang teramat sangat la....sudahnya aku pening tak boleh nak memilih dan balik dengan tangan kosong. So weekdays la yang paling terbaik kan hehe...

Nasib baik la partner aku ni jenis kaki shopping jugak dan agak terbuka dengan trend fesyen pakaian perempuan ni. So takde masalah dalam memberikan pendapat.

Tema raya tahun ni adalah wassatiyah. Aku nak yang simple2 je. Tak nak yang vogue2....merelip2 ni. Nak cari baju kurung biasa or moden tanpa manik. Cukup la kot sepasang baju kurung, tudung, sepasang kasut, dan handbag. Ada lagi beberapa helai baju kurung aku yang hanya dipakai sekali dua selama 2,3 jam je. Maka untuk penjimatan boleh la pakai balik yang tu hehehe.

Misi hari ni adalah meredah KL mencari semua barang yang dihajati. Harap ketemu la ye. Bye...... ^_^

23 August 2011

Biar Sakit Asalkan Tetap Vogue

Okey apa yang aku nak katakan ni memang berkait rapat dengan perempuan.


Selalunya mereka yang taksub dengan fesyen....nak selalu nampak vogue di mata umum. Tapi harus diingat jangan biarkan fesyen itu menyeksa korang, membuatkan korang rasa tidak selesa, sakit, dan terpaksa control ayu setiap masa. Tak penat ke huhu.....

Ye la mana taknya.....pegi pasar or shopping pun nak pakai boot 4, 5"......konpem la lama dok pusing2 beli barang tengok barang kan.....balik kaki melecet, lenguh2....tak pasal2 kena tampal plaster lepas tu dok sapu minyak urut.......bila jadi macam ni konpem tak selesa sepanjang korang berjalan tu kan...kesian kaki tu tau. Cuba korang pakai flat shoe ke....tak pun macam aku ni hentam selipar jepun je hahaha konpem tawaf 14 kali pun masih tersenyum. Hoiiiii ye la tu 14 kali....semput noksss.

Keluar shopping atau jalan2 pakai baju ketat like barut nangka....kalau pinggang ramping takpe....ni lemak2 kat pinggang terkeluar dan bila jalan bergegar-gegar....sudahnya dok tarik-tarik baju sebab malu orang nampak. So sila la ukur baju di badan sendiri....pakai la baju yang sesuai dengan badan korang. Tak pun kalau baju tu tiba-tiba mengecil pakai la jacket or cardigan kira dapat la cover kan.

Pakai fake eyelash yang tahap lebat dan panjangnya dah macam bulu mata unta......tengah makan tertanggal hehe. Lain kali gam betul-betul ok tak pun pakai yang biasa2 je......kesian mata tu nak bukak pun macam tak larat. Tengok pejam celik pun sama je sebab kena cover ngan ketebalan bulu mata tu.

Nak berfesyen biar la selesa bukan menyeksa ok......biar sesuai dengan tempat yang kita pegi tu. Jangan la nak pegi pasar pun pakai macam nak pegi party glam......sangat la tidak sehsuaiiiiii ok. Jadi la diri sendiri.....nak tunjuk kat orang ramai yang kita ni up-to-date tapi orang plak dok tengok kita macam tak selesa...kejap-kejap tarik tudung betulkan tudung, betulkan baju, kejap-kejap urut kaki, tengok cermin, dok control itu ini. Tak salah nak berfesyen tapi jangan jadi mangsa fesyen. Terima la hakikat ini.


Ooopsssss opocot kau!


Cantik tak bulu mata I.....kalah unta tau.....maka unta2 sekalian jangan jeles hokeyyyy!


^_^

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung

Beza Puasa di Kampung & Bukan Kampung???? Macam pelik je tajuk hahaha.....seriusly aku tak reti nak buat tajuk cantik2 tapi nasib baik setiap kali exam besar masa sekolah dulu selalu dapat A....start dari UPSR sampai la ke STPM.

Sebenarnya maksud aku bukan kampung tu merata-rata tempat la....nak spesifik semua kan panjang plak tajuknya.

Nak cakap pasal beza makan time buka puasa dan bersahur. Dulu masa zaman kecik2, sekolah, sampai la habis STPM....aku dok kat kampung. Senang katanya tinggal dengan family sendiri. Tiap kali bulan puasa memang tak miss la makan nasi 2 kali sehari iaitu time buka puasa dengan sahur tu.....dan pastinya lauk yang meriah.

Lepas STPM masuk U nun jauh di seberang South China Sea.....maka nasi itu tidak lagi menjadi keutamaan setiap kali berbuka dan bersahur. Time berbuka tu je la selalu makan nasi sebab balik kelas petang singgah kafe dulu. Time bersahur tu hahaha susah benor nak bangun. Kalau nak makan nasi pukul 3 pagi dah kena turun kafe....kat Sabah kan imsak awal. Selalunya makan je la apa yang ada kat bilik tu.

Sekarang ni lagi la kat KL makin la bertambah tak berapa rajinnya nak makan nasi time bulan puasa. Aku prefer makan kuih je......nasi tengok mood la. Selalunya 2 in 1 terus....untuk berbuka dan sahur sekali. Time buka puasa kat luar dengan kawan2 je aku bantai makan macam2.

Kesimpulannya baru aku tau tak makan nasi pun takpe......ingatkan bila tak makan tu boleh buat aku lembik separuh mati ke apa. Dulu siap cakap lagi kat sape2 yang tak makan nasi "eh korang tak penat ke, ke tak lapar ke", "aku tak boleh la nanti lapar giler bla bla bla"......hahaha...

22 August 2011

Berpantang Maut Sebelum Ajal

Walau apa bencana pun yang menimpa, kalau sudah tertulis ajal seseorang itu masih belum sampai dengan izin Allah seseorang hamba itu dapat meneruskan kehidupannya.

Ini la yang terjadi kepada Arman Shah....ditikam sebanyak lapan kali di dada dan belakang badan dengan pisau sebelum dicampak ke dalam Hutan Lipur Ulu Bendul, Bukit Putus, Negeri Sembilan, Khamis lalu.



Berita selanjutnya boleh baca di sini.......
http://www.hmetro.com.my/articles/Merangkakkeluarhutan/Article

Tahukah Anda?

1. Madu adalah makanan yang terbaik dan ia tidak akan rosak. Para arkeologi pernah menemui madu di makan firaun Mesir dan mereka telah merasai madu tersebut, dan ternyata ia masih boleh dimakan.


2. Sungai Huang Ho di China dikenali sebagai sungai derita kerana apabila berlakunya banjir setiap tahun, ia meragut banyak nyawa.


3. Perkataan bahasa Inggeris 'queue' adalah perkataan yang sama bunyinya jika empat perkataan terakhirnya dibuang.


4. Hanya empat buah negara di dunia ini bermula daripada huruf 'D', iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Dominica Republic.


5. Melalui satu kajian, manusia lebih fobia melihat katak daripada tikus.


Sumber: Majalah Dara - Edisi 107, Mei 2011

21 August 2011

Lelaki Nampak Hebat Bila.....

Ok bagi aku la kan lelaki ni akan nampak hebat apabila mereka boleh kawal kemarahannya. So, kalau yang jenis panas baran tu belajar2 la untuk jadi cool ok hehe ;P

Walaupun diuji, teruji, ada masalah ke apa-apa je la yang seumpamanya....tapi still mampu bersabar dan rileks. Hadapi semua tu dengan tenang dan selesaikannya secara professional. Kemarahan dan amukan tidak akan membawa anda ke mana. Malah sesiapa pun takut nak dekat. Gepren pun lari....ye dok hehehe. Sape tahan weh. Penyabar macam mana pun gepren tu...lama-lama meletup jugak kan.


Kalau anda sifat-sifat sedemikian (hebat), maka anda la lelaki idaman ramai wanita. Syabas.....Syabas!!!

Berkongsi Itu Satu Kepuasan

Berkongsi Itu Satu Kepuasan?????

Opssss jangan salah faham......tak semua benda kita sanggup berkongsi kan hehe ;P

Bagi aku sendiri la adalah satu kepuasan apabila dapat berkongsi apa sahaja ilmu dan pengetahuan yang aku ada dengan sesiapa yang sudi nak tau. Takkan orang tak minat nak tau pun kita sibuk2 nak bagitau plak kan huhu.

Apa sahaja yang aku baca dan sesuai untuk dikongsi, aku akan cuba curi masa untuk taip balik kat sini. Penat???? Takde....sikit pun tak penat, malah rasa sangat happy.....dan itu juga merupakan satu terapi untuk aku. So, semalam aku dah buat list untuk setiap sharing kat atas blog ni. Senang untuk readers dan juga aku sendiri untuk merujuk setiap satu tu bila-bila masa je....tak payah nak godek2 scroll sampai habis.

Dan ada jugak sharing tu hasil dari tulisan aku sendiri. Hasil dari pengalaman, pengajaran, ilmu, pengetahuan, pemerhatian, dan sebagainya. Aku akan cuba zahirkan melalui penulisan. Sepanjang hidup ni, dah berjalan merata2, banyak terlibat dengan aktiviti2 kebajikan, sosial dan komuniti, jumpa dan bergaul dengan macam2 orang....banyak la benda yang nak ditulis. Tapi depend kepada masa dan mood otak aku time tu la hahaha....

Tak luak pun apa yang kita ada kalau berkongsi kan.....malah semakin bertambah. Buat apa nak kedekut2 ni bukannya dapat untung pun kan kan kan.

Ini Kisahku - Wardina Saffiyah






This video inspiring me


Hidayah Allah itu sangat tinggi nilainya. Semoga kita semua mampu berubah ke arah kebaikan. Amin.

20 August 2011

Cari Apabila Ada Kepentingan

Mesti sape2 pun pernah alami kan....korang akan dicari oleh kawan-kawan apabila ada kepentingan je.....tapi bukan aku maksudkan semua kawan-kawan macam tu....hanya segelintir je.

Kawan yang selalu kita dok jumpa, berhubung, atau apa saja kiranya kerap dengar khabar berita, itu tak heran la kan.

Tapi ini kawan yang sangat-sangat jarang bertanya khabar atau berhubung.....dengan kata lainnya jenis yang muncul dua tiga tahun sekali ni. Tiba-tiba muncul dalam hidup korang bertanya khabar. Selalu la kan.....selalu hehehe mesti ada agenda. Bukan aku nak fikir negatif atau berprasangka bukan2 tapi itu kenyataan yang selalu jadi kat aku.

Mesti takde keje lain. Hanya satu tujuan je....nak ajak masuk MLM, skim-skim pelaburan atau apa2 je la yang berkaitan dengan duit hehehe.

Takpe aku rileks layan je la mula2 tu. Tapi kesudahannya orang tu akan mengalah dan konpem tak akan ajak dan bercakap pasal tu lagi dengan aku huahuahua.

Nak psiko aku....nak brainwash aku ye :D :D :D

Jawapannya kena psiko secara halus dengan aku. Ingat korang je ke pandai psiko.....aku pun pandai jugak tau hahaha. Tapi takde la sampai nak hentam-hentam ye dok. Hati orang kena jaga jugak. Aku cakap selamba biasa je. Skill yang ada kena la dipraktikkan ye hehehe.

Ye memang aku tak minat dan tak suka benda-benda macam ni. Tapi aku tetap baca, ambik tau, dan kaji. So don't simply nak kecek2 me ok.....sebab kalau benda yang memang aku tak nak, pujuk macam mana pun memang aku tak nak la hehe. Sekian ^_^

Segalanya Bermula Dengan Minat

Ok aku tak nak menceceh membebel panjang-panjang.....kita straight to the point ye.

Aku selalu diajukan pertanyaan "macam mana nak tambah pendapatan ek?"....."aku nak berniaga la"

Jawapan aku simple je "apa yang kamu minat?"......"apa yang kamu mampu dan rasa boleh lakukan?"......"apa jenis perniagaan yang kamu enjoy bila buat?"

Tapi bila cakap je pasal bisnes online dan apa yang perlu dilakukan, maka keluar la segala negative words "eh aku tak pandai la"....."susah la"....."ala lecehnya"..."aku tak minat la"...."ada tak cara lain lagi tak yang senang untuk tambah pendapatan".

Bisnes online ni hanya susah masa starting tu je. Ye la nak naikkan produk kita, nak bagi orang kenal kita, nak dapatkan kepercayaan customer, dan sebagainya. Selepas dah dapat semua tu, kita usaha la untuk maintain kalau nak bertahan lama. Naik turun tu biasa la adat dalam bisnes.

Apabila dicadangkan bisnes offline di tempat kerja. Jawapannya ialah "malu la"....."takut tak laku la".

Ok kalau tak minat bisnes yang bagi aku amat senang nak buat hanya perlukan kesungguhan je. Jadi aku cadangkan cara lain. Jawapannya tetap sama, "tak faham"..."apa benda tu tak penah dengar pun". Ini boleh dimaafkan la sebab bukan semua orang tau.

Kalau belum mula apa-apa lagi dah pahatkan something yang negatif dalam minda, dalam hati.....macam mana kamu nak bermula dengan baik kan.

Fikir-fikirkan la, tanya hati apa sebenarnya yang kamu inginkan. Jika belum apa-apa lagi dah fikir negatif, duduk la kamu di situ sampai ke sudah takde kemajuan, takde perubahan.

Perkara pertama yang perlu ada sebelum lakukan sesuatu adalah MINAT. Kalau kamu tak minat bisnes macam mana nak bertahan lama. Takkan nak buat hangat-hangat taik ayam kan....dengan semangat yang tak berapa nak ada...kejap ok kejap tak ok. Tapi kalau minat tu ada sikit-sikit dan kesungguhan untuk tambah income tu tinggi, semangat untuk buat keje tu akan datang dengan sendiri. Kalau tak minat tapi hati kuat nak belajar, selalu fikirkan positif, insya Allah minat tu akan timbul dalam diri kita.

Macam aku sendiri, bukan semua benda aku minat dan ada tu langsung tak terfikir nak buat. Tapi aku jenis suka mencuba sesuatu yang aku rasa boleh buat atau yang ada minat sikit-sikit. Lama-lama jadi enjoy tau. Bila kita ada minat dan kesungguhan, benda tu akan 'melekat' dengan kita tau.

Apabila benda yang kita lakukan tu mendatangkan hasil, secara automatik kita akan jadi seronok dan berusaha dengan lebih baik untuk hasil yang lebih tinggi. Jadi kalau awal-awal lagi kita dah malas nak cuba, macam mana nak tau hasilnya kan.

Jadi fikir-fikirkan la. Hasil yang baik adalah datang dari permulaan yang baik. Sekian ^_^

16 August 2011

Mood Lagu Raya

Hari ni 16 Ramadhan.....16 Ogos....maknanya dah 16 hari kita berpuasa....

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat berpuasa....harap tahun depan dapat merasa lagi.

Pagi tadi baru sampai KL.....rasa tak puas sebab balik kampung 3 hari je huhu.....hari ni dah start rasa balik ketidakmeriahan berbuka sorang2 kat KL ni. Ye la dok kat kampung mak masak macam-macam.....semestinya yang paling best homemade nasi kerabu by my bonda, ketam masak lemak, ayam masak merah, dan macam-macam lagi la. Kuih pun pelbagai semuanya menambat nafsu perut aku. Tunjuk2 je kat bazar ramadhan tu dan bayar....senang hehe. Selain tu hari-hari masa bukak puasa aku minum air kelapa segar terbaik dari buah kelapa...eh mesti la dari buah kelapa.....tak kan buah rambutan plak. Macam ni air kelapa yang segar sebab baru keluar dari buah kelapa tanpa ada campuran lain....hanya air dan isi kelapa sahaja......memang terbaikkkkkkkkk!!!!

Eh apahal tajuk 'Mood Lagu Raya' tapi sibuk bercerita pasal makanan pulok....jauh benor menyimpangnya.

Sebenarnya nak cakap masuk puasa yang ke 16 aku dah start dengar lagu raya....itu je. Ni ok lagi tau dari dulu hahaha. Aku kan dulu study kat Sabah....kalau nak tau belum masuk bulan puasa lagi aku dah pasang lagu raya. Sadis sungguh bila dok jauh-jauh ni.....eksaitednya lain macam sikit :D

14 August 2011

Cuti-cuti Kampung

Haluuuuuuuu.....

Eksaited and happy sangat2 ni......best dapat balik kampung.....dapat bukak puasa dengan family....lepas tu hidangan makanannya pelbagai.....wahhhhhh nafkah perut perlu dipenuhi dengan sepuasnya sebelum balik KL esok malam...

Sebenarnya balik kampung hari Jumaat malam lagi....sampai pagi esoknya pukul 5.30...hari ni baru sempat nak update blog....kalau la boleh stay sampai lepas raya kan best hehe...

Makan macam2 tapi sayangnya tak boleh nak ambik gambar.....maka misi menjeleskan kawan2 yang tak balik tidak dapat diteruskan.....sebabnya charger henpon aku tertinggal kat rumah KL......terpaksa jimat2 bateri takut tak sempat bertahan 3 hari kalau keje dok ambik gambar je....kamera pun tak bawak balik huhu....konon2nya kamera henpon pun dah cukup baik gambar jelas dan terang...sekali ambik ko haha....

Nak makan apa ek petang ni? Bazar ramadhan Pasir Mas ke Kota Bharu...k Tata ^_^

11 August 2011

Buka Puasa with my Lovely BFF

Ini citer yang 9 Ramadhan punya....bukan 9 Ramadhan tahun lepas ye.....tapi 2 hari lepas...

Nak update malam tu jugak sebenarnya tapi mengantuk yang amat sangat....nak bukak mata pun tak larat...maka update ini terpaksa la di postpone ke hari ni ye...

Ni masa kami gi bukak puasa kat Serdang.....entah apa nama restoran tu lupa nak tengok masa masuk tu......signboard ada terpampang masa nak masuk tu tapi diabaikan sebab aku hanya nampak restoran tu je......hahaha biasa la puasa katakan....

Makanan and environment dia best la....tak crowded...dan takde masalah parking...surau pun dekat kat sebelah je....so boleh makan, solat, dan sambung makan lagi hehe tak payah nak rushing nak cari surau jauh2...

Ok layan gambar.....zassssssssssss..


Abaikan muka aku yang pucat tu...langsung tak mekap main keluar macam tu je......keadaan aku yang penat, dengan keje banyak, tak cukup tidur, tak cukup rehat so mood untuk lawa2 tu memang zero la....kualiti gambar tu biasa la dari henpon buruk aku je...lupa nak bawak kamera...

Kat sebelah tu Ana, kawan baik aku masa kat Unibersiti....kawan huhahuha, makan sepinggan, tidur sebantal....not available sebab dah nak kawin raya ke-3 ni hehe...


Ni Sara bestpren masa kat Unibersiti gak.....kawan huhahuha, makan sepinggan, tidur sebantal....kira 1 geng la ni....kat sebelah tu husband dia, Firdaus....tengah mood honeymoon lagi ni...maklum la baru kawin bulan 2 hari tu....

Ok selamat menjamu mata......makan 4 orang je tapi mak aiiiiiii makanan sampai tak muat meja......kuih2 yang dibeli kat bazar ramadhan terpaksa letak atas kerusi dulu....meja tu muat untuk lauk je huhu.......dalam banyak2 meja tu meja kami yang paling meriah....


Ok ni dia my feveret foreber and eber......ayam percik dengan kepak ayam panggang madu.....nasib baik tak terbang...


Ikan siakap masak stim limau


Tomyam.....tapi serius tomyam kat situ best giler....sebab lauknya memang banyak.....puas hati la....kan ada sesetengah tempat memang sedap kuahnya tapi lauknya sikit......'sampah sarap' je yang banyak....okey kalau aku dah puji tu memang sedap la sebab walaupun aku ni makan berselera main bedal je...tp untuk bagi pujian tu memang agak susah.....


Ini la dia kesemuanya.........ayam percik, kepak ayam panggang madu, telur dadar, tomyam campur sampai 2 mangkuk besar, sayur apa ntah tu, ikan siakap stim, dan daging merah takde dalam gambar sebab menyorok kat belakang ikan tu...

Kuih2 yang dibeli tak dapat masuk gambar....maaf ye takde ruang hehe...eh ada 1 kat atas meja tu tauhu sumbat....yang lain2 agar-agar macam2 jenis macam2 kaler, puding karamel, murtabak, popia...tu je la kot...

Tak ingat pukul berapa balik malam tu.....lepas solat maghrib kat surau sebelah restoran tu kami sambung melantak lagi hehe....sambil makan, sambil borak, sambil gelak tak hengat.....nasib baik takde yang sesak nafas atau tercekik makanan.......dari dulu sampai sekarang pantang bersama mesti ada je modal citer lucu....blum lagi ada yang lain...kami pegi yang mana available je ni...yang lain2 ada yang kursus, ada yang jauh....kalau ramai konpem kejang perut hahaha.....macam ni la kami....kalau tengok gambar2 lama sedih giler tau......banyak kenangan....even geng kami yang laki pun tacing tau bila tengok gambar time sama2 dulu huhu....sebab banyak benda or aktiviti yang kami lakukan bersama....hidup sentiasa dikelilingi dengan kegembiraan, susah senang bersama-sama...maklum la semua jauh dari family...nak balik kampung pun kena ikut jalan atas...

Ok berbalik kepada makanan, walaupun banyak tapi memang berbaloi la sebab tak membazir pun.....habis licin tinggal kuah tinggal tulang je...sebab aku pantang order banyak2 lepas tu tak habis....membazir!!! Kami sedar bahawa kami ni perut stokin boleh stretch...sebab tu order banyak...

Emmmmm bila nak diet ni.......ok la tahun 2012 ye. Tata!!!

Kenapa Aku Busy?

Kenapa aku asyik busy je lately kan......memang tak cukup rehat...tak cukup tidur...banyak keje tau huhu...

Jawapannya ialah asyik dok belek benda kat bawah ni je la hehe......ye la dok menjahit lagi dengan keje lain lagi so agak terkejar2 jugak la....

Ok sempena raya ni missNick Collection ada buat tudung yang sangat glamour dan gorgeous untuk anda.....harga memang sangat berpatutan....hanya menggunakan high grade acrylic stone......dijamin puas hati ^_^

Nak tau lebih lanjut dan lebih banyak koleksi.....dijemput la adik, kakak, abang, makcik, pakcik, datuk, nenek ke http://missnickcollection.blogspot.com/








Happy Shopping Ollsssss :)

10 August 2011

10 Ramadhan

Kejap je rasa hari ni dah 10 hari kita berpuasa.

Aku tak nak taip panjang-panjang....simple je menandakan aku masih bernafas di bumi ni. Kalau ikutkan memang banyak benda nak update ni tapi disebabkan kesibukan melampau (konon2nya), maka aktiviti mengupdate tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

Tapi aku cuba gak ye tapi bukan hari ni la.....kena siapkan keje dulu. Esok boleh la kot rasa macam ada masa free sikit. Idea dalam kepala ni dah penuh tinggal masa nak melimpah je.....dikhuatiri takut tumpah dan hilang, maka adalah lebih elok aku simpan kat sini kan. Tips2 penting dari sumber bacaan pun dah lama tak dikongsi....nanti2 la ye tak sempat nak menaip hehe...

Okey2 dah kata tadi entri simple je.....blah dulu ye nak sambung keje. Tata!!!

Eh ada lagi....korang bukak puasa dengan apa hari ni? Aku makan simple2 je...sebab semalam bukak puasa kat luar lauk penuh meja tak termasuk kuih2 lagi tu. Nanti aku update ngan pictures sekali ok. Aku selalu update pasal makan2 kat FB sampai kawan2 cakap "ko ni takde keje lain ke asyik update pasal makanan je tapi tak gemuk2" haha tak gemuk tapi berisi sikit je...hanya pakaian yang mengenal tuannya.

Okey2 dah jangan melampau........betul2 nak blah ni tak tipu. Tata!!!

09 August 2011

Yeayyyy Balik Kampung

9 Ramadhan.....9 Ogos....4.37 am

Alang-alang dah lewat pagi tu terus la berjaga sampai ke sahur...kalau ikutkan memang ngantuk tapi kalau tidur mau terbabas tak bangun huhu....sambil tu dok siapkan tempahan tudung customer ni...takde dalam gambar kat blog bisnes coz special request ni hehe....dah siap nanti aku masukkan tapi sebagai display je la...

Sebenarnya kan aku tengah eksaited nak balik kampung ni....macam nak balik esok je hahaha...padahal nak balik weekend ni.....sila bersabar ok :D

Dah terbayang-bayang makanan kat bawah ni hehe.....awal-awal dah bagitau mak nak makan nasi kerabu ngan ayam percik....ye la sejak puasa ni baru sekali aku makan tu pun kureng menyengat la sebab bukan pure kelantan...

Sumber: Google Image

Haha jaga-jaga korang yang selalu post makanan best2 bulan puasa ni....terutama Fadh ngan Sue.....Has aku harap ko jumpa ni kat Batu Pahat ok...usaha tangga kejayaan kihkihkih...

06 August 2011

6 Ramadhan

Kejap je rasa dah 6 hari kita berpuasa kan....dan disebabkan super duper letih yang menimpa diri dah 2 hari aku tak bangun sahur hehe.....hari ke-4 puasa sedar2 tengok jam dah pukul 5.45......esoknya plak terjaga pukul 6.15.....emmm tak boleh nak buat apa la....

Nasib baik bukan keje tengah panas ke......angkut2 barang ke...kalau tak mau pitam tak cukup makan takde tenaga.....so harus la bersyukur hehe :)

Even tak bangun sahur tak rasa apa2 la....ok je.....

Hari ni puasa yang ke-6 konpem aku bersahur......nak tau nape???? Sebab sampai sekarang aku tak tidur2 lagi.....tadi dok siapkan tudung sampai kul 2.30 pagi.....alang2 dah lewat tu tunggu la untuk sahur terus....kang kalau tidur mau terbabas ni sebab badan penat sangat.....aku kalau dah penat memang tidur mati la....alarm jerit kat tepi telinga pun memang tak sedar dah hahaha...

Lepas sahur nanti nak ambik gambar tudung......tak tau la rupa aku macam mana nanti hahaha agak2 macam panda ke macam hantu terus.....ye la dah 2, 3 hari tak cukup rehat, tak cukup tidur......muka dengan mata dah macam orang demam dah ni....

Dah settle semua keje....aku nak tidur puas2.....nantikan kemunculan tudung raya baru dari missNick Collection ok ^_^

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails